CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4631|Reply: 20

[Sarawak] Menyamar jadi doktor la pulak ...

[Copy link]
Post time 9-7-2021 03:00 AM | Show all posts |Read mode
Remaja mengaku bersalah menyamar sebagai doktor

KUCHING, 7 Julai: Mahkamah menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes seorang remaja yang menyamar sebagai doktor di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya bagi mendengar laporan sosial tertuduh.

Shah Hairil Izman Dave berusia 20 tahun mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan tersebut.

Tertuduh telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) lebih kurang 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.


Terdahulu, penyamaran remaja itu terbongkar apabila beberapa doktor lain yang bertugas di PPV itu menyedari usianya terlalu muda untuk menjadi doktor.



Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 03:06 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 03:32 AM | Show all posts
pulok doh ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Camne voley lepas buat pas pekerja?
Kena bubuh IC, kan?

Voley pula terlepas menyamar byk2 kali...

Tertuduh telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) lebih kurang 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas nak menyamar jd apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak sempat nk cucuk org lagi. Kalau tak mau haru jadinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 9-7-2021 03:32 AM
pulok doh ...

Org macamni takda skizofrenia ke Dr?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 02:43 PM | Show all posts
JKNS keluar arahan penambahbaikan PPV Stadium Perpaduan, HUS, elak kes penyamaran berulang

KUCHING, 9 Julai: Hasil siasatan dalaman Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) mendapati individu yang menyamar menggunakan nama “Dr Shah” datang sekali sekala ke Pusat pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan di Kuching.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata individu itu mula dilihat berada di PPV tersebut pada 16 Jun lalu.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata individu itu mengaku sebagai pegawai perubatan siswazah dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan memaklumkan hanya datang membantu jika ada kelapangan tetapi tidak pernah melaporkan diri untuk bertugas secara rasmi.

Katanya, pengakuan penyamar itu sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Bahagian Neurologi, HUS masih dalam siasatan.

Susulan kejadian itu, JKNS telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak pengurusan PPV Stadium Perpaduan Kuching dan HUS bagi mengelakkan hal yang sama berulang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 02:50 PM | Show all posts
Isu individu menyamar doktor

Berikut ialah Kenyataan Media daripada Dato’ Dr Mohamed Sapian bin Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (9 Julai 2021)


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin merujuk kepada laporan di media akhbar dan media sosial pada 7 Julai 2021 tentang seorang individu yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuching pada 6 Julai 2021 kerana menyamar sebagai doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Kuching dan juga di Hospital Umum Sarawak.


Hasil siasatan dalaman Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mendapati individu yang menyamar menggunakan nama “Dr Shah” datang sekali sekala ke PPV Stadium Perpaduan dan mula dilihat berada di PPV tersebut pada 16 Jun 2021. Beliau yang mengaku sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dari Hospital Umum Sarawak memaklumkan hanya datang membantu jika ada kelapangan tetapi tidak pernah melaporkan diri untuk bertugas secara rasmi. Tiada sebarang tugasan telah diberikan kepada beliau yang dilihat selalu berada di ruangan pendaftaran.


Penyamar tersebut tidak pernah disenaraikan dalam jadual bertugas rasmi yang ditetapkan untuk semua petugas Kementerian Kesihatan dan para Sukarelawan di PPV Stadium Perpaduan. Malah, setiap ketua stesen di PPV tersebut biasanya akan memastikan kesemua petugas akan mengisi daftar masuk dan keluar setiap kali bertugas. Kesemua pemvaksin yang bertugas akan dipastikan mempunyai sijil Perakuan Pengamalan Tahunan sebelum dibenarkan memberi suntikan.


Siasatan di Hospital Umum Sarawak pula, mendapati nama dan Pas Petugas Jabatan yang digunakan adalah palsu. Beliau tidak pernah bertugas sebagai pemvaksin di PPV Hospital Umum Sarawak dan sebagai Sukarelawan termasuk tiada rekod Saringan Deklarasi Kendiri yang wajib dibuat setiap kali masuk kerja. Manakala, pengakuan beliau sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Bahagian Neurologi, Hospital Umum Sarawak, masih lagi dalam siasatan.


Sehubungan kejadian ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak pengurusan PPV Stadium Perpaduan Kuching dan juga Hospital Umum Sarawak bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang. Tindakan adalah melibatkan:

    Pemberian Pas Petugas di PPV Stadium Perpaduan;

    Bernombor siri yang didaftarkan untuk setiap petugas.
    Setiap nama petugas telah dikemukakan kepada Pegawai Polis Yang Menguasa di PPV berkenaan.

2. Tindakan pengukuhan oleh ketua stesen pada setiap syif atau giliran bertugas di PPV dalam memastikan pengambilan daftar kehadiran (masuk dan keluar);

3. Semua pengamal perubatan bertugas seharusnya dapat mengemukakan sijil Perakuan Pengamalan Tahunan masing-masing pada bila-bila masa;

4. Memperketatkan kemasukan di semua pintu masuk di Hospital Umum Sarawak termasuk pemeriksaan pintu akses secara berkala;

5. Pemeriksaan pematuhan penggunaan pas petugas jabatan, pas sementara, pas kontraktor yang sah di semua wad termasuk pejabat secara khususnya dan kawasan hospital secara amnya;

6. Mengemas kini peringatan berkenaan pematuhan penggunaan pas petugas jabatan oleh semua warga Hospital Umum Sarawak;

7. Tindakan tegas ke atas pemalsuan pas petugas jabatan yang merupakan dokumen rasmi kerajaan; dan

8. Mengeluarkan poster berkenaan kesalahan penyamaran sebagai penjawat awam.

Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon kepada semua pihak yang mengunjungi fasiliti Kementerian Kesihatan seperti di PPV dan hospital untuk sentiasa memberi kerjasama kepada pihak kawalan keselamatan yang hanya menjalankan tugas memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di fasiliti-fasiliti tersebut.


Semua petugas turut dimaklumkan supaya melaporkan segera kepada pihak pengurusan PPV dan hospital sekiranya terserempak dengan individu-individu yang mencurigakan di kawasan masing-masing.

Sekian, terima kasih.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 02:53 PM | Show all posts
Hasil siasatan dalaman Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mendapati individu yang menyamar menggunakan nama “Dr Shah” datang sekali sekala ke PPV Stadium Perpaduan dan mula dilihat berada di PPV tersebut pada 16 Jun 2021. Beliau yang mengaku sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dari Hospital Umum Sarawak memaklumkan hanya datang membantu jika ada kelapangan tetapi tidak pernah melaporkan diri untuk bertugas secara rasmi.


Tiada sebarang tugasan telah diberikan kepada beliau yang dilihat selalu berada di ruangan pendaftaran.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:49 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 9-7-2021 06:43 AM
JKNS keluar arahan penambahbaikan PPV Stadium Perpaduan, HUS, elak kes penyamaran berulang

KUCHIN ...

aku tak faham kes ni..
how dia boleh menyamar mcm tu
dan kenapalah dengan dia ni?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2021 08:03 PM | Show all posts
Vellfire replied at 9-7-2021 07:49 PM
aku tak faham kes ni..
how dia boleh menyamar mcm tu
dan kenapalah dengan dia ni?
FC tak heran kes ni mungkin ada jer berlaku kat tempat lain ...

kes menyamar dan terlepas pandang

dia buat pas kerja palsu ...

yer la dalam kelam kabut kekurangan doktor dan misi kat tempat PPV memang tak mustahil

memang tak ada masa eh... betul ke doktor...?

sebab dia "datang" sebagai "doktor bantuan"
memang sangat2 d alu2 kan lah kan dalam masa kekurangan seperti sekarang ni...

cuma tu la ...
nasib baik dia tak d beri tugas menyuntik

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:50 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 9-7-2021 12:03 PM
FC tak heran kes ni mungkin ada jer berlaku kat tempat lain ...

kes menyamar dan terlepas pandan ...

memang gilalah dia ni..
dahlah bukan sehari menyamar

mcm kat tempat kerja aku..
ada jer yang menipu dengan sijil2
mcm kes dua tiga tahun lepas
sekali masa nak renew sijil berkenaan.. tengok nama dia tak ada pun pernah pergi kursus
terus dpt surat warning.. nak benti ke diberhentikan?
so nak rekod baik.. dia berhenti.
dah untung merasa kerja, merasa menipu orang..



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 10:43 PM | Show all posts
KIM.K replied at 9-7-2021 07:27 AM
Org macamni takda skizofrenia ke Dr?

tak lah
mungkin hanya kerana betul2 berminat
atau sesetengah impostor, berbuat demikian kerana ingin some gains eg money, dependency etc
tak ada kot org nyamar sebagai doctor kerana saja nak prank atau suka2 sebagaimana students boys suka2 masuk block students girls
ini kerana, once dia announce dia to doctor, akan melambak2 responsibilities datang pada dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 04:53 AM | Show all posts
ipes2 replied at 11-7-2021 10:43 PM
tak lah
mungkin hanya kerana betul2 berminat
atau sesetengah impostor, berbuat demikian kerana i ...
Berminat jadi doktor, belajar ilmu perubatan secara online

Ketika ditanya pihak polis, pemuda yang menyamar sebagai doktor ini mengaku berminat untuk menjadi doktor dan telah mempelajari ilmu perubatan secara talian.

Doktor palsu ini telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditempatkan di Unit Neurologi, Hospital Umum Kuching. Semasa melapor bertugas di PPV, beliau memberitahu bahawa beliau diletakkan di bawah pengawasan seorang doktor yang bernama Dr. Lau.

Beliau mengunjungi PPV untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk selepas imunisasi. Disebabkan kelakuannya yang begitu tulen dan meyakinkan sebagai seorang doktor, suspek telah dibenarkan untuk bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut dari 16 Jun sehingga 1 Julai 2021.

‘Dr. Shah’ kantoi dengan kawan sekelas sekolah menengah

Tembelang ‘Dr. Shah’ pecah apabila seorang rakan sekolah menengahnya yang turut bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut mengenali beliau dan mendakwa bahawa mereka adalah rakan sekelas ketika berada di Tingkatan 2 SMK Demak Baru pada tahun 2016.

Pada 19 Jun, suspek didakwa mengendalikan kaunter pendaftaran PPV tanpa kelulusan dari kakitangan PPV.

Keraguan juga timbul dalam kalangan doktor yang bertugas di PPV pada 22 Jun yang lalu ketika suspek berbual dengan mereka dan musykil dengan usianya yang baru sahaja mencecah 21 tahun. Staf kesihatan yang mengetahui penyamaran tersebut segera melaporkannya kepada pengurusan HUS dan kemudiannya kepada pihak polis.

Nasib suspek hanya akan diketahui pada 17 Ogos ini apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek untuk ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya. Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan suspek berusia di bawah 21 tahun dan kini sedang menunggu laporan akhlak dikeluarkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 04:59 AM | Show all posts
Berhenti sekolah pada Tingkatan 5 kerana minat yang mendalam kepada Sains

Rakan kepada Shah Hairil, Iqbal Ismail, berkongsi menerusi Facebook mengenai perwatakan Shah Hairil yang begitu minat menceburi bidang perubatan.

Menurut Iqbal, Shah Hairil merupakan bekas pelajar Vokasional Kuching dan berhenti persekolahan pada Tingkatan 5 kerana minatnya yang mendalam pada Sains. Berkenalan sejak usia 16 tahun, Iqbal mencerita bahawa Shah Hairil dari dahulu ingin melibatkan diri dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan membantu orang lain.

Malah, Shah Hairil dikatakan sangat meminati Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan pernah mengetuai persatuan untuk aktiviti di sekolah. Semasa zaman ini juga Iqbal dan rakan-rakannya mendengar dari Shah Hairil tentang cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor.

Sering mengunjungi hospital untuk melihat kegiatan para medik

Iqbal kemudian mengulas tentang minat Shah Hairil yang sering ke hospital untuk melihat kegiatan para medik dan berangan dia salah satu kakitangan di sana.

Selain itu, Shah Hairil juga dikatakan selalu menyertai sukarelawan di hospital dan telah memberitahu ibu bapanya bahawa dia ingin terlibat dalam bidang perubatan. Cita-cita ini turut disokong oleh ibu bapanya.

Malah, dedikasinya untuk mencapai cita-citanya dapat dilihat oleh kerajinan Shah Hairil. Menurut Iqbal, Shah Hairil merupakan seorang yang berdedikasi pada tugas dan rajin belajar akan sesuatu masalah. Ia sehingga dia bijak dalam mempelajari ilmu perubatan dalam talian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2021 05:01 AM | Show all posts
Oleh kerana minat Shah Hairil yang mendalam dalam bidang perubatan dan keinginannya untuk membantu orang, Iqbal mencadangkan sesuatu kepada Shah Hairil. Cadangan ini kemudian menjadi sebuah ‘projek’ yang sekurang-kurangnya membantu Shah Hairil merealisasikan salah satu keinginannya.
Shah Hairil dan rakan-rakannya menubuhkan satu persatuan belia khas untuk membantu orang lain

Dengan sokongan rakan-rakannya, Shah Hairil dan Iqbal menubuhkan sebuah persatuan belia. Di sini juga Shah Hairil banyak menyumbang idea kepada program kebajikan dan membantu orang lain.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 05:03 AM | Show all posts
Rakan tidak mengetahui bahawa Shah Hairil menyamar sebagai doktor selama ini

Walaupun mendedah serta memuji perwatakan peribadi Shah Hairil, Iqbal turut menyentuh mengenai isu penyamaran doktor yang menjadi kontroversi hari ini.

Menurut dia, dia dan rakan-rakan lain tidak mengetahui selama ini Shah Hairil telah menyamar sebagai doktor di PPV Kuching kerana mereka diberitahu oleh Shah Hairil bahawa dia hanya bertugas sebagai sukarelawan. Oleh kerana ia sudah kebiasaan untuk melihat Shah Hairil bertugas sebagai sukarelawan, Iqbal dan rakan-rakannya tidak mengambil tahu lanjut tentang pekerjaannya di sana.

Iqbal juga menjelaskan perkara sebenar mengapa Shah Hairil menyamar sebagai doktor.

    “Pemalsuan yang telah beliau lakukan sebenarnya tidak ada sebarang motif untuk mencederakan orang dan jenayah, beliau di sana hanya membantu sukarelawan dalam kerja-kerja biasa. Selain itu semua diuruskan oleh pihak kesihatan yang berkelayakan.”

Meskipun Shah Hairil ialah rakan baik Iqbal, Iqbal turut tidak menyokong rakannya yang telah menyamar sebagai doktor selama ini.

    “Kesilapan beliau hanyalah bertindak dengan berani menggunakan identiti palsu hanya kerana ingin berperwatakan doktor. Namun kami juga menyokong pihak kesihatan dan polis untuk tindakan atas kesilapan beliau. Sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi.”

Seorang yang sebenarnya mempunyai usaha murni tetapi menggunakan cara yang salah

Iqbal mengakhiri ciapannya dengan mengatakan bahawa Shah Hairil mempunyai usaha murni untuk bersama barisan hadapan menangani pandemik namun tindakan Shah Hairil adalah salah serta mengundang rasa takut pada orang ramai.

    “Sebagai sahabat, saya hanya mampu memberi sedikit perkongsian tentang watak beliau kerana merasa terkilan akan komen-komen yang sangat negatif dan memberi kesan kepada keluarga beliau,” ulasnya lagi.

Semoga kejadian ini tidak berulang lagi. Walaupun ia tidak dinafikan bahawa Shah Hairil hanya memiliki niat baik, cara ia dilakukan salah dan tidak bertanggungjawab. Semoga dia dapat belajar dari kejadian ini dan semoga dia dapat mencapai cita-citanya dengan cara yang betul pada masa akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 01:00 AM | Show all posts
KIM.K replied at 9-7-2021 07:27 AM
Org macamni takda skizofrenia ke Dr?

tak lah selalunya
selalunya takde psychiatric issue pun
yg ada mungkin keinginan yg kuat
tetapi menyamar sebagai pegawai (a doctor kan pegawai perubatan), rasanya federal offence
salah la tindakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-7-2021 01:00 AM
tak lah selalunya
selalunya takde psychiatric issue pun
yg ada mungkin keinginan yg kuat

Obsession, twisted reality not consider as mental illness. Im surprised.
Terima kasih Dr atas pencerahan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.104536 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list