CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4274|Reply: 1

5 Cara Mengurus Kewangan Efektif

[Copy link]
Post time 16-7-2021 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 29-7-2021 02:58 PM

Bagi yang baru mula bekerja mungkin masih tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk mula mengurus kewangan dengan baik. Namun bagi mereka yang sudah lama bekerja kadang-kala berdepan dengan isu tidak mempunyai simpanan stabil. Acap kali terbeban dengan segala komitmen bulanan hingga menjadi sukar untuk mengasingkan sejumlah amaun sebagai simpanan tetap. Terutama sekali bagi mereka yang terjejas akibat pandemik. Namun, buat mereka yang masih tidak terjejas dan ingin mulakan pengurusan kewangan efektif berikut 5 tip yang boleh diamalkan.

Senaraikan Bil Bulanan
Dahulukan keperluan berbanding keinginan, hal pertama yang perlu dilakukan setelah mendapat gaji. Senaraikan semua bil yang perlu di bayar sebagai contoh rumah, kenderaan, utiliti, internet, insurans dan sebagainya. Langsaikan semua komitmen bulanan terlebih dahulu demi mengelakkan isu tunggakan. Cara ini membantu untuk anda buat anggaran bajet tetap yang perlu diasingkan setiap bulan supaya mengelakkan tercampur dengan perbelanjaan. Sekaligus mengingatkan anda bahawa ini adalah keutamaan untuk anda lunaskan setiap bulan.

Mulakan Simpanan
Seberapa banyak atau kecil sekalipun pendapatan yang diperolehi, anda tetap perlu asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah gaji. Jika masih terasa berat dengan 10% mulakan dengan jumlah paling minimum yang anda mampu. Jangan jadikan alasan tidak cukup duit untuk menyimpan. Sekurang-kurangnya simpanan ini dapat membantu anda ketika berlaku kecemasan. Elak gunakan simpanan ini jika tiada keperluan mendesak.

Elak Hutang Jahat
Dipanggil sebagai hutang jahat kerana kadar faedah yang tinggi dikenakan oleh pihak bank. Elak daripada memohon pinjaman peribadi jika tiada kepentingan. Begitu juga penggunaan kad kredit, tetapkan penggunaan kad kredit hanya untuk mengisi petrol atau keperluan tertentu sahaja. Supaya anda dapat terhadkan dan kawal jumlah penggunaannya. Cuba elak sebarang tunggakan atau kelewatan jika anda tidak ingin terbeban dengan caj faedah yang dikenakan pihak bank.

Lindung Diri
Hal yang sering dianggap tidak perlu dan bukan menjadi keutamaan sesetengah individu. Secara logik jika anda membeli kenderaan sudah pasti anda akan memastikan kenderaan tersebut dilindungi insurans kerana anda takut untuk menanggung risiko akibat sebarang musibah. Begitu juga dengan diri sendiri bagaimana jika berlaku risiko yang sama? Adakah anda sudah dilindungi? Di sini penting untuk anda memikirkan melengkapkan diri dengan perlindungan kesihatan, perubatan, hayat atau peribadi mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Pelaburan Jangka Panjang
Terdapat pelbagai jenis pelaburan dipasaran yang boleh menjadi plihan untuk anda mula berjinak-jinak memulakan pelaburan, antaranya pelaburan emas, amanah saham, deposit tetap, unit amanah yang ditawarkan oleh bank tempatan. Sebelum membuat pilihan pastikan anda mendapatkan maklumat berkaitan pelaburan dan benar-benar faham tentang manfaat dan risiko. Pelaburan jangka panjang ini juga turut membantu memperkukuhkan dana persaraan atau kecemasan anda di masa akan datang.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 07:06 PM | Show all posts
5 nasihat terbaik untuk manage kewangan,saya berterimakasih atas ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084466 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list