CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3958|Reply: 9

Ini 8 Pulau Paling Misteri Di Dunia

[Copy link]
Post time 10-7-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Ini 8 Pulau Paling Misteri Di Dunia

Siapa je yang suka dan berharap akan terdampar seorang diri di pulau. Kalau ia berlaku, itu mungkin menjadi satu mimpi ngeri. Tapi untuk kali ini, jom kita tengok apakah pulau-pulau misteri yang ada di dunia. Mungkin ada yang sukakan cabaran untuk melawat pulau-pulau misteri ini.

Pulau Socotra


Pulau ini terletak berhampiran dengan pantai Somalia di lautan India. Pulau ini dikatakan seolah-olah sebuah planet yang asing kerana bentuk tumbuhan di sana yang tidak ada di tempat lain di bumi. Pulau ini merupakan rumah bagi spesies tumbuhan unik tersebut. Terdapat sebuah pokok Darah Naga yang nampak macam payung semula jadi. Tidak banyak makhluk lain yang mendiami pulau ini selain daripada kelawar dan serangga. Kali terakhir ia dihuni manusia adalah sekitar tahun 100 Masihi. Apa yang menjadikan pulau ini misteri adalah terdapat berpuluh-puluh kapal karam dijumpai di pulau ini.

Palmyra Atoll

Pulau ini terletak berhampiran dengan pantai Somalia di lautan India. Pulau ini dikatakan seolah-olah sebuah planet yang asing kerana bentuk tumbuhan di sana yang tidak ada di tempat lain di bumi. Pulau ini merupakan rumah bagi spesies tumbuhan unik tersebut. Terdapat sebuah pokok Darah Naga yang nampak macam payung semula jadi. Tidak banyak makhluk lain yang mendiami pulau ini selain daripada kelawar dan serangga. Kali terakhir ia dihuni manusia adalah sekitar tahun 100 Masihi. Apa yang menjadikan pulau ini misteri adalah terdapat berpuluh-puluh kapal karam dijumpai di pulau ini.



Secara teknikalnya ia bukanlah sebuah pulau tapi sebuah atoll. Kalau nak tahu atoll ni merupakan sekumpulan terumbu karang yang berbentuk melingkar menyerupai sebuah cincin yang mengelilingi sebuah laguna di dalamnya. Pulau ini juga dikenali sebagai Pulau Palmyra terletak di antara Samoa Amerika dan Hawaii. Walaupun penuh dengan tumbuhan-tumbuhan yang rimbun dan nampak macam tak pernah diusik manusia, pulau ini sering jadi topik cerita tahyul dan cerita rakyat. Dikatakan mereka yang pernah meninjau pulau tersebut ternampak benda-benda pelik seperti hantu dan raksasa laut. Terdapat juga kisah harta karun Incan yang hilang yang mungkin masih ada di pulau tu. Selain itu, dikatakan juga terdapat banyak ikan Yu yang memakan manusia tinggal di pulau tersebut.

Pulau Ular



Pulau ini terletak berhampiran dengan Brazil. Dinamakan Pulau Ular sebab banyak gila ular dekat pulau ni. Spesies ular yang ada dekat pula tu pula diklasifikasikan sebagai yang paling beracun di dunia. Sangat jarang ada orang nak pergi ke Pulau Ular. Kalau ada yang pergi ke pulau tu pun mungkin seperti ekspedisi Nat Geo bagi tujuan pengambaran. Walaupun Pulau Ular menjadi pulau yang tidak sepatutnya dikunjungi, ada juga cerita di mana seorang lelaki yang pergi ke pulau tersebut ditemui mati dengan darah memenuhi seluruh badannya.  Keberadaan ular-ular di pulau tersebut kekal misteri.

Pulau Miyake-Jima



Pulau di Jepun ini boleh dikira sebagai pulau yang beracun. Sesiapa sahaja yang tinggal di pulau tersebut wajib untuk memiliki topeng gas dan sentiasa membawa topeng gas ke mana sahaja.

Ianya kerana terdapat gunung berapi aktif di Pulau Miyake-Jima. Walaupun ada gunung berapi, ancaman di pulau tersebut bukanlah letusan gunung berapi tersebut, tetapi gas beracun yang dihasilkan selepas letusan. Pada tahun 1962, semua penduduk di situ di pindahkan selepas terjadi letusan yang sangat kuat, tapi mereka kembali ke pulau tersebut pada tahun 2000. Kini kira-kira 2,415 orang tinggal di Pulau Miyake-Jima.

Pulau Barsa-Kelmes



Barsa-Kelmes merupakan bahasa Kazakh yang bermaksud ‘tanah yang tiada kembali’. Maksudnya siapa yang pergi tidak akan kembali, dan kalau datang balik pun tidak akan sama.

Nama pulau ini berasal daripada legenda kuno yang menceritakan tentang pelarian yang tinggal selama setahun di pulau tersebut tapi bila mereka pulang ke rumah, usia mereka seperti dah berpuluh tahun lamanya meninggalkan rumah. Terdapat juga sekumpulan orang yang hilang di pulau tu dan dipercayai telah dimakan oleh haiwan dari zaman prasejarah.

Pulau Poveglia



Pulau di Venice ini pernah menjadi penempatan pesakit Wabak Hitam atau the black plague. Semasa berlakunya pandemik Wabak Hitam, pulau ini menjadi tempat terakhir bagi 160,000 pesakit dimana 50% tanah di pulau tersebut terdiri daripada abu mayat yang dibakar. Pada tahun 1920-an, pemerintah Itali membuka sebuah hospital untuk pesakit mental di pulau tersebut. Pesakit yang ditempatkan di situ dikatakan tidak tenang sebab banyak orang mati terseksa di pulau tu. Tambahan lagi, dikatakan doktor di hospital mental itu melakukan eksperimen yang mengerikan terhadap pesakit di situ. Sebab kenapa doktor tersebut bunuh diri selepas tu masih menjadi misteri. Lepas daripada insiden-insiden tersebut, hospital mental tu pun ditutup. Sekarang pulau ni kosong tanpa penghuni.

Pulau Patung




The Island of The Doll cukup terkenal lepas gambar-gambar sekitar pulau tersebut yang dipenuhi dengan patung-patung menjadi tular di media sosial. Dikatakan seorang lelaki bernama Julian Santana Barrera tinggal di pulau tersebut berseorangan. Selepas satu kejadian di mana seorang gadis dijumpai lemas di tepi pantai, Julian mengatakan dia menemui banyak patung-patung yang terapung berhampiran dengan gadis tersebut. Kemudian, sebagai tanda penghormatan, Julian mengenakan pakaian kepada patung-patung tersebut dan mengantungnya di pokok-pokok. Ia juga sebagai satu cara melindungi dirinya daripada roh jahat. Julian telah mengumpulkan patung-patung yang nampak seram tu selama 50 tahun sampailah dia sendiri yang lemas. Mayatnya dijumpai di tempat yang sama dengan gadis yang mati lemas tu.

Pulau Easter



Pulau Easter atau Rapa Nui yang terletak di Chile ini mempunyai 887 patung atau ukiran patung dari batu yang aneh. Ia berukuran lebih daripada 3 tingkat bangunan dan dikenali sebagai patung Moia. Patung-patung ini juga mempunyai berat sebanyak 14 tan.

Yang menjadi persoalan kepada para pengkaji adalah bagaimana penduduk Polinesia waktu dulu boleh membina patung sebesar tu dengan menggunakan alat-alat yang primitif. Bagaimana batu-batu ukiran itu diletakkan di tempat-tempatnya masih menjadi persoalan dan misteri sehingga ke hari ini.





Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhi ... g-misteri-di-dunia/








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow menariknya info2 pulau ni. Takde ke dokumentari orang3 g pulau2 ni. Nak tau betul ke semua mitos3 dorg share ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna Palmyra Atoll sangat cantik ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
pulau socotra tu mcm pernah baca mana tah katanya pulau yg didiami Dajjal. eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
woww menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
uniknya pokok kat pulau socotra , dah macam dalam movie cerita planet2 lain plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 11-7-2021 12:27 AM
pulau socotra tu mcm pernah baca mana tah katanya pulau yg didiami Dajjal. eh?

Dekat instagram, click “Socotra” dekat search. Boleh nampak ramai org yg dah pergi sana
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lavender85 at 17-7-2021 10:26 PM
TravellingBear replied at 17-7-2021 10:02 PM
Dekat instagram, click “Socotra” dekat search. Boleh nampak ramai org yg dah pergi sana


ok thanks . Anyway , dari sini rupanya yg tertengok hari tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya pokok darah Naga kt pulau yg first tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki yg meninggal kt Snake Island tu sebenarnya penjaga lighthouse pulau tu. Ada satu lighthouse tower didirikan  di sana sbgai tanda Itu  snake island among others. Supaya kapal2 & bot2 menjauhi pulau tu. Xsilap sebenarnya yg mati satu family lighthouse guard ni. Ada ruang kosong terbuka ular masuk dlm rumah.

Population ular kt sana diumpamakan serial 1 meter persegi mesti ada ular. Dikatakan dulu snake island ni part of daratan. Terpisah dr tanah besar sebab bencana yg menenggelamkan kwsan keliling.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105776 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list