CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 1

Kisah Anak Patung Berhantu Yang Jadi Inspirasi Watak Chucky

[Copy link]
Post time 13-7-2021 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Anak Patung Berhantu Yang Jadi Inspirasi Watak Chucky



Anak patung berusia lebih 100 tahun ini mempunyai sejarah yang tersendiri.


Via Atlas Obscura

Pemilik asalnya dikhabarkan pernah ternampak Robert the Doll ini selamba duduk di atas kerusi goyang tingkat bawah walaupun ia sepatutnya terkunci di loteng rumah.  

Kewujudan ‘Robert’
Kisah asal kemunculan anak patung berhantu ini mempunyai dua versi, dan semuanya bermula daripada seorang budak lelaki bernama Robert Eugene Otto atau dipanggil Eugene:

Kisah 1: Seorang datuk telah membeli anak patung ini dengan syarikat Steiff di Jerman pada tahun 1904 untuk cucu lelakinya, Eugene.

Kisah 2: Pada tahun 1906, pembantu rumah berketurunan Bahamian telah menghadiahkan Eugene sebuah anak patung jerami.

Dia dipercayai mengenakan sumpahan voodoo ke atas anak patung tersebut dan menggunakan beberapa helai rambut Eugene untuk dijahit di dalamnya. Perbuatan itu bermotifkan dendam kerana dilayan teruk oleh keluarga Eugene.


Gambar Hiasan. Via Engin_Akyurt/Pixabay

Sejak itu anak patung yang dinamakan ‘Robert’ dan Eugene menjadi kawan baik. Ke mana saja Eugene pergi, pasti dibawanya anak patung itu bersama. Malah dia turut menyarungkan Robert baju dan seluar kelasi yang pernah dipakainya sewaktu kecil dahulu.

Eugene turut menyediakan kerusi khas untuk Robert di meja makan keluarganya dan berbual dengan anak patung berkenaan seolah-olah benda itu entiti hidup.

Pada mulanya, keluarga Eugene tak kisah tetapi lama kelamaan mereka perasan sesuatu.. Setiap kali Eugene bercakap dengan ‘kawannya’ itu, kedengaran suara lain yang menyahutnya. Mereka menyangka Eugene yang buat suara begitu.


Kejadian aneh

Pada suatu malam, ibu bapa Eugene terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising dari bilik anak lelaki mereka. Apabila mereka pergi menjenguk, kelihatan perabot roboh dan Eugene sedang terketar-terketar menyembunyikan diri di suatu sudut.

“Robert yang buat!” Eugene mengadu kepada ibu bapanya.

Ibu bapa Eugene menganggap budak itu sekadar berimaginasi.

Eugene dewasa

Eugene membesar sebagai seorang seniman dan penulis. Setelah kematian ibu bapanya, dia kembali lagi ke rumah itu bersama isterinya, Anne yang ditemui semasa belajar di Paris.

Dia mengubah suai rumah itu menjadi ‘Rumah Artis’.

Lelaki itu menemui ‘kawan’ lamanya, Robert terkunci di loteng rumah itu. Kenangan lama mula bermain dan persahabatan itu mahu diteruskan semula.

Walaupun sudah tidak dikelek ke sana ke mari seperti dulu, Eugene bawa keluar anak patung berkenaan dan mendudukkannya di atas kerusi tepi tingkap yang menghadap jalan walaupun isterinya membantah.

Setelah bebas dari ‘penjara’, Robert kembali menghantui hidup Eugene dan orang-orang di sekelilingnya.

Para pejalan kaki mendakwa yang renungan Robert menyeramkan dan semacam mengekori langkah mereka. Selepas itu, mereka juga ternampak kedudukan Robert selalu berubah dari bilik ke bilik walaupun tiada siapa yang mengalih.  

Eugene juga terima aduan daripada tukang paip bahawa dia ternampak anak patung itu bergerak sendiri dan suara tawa kanak-kanak bergema walaupun tiada orang di rumah ketika itu.

Oleh sebab banyak mendengar cerita yang tidak enak, Eugene mengurung semula Robert di atas.

Robert dapat tuan baru

Setelah kematian Eugene pada tahun 1974, seorang wanita bernama Myrtle Reuter telah membeli ‘Rumah Artis’ itu sekali pakej dengan Robert boneka berhantu.

Ramai pelawat mendakwa mereka terdengar bunyi tapak kaki dan suara kanak-kanak ketawa dari atas loteng rumah itu. Selain itu, ekspresi muka Robert pun seakan berubah apabila ada orang mengumpat Eugene.

Setelah 20 tahun menyimpannya, akhirnya Myrtle menderma anak patung tersebut kepada muzium pada tahun 1994.

Glamor

Pihak muzium memulakan pencarian maklumat tentang asal usul Robert ini di Syarikat Steiff, pembuat mainan. Menurut pekerja Steiff, ‘Robert’ ini asalnya bukanlah dijual sebagai alat permainan tetapi patung mannequin untuk kedai baju.

Kisah di sebalik Robert ini telah menarik ramai pengunjung setelah mengetahui muzium tersebut menyimpan anak patung berhantu.

Sejak itu, Robert menjadi terkenal setanding Kardashians kerana ia muncul dalam rancangan televisyen, dapat banyak kiriman surat dan dikatakan menjadi inspirasi watak Chucky dalam filem Child’s Play.

Sumber:https://iamlejen.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni psal apa byk tred raline. Bakalan mod ler tu

Citer psal anak patong ni kan..latest psal teddy bear anak besar saiz org gemok katek 80kg. Serabut jiwa dlm umah ada patong gitu. Aku suh anak buang xnak..akhirnya dipulang blik pd pemberi. Kesian budak tu peminat anak yg cinta xkesampaian. Apsal bgi teddybear bgila gelang emas seketul ka..ada jgak pekdah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.100217 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list