Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
1185
View
28
Reply

[Sarawak] Pembunuhan Bill Kayong. Kertas siasatan dibuka semula

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Post time 18-7-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Polis Sarawak akan membuka semula kertas siasatan pembunuhan Setiausaha Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cabang Miri, Bill Kayong atau Allahyarham Mohd Hasbie Abdullah, enam tahun lalu


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, S-A-C Lukas Aket, ini susulan tertangkapnya seorang lagi suspek pembunuhan tersebut, Koong Siang Ming, 26 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat lepas


S-A-C Lukas Aket berkata siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan motif pembunuhan termasuk dalang pembunuhan tersebut.


Beliau ketika dihubungi RTM mengesahkan suspek kini telah ditahan di lokap Balai Polis Miri untuk disoal siasat selepas diterbangkan dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat khas P-D-R-M.


Koong Siang Ming @ Batu Ming tiba Jumaat lepas dari China, selepas diusir semula ke Malaysia oleh penguatkuasa negara itu berikutan pasport telah tamat tempoh.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


Dalam kejadian pada 21 Jun 2016, Bill Kayong ditembak ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram, Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 05:00 PM | Show all posts
Selepas lima tahun pembunuhan Bill Kayong, Kong akhirnya diberkas


Koong dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

MIRI: Seorang suspek yang dikehendaki terbabit dalam kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bill Kayong, lima tahun lepas berjaya ditangkap polis dan dibawa pulang ke Miri, hari ini.

Kong Sien Ming dibawa pulang daripada Kuala Lumpur menggunakan pesawat unit udara Polis Diraja Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 2 petang.

Suspek itu kemudiannya dieskot dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek terbabit.

"Ini merupakan tangkapan terbaru kes bunuh Bill Kayong yang berlaku pada tahun 2016.

"Pada Selasa lalu, jam lebih kurang 2.30 petang, suspek telah ditangkap dengan bantuan pihak JSJ IPD KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

"Majistret Sepang telah lulus reman selama tujuh hari sehingga 19 Julai," katanya kepada Utusan Borneo.

Aidi berkata suspek akan disoal siasat lanjut terhadap penglibatannya dalam kes ini dan kes akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (PPN) Sarawak untuk arahan selanjutnya.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, suspek dipercayai bersembunyi di China selama ini sebelum pihak berkuasa disana menahannya dan dihantar pulang ke Malaysia kerana pasportnya tamat tempoh.


Mohd Aliff Idzwan Abdullah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mainland komunis pun xnk ko dik. So sedih.

Wake up la lehulur lehulur semua

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 05:10 PM | Show all posts
Seorang suspek yang dikehendaki oleh polis berhubung kes pembunuhan aktivis hak tanah adat Orang Asal Sarawak Bill Kayong kini dalam tahanan polis setelah enam tahun menjadi buruan pihak berkuasa.

Menurut DayakDaily, suspek Koong Siang Ming @ Batu Ming berusia 26 tahun telah terbang dari Kuala Lumpur hari ini dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri sekitar jam 1.55 tengah hari tadi dan kemudian ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Laporan itu mendakwa Koong dipercayai bersembunyi di China sebelum pihak berkuasa negara itu menahan dan mengusirnya ke Malaysia kerana pasport yang telah tamat tempoh.

Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, 43, ditembak mati di persimpangan lampu trafik dekat E-Mart Supermarket di jalan pintas Tudan, Miri-Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi, 21 Jun 2016.

'Bouncer' (pengawal keselamatan) kelab malam, Mohamad Fitri Pauz telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2018 kerana membunuh Kayong yang juga setiausaha PKR Miri itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Miri pada Jun 2017 membebaskan dan melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Kayong.

Ini setelah pihak pendakwaan gagal menunjukkan bukti prima facie yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan Kayong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh dah 5 tahun ke? Macam cepat je... I lalu waktu tu kereta dia masih kat traffic light lagi, masa tu taktau pun ada kes tembak... Sbb I dari senadin nk ke emart kena uturn kt traffic light tu, pastu bukak miri community baru tahu cerita... Ramai jgk penyokong dia kt miri

Padan muka si penembak nih, dapat duit tembak orang tapi tak dapat hidup bebas

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:11 PM | Show all posts
miszclassique replied at 18-7-2021 05:15 PM
Eh dah 5 tahun ke? Macam cepat je... I lalu waktu tu kereta dia masih kat traffic light lagi, masa t ...
kata nya umjur baru 26 pembunuh tu ...
tapi dalam gambar cam acik2 jer


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila punya lama..baru hegeh nk bukak balik.kesian arwah

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:19 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 18-7-2021 06:22 PM
weezerfan replied at 18-7-2021 06:18 PM
Gila punya lama..baru hegeh nk bukak balik.kesian arwah

suspek baru kena kick balik ke Mesia

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-7-2021 06:19 PM
suspek baru ke kick balik ke Mesia

Itulah...x amik port sgt pasal kes areah ni.tapi mcm2 konspirasi je..keji betul.sapa lah dalang sebenar dia

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:22 PM | Show all posts
weezerfan replied at 18-7-2021 06:21 PM
Itulah...x amik port sgt pasal kes areah ni.tapi mcm2 konspirasi je..keji betul.sapa lah dalang se ...
macam ikan bilis jer yang kena kan ...

takpa ... kita sama2 tunggu ...atau memang tak kan terbongkar...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:23 PM | Show all posts
boleh tahan juga suspek tu bersembunyi selama ni kan ...

kalo tak kerana pasport dan expired ...memang kes ni sejuk beku gtu jer la


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-7-2021 06:23 PM
boleh tahan juga suspek tu bersembunyi selama ni kan ...

kalo tak kerana pasport dan expired ...m ...

Sebenarnya menarik jgk tau, authority china mcmmana tiba2 dapat idea buat spotcheck kt tempat suspek ni duduk sampai terkantoinya passport dia dah expired... Entah2 memang dah lama dia ni diperhati je dari Malaysia

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:38 PM | Show all posts
miszclassique replied at 18-7-2021 06:35 PM
Sebenarnya menarik jgk tau, authority china mcmmana tiba2 dapat idea buat spotcheck kt tempat susp ...
mungkin juga penduduk setempat yang alertkan polis ...

yer la kan ...
cam kita2 kat Mesia ni... walaupun sama melayu ... tetap juga tau melayu sarawak ... melayu kelantan ke ... melayu ganu ke

camtu jugak cina tu ... walaupun sama cina ... mesti dapat tau juga dia cina lain

kot ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:42 PM | Show all posts
Saya merakamkan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas penangkapan Koong Siang Ming, seorang suspek yang berkaitan dengan pembunuhan mendiang Bill Kayong, bekas Setiausaha PKR Miri.


- Dr Wan Azizah Wan Ismail


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:58 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 19-7-2021 07:22 AM
KEADILAN Sarawak hargai kerja keras tangkap suspek pembunuh Bill Kayong


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit

Kes pembunuhan aktivis KEADILAN Sarawak, Bill Kayong berpeluang cerah diselesaikan dengan penangkapan suspek Koong Siang Ming seperti dilaporkan dalam media, semalam.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, pihak Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha berterusan pihak polis itu sehingga tertangkapnya suspek tersebut.

"Mendiang Bill Kayong merupakan anggota KEADILAN dan memegang jawatan sebagai Setiausaha KEADILAN Cabang Miri semasa beliau ditembak mati dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan Jalan Kuala Baram.

"Perjuangan Bill Kayong semasa hayatnya adalah mengambil berat kes-kes Tanah Adat yang dihadapi oleh penduduk Sarawak terutamanya penduduk Dayak yang mana tanah adat mereka bertindih dengan lesen-lesen syarikat perladangan sawit.

"KEADILAN Sarawak berharap agar suspek, Koong Siang Ming yang ada kaitan dengan pembunuhan Bill Kayong dapat disiasat dan dibicarakan oleh pihak berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan terutamanya bagi mangsa, mendiang Bill Kayong dan keluarganya," ujar kenyataan MPN tersebut.

Tambah Abun, KEADILAN Sarawak berharap pihak pendakwaan dapat menyediakan dan membuat pendakwaan dengan sebaik mungkin supaya keadilan dapat ditegakkan kepada semua pihak.

"Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan dalam proses pendakwaan, KEADILAN Sarawak menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan persiapan pendakwaan," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 07:01 PM | Show all posts
Sekreteriat Penerangan
KEADILAN Negeri Sarawak
MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) KEADILAN SARAWAK
16 hb JULAI, 2021.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
KERJA KERAS PIHAK BERKUASA POLIS SANGAT DIHARGAI HINGGA TERTANGKAPNYA SUSPEK PEMBUNUH BILL KAYONG
1. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak mengambil maklum perkembangan positif kes Bill Kayong yang masih belum selesai dengan tertangkapnya suspek Koong Siang Ming seperti dilaporkan di dalam Dayakdaily dan portal lain pada hari ini.
2. Justeru, KEADILAN Sarawak ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa polis di atas usaha berterusan mereka sehingga tertangkapnya suspek tersebut.
3. Mendiang Bill Kayong merupakan anggota KEADILAN dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Miri semasa beliau ditembak mati di dalam keretanya yang sedang berhenti di satu persimpangan Jalan Kuala Baram. Perjuangan Bill Kayong semasa hayatnya adalah mengambil berat kes-kes Tanah Adat yang dihadapi oleh penduduk Sarawak terutamanya penduduk Dayak di Sarawak yang mana tanah adat mereka bertindih dengan lesen-lesen syarikat perladangan kelapa sawit.
4. KEADILAN Sarawak berharap agar suspek, Koong Siang Ming yang ada kaitan dengan pembunuhan Bill Kayong dapat disiasat dan dibicarakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan terutamanya bagi mangsa, mendiang Bill Kayong dan keluarganya.
5. KEADILAN Sarawak berharap agar pihak pendakwaan dapat menyediakan dan membuat pendakwaan mereka dengan sebaik mungkin agar keadilan dapat ditegakkan dengan sebaik-baiknya.
6.  Mermandangkan kes ini masih di dalam siasatan pihak polis dan dalam proses pendakwaan, KEADILAN Sarawak berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan persiapan pendakwaan.
ABUN SUI ANYIT
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak
Bagi pihak MPN KEADILAN Sarawak
-Tamat -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 07:02 PM | Show all posts
mengimbas kembali ...



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru first time baca kes ni.. tak pernah dengar lak pasal ni.. bagus la bukak balik kertas siasatan.. justice needs to be served.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:31 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-7-2021 06:58 PM
KEADILAN Sarawak hargai kerja keras tangkap suspek pembunuh Bill Kayong



... dalam gambar ni siapa ?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 07:20 AM | Show all posts
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list