CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4377|Reply: 10

Anak disorok dibawah katil..

  [Copy link]
Post time 10-7-2021 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

saya nak kongsi satu cerita oleh kawan saya :
--------------------------------------------------

kisah ini terjadi semasa saya baru berpindah di sebuah rumah sewa di kuala lumpur.Saya sudah berkahwin dan ada dua anak perempuan, semasa kejadian ini berlaku, anak perempuan saya yg sulung adalah 8tahun, manakala adiknya pula 5 tahun. saya pagil yg sulung kakak dan yang bongsu adik lah, memudahkan cerita.


Rumah yang kami sewa ni tidak la besar, ada 3 bilik, tetapi bilik kedua dirumah itu agak tidak terjaga, menurut kata tuan rumah, bilik itu dijadikan store, sebab itu bilik itu tidak di cat baru,Jadi,semasa saya duduk di rumah ini, saya berbincang dengan tuan rumah, untuk jadikan bilik store itu sebagai bilik untuk anak-anak saya, tuan rumah setuju.

Selepas saya dah kemas bilik store tersebut, bersih. Saya belikan sebuah katil, katil ni yang jenis kayu, tapi jenis yang ada katil slide dibawahnya, jadi sesuailah, kakak diatas, adik di bawah, katil ni boleh slide , jadi jimat ruang sbb bilik2 kecil semua di rumah ni.Satu bilik, saya buat bilik kerja atau home office, satu master bedroom dan satu bilik anak.


Selalunya bila saya buat kerja malam dirumah, sampai ke 3 4 pagi, selalunya anak-anak akan tidur di bilik dengan isteri saya. Terutamanya adik.

Jadi selalunya jika saya dah lewat untuk tidur, saya akan tidur di katil bawah  dibilik anak saya, manakala, anak sulung saya kakak, tidur di bahagian atas.

Nak dijadikan cerita,satu malam lepas saya siap bekerja, dah pukul 3 pagi gitu, mcm biasa saya tidur la di katil bawah. Masa saya nak terlelap , saya dengar suara anak saya , si adik :"papa.. papa tolong adik.." , saya terus terbangun, saya tgk di pintu tiada org, sebabnya selalunya mmg adik akan kejutkan saya jika dia ingin ke tandas, ialah, baru 5tahun, Jadi saya terus bangun, mencari adik, barangkali masuk semula di bilik sebelah kot,

Masa saya bangun, saya dgr lagi  "papa.. tolong adik. " tapi saya dengar di sebelah saya sahaja, tapi saya tgk, hanya ada kakak sahaja, jadi saya pun buka lampu bilik, dan terkejut saya, anak saya keluar dari bawah katil , terus dia peluk saya , menggigil!!!..

saya ckp "ehh adik, kenapa ni adik, kenapa duduk bawah katil ni", lalu saya jerit isteri saya suruh bgn dan datang ke blik sebelah, isteri saya pula tanya kenapa, saya ckp yang adik duduk dibawah katil, saya tidur disitu sebab ingatkan dia tidur dengan isteri, kami bingung , yang paling saya bingung sebab adik tidak menangis kuat, dia cuma peluk kuat2, dan teresak2 menahan nangis dan dalam ketakutan.

Kami kaget, kakak pun terjaga dari tidur, saya tanya kakak kenapa, kakak diam sahaja, kemudian kakak pula menangis, lagi kaget la saya dan isteri. Jadi untuk menenangkan keadaan, saya bawak keduanya dan tidurkan mereka di bilik saya bersama isteri. lama juga , untuk mereka tidur. Lepas itu, saya kebilik sebelah, tiba-tiba meremang tengkuk saya, saya cepat2 ttp lampu dan tidur bersama anak2 disebelah.


Keesokkan harinya, bila anak-anak saya dah bangun, saya tanya la kakak, suruh kakak ceritakan.kakak cakap, masa nak tidur semlam, ada nenek masuk bilik, dan nak tidur dengan mereka, kakak cakap, dia nak panggil mamanya, tapi nenek itu ttp mulut kakak, dan bagitau kakak kalau kakak bising, atau panggil mama, nenek tu akan ambil adik. Jadinya kakak cerita nenek tidur disebelah dia tapi dia takot, lepas tu nenek tu ckp dengan adik : "cu, cu nak main sorok-sorok ?"

Kami terkejut dengar, isteri tanya betul ker ni ke kakak yang gaduh dgn adik lepas tu buat-buat cerita, menangis-nangis kakak ckp, ckp betul mama, papa, ade nenek kat bilik tu, cuba tanya adik.Jadi, saya ni paggil la adik, suruh adik cerita. Budak2 ni tak pandai berbohong, jadi mmg saya percaya ckp diorg. adik ckp nenek datang, suruh adik main, adik taknak, adik ngantuk, lepas tu nenek tu marah, jerit2, lepas tu nenek tu tolak adik bawah katil, lepastu nenek tu nyanyi2. adik takot sebab nenek tu marah..


terkejut beruk saya dengan isteri dengar, terus kami telefon tuan rumah dan ceritakan ape yang berlaku, tuan rumah datang minta maaf dengan kami, dia bagitau bilik itu dulu, sebelum jadi bilik store, adalah bilik arwah nenek dia, nenek dia meninggal disitu dulu, dan neneknya mmg ada membela.. tapi dia tak tau ada tinggalan neneknya sebab bilik tu mmg tak digunakan selepas nenek nya meninggal, cuma dijadkan stor.

Saya dengan isteri saya, terus bgtau tuan rumah yang kami nak keluar pindah hari itu juga, alhamdulillah, tuan rumah itu memahami masalah yg saya hadapi dan juga bersetuju.Kami pindah ke tempat lain, dan alhamdulillah, tak ada apa-apa yang menggangu keluarga saya.


----------------------------------






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecian bebudak tuh.. tak pasal2 trauma..

Harap2 deme lupa peristiwa nih dlm hidup deme.. tuan rumah pun, pi la bersihkan tmpt tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Esk la aku baca.. Dah la aku baru pindah rumah yg kosong hampir 2 tahun

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena reveal ni rumah area mana. Nanti org lain pulak sewa
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 12:51 PM | Show all posts
belaan nenek tu duduk situ sebab itu tempat last tuan dia masa hidup kot.  lepas tu memang tak pas pulak pada next penjaga.  cantek pulak lepas nenek tu meninggal tuan rumah tu jd kan bilik store yg sentiasa bertutup & gelap... mmg seronok jd tempat dia duduk la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2021 03:12 AM | Show all posts
ugly_duckling replied at 14-7-2021 12:15 PM
Kena reveal ni rumah area mana. Nanti org lain pulak sewa

dah tanya kawan tu, katanya area wangsa maju, seksyen 2. rumah dekat blakang lrt wangsamaju katanya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2021 03:40 PM | Show all posts
scary.
sian budak2 tu. aku duk imagine camne lah rupa nenek tu ye.
buruk ka, rambut mengerbangkah

seyes. kesian budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
X blh imagine mcmn rupa katil tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Katil 2 tingkat yg ada slide macam ni tapi yg TT cerita jenis kayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh agak seram..harap passni nenek tu x ngikut budak2 tu la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seram..terajin pulak baca mlm2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080613 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list