CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 9

[Sarawak] Laporan Prestasi Vaksinasi di Sarawak

  [Copy link]
Post time 20-7-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-7-2021 08:20 AM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju Sarawak.Terbaik

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2021 07:54 PM | Show all posts
Vaksin COVID-19: 39.9 peratus rakyat Sarawak yang layak sudah lengkap dua dos



KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata setakat 14 Julai 2021, seramai 768,358 atau 36.9 peratus rakyat Sarawak telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 manakala  1,559,655 atau 74.8 peratus sudah mendapat dos pertama.


"Sukacita saya ingin memaklumkan  sehingga 14 Julai, kita telah berjaya memberi suntikan Dos 1 kepada 1.559,655 individu atau 74.8 peratus dan Dos 2 kepada 768,358 (36.9 peratus).

"Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan penuh kepada usaha kita ini," katanya dalam perutusannya sempena Sambutan Hari Sarawak disambut esok.

Uggah berkata kini fokus kerajaan Sarawak ialah memberi vaksin kepada semua rakyat di Sarawak.

"Dengan peluang ini, saya juga juga megucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua barisan hadapan yang telah bekerja bertungkus lumus, siang dan malam dalam memerangi wabak COVID-19 ini demi kesihatan dan keselamatan semua rakyat.

"Peperangan ini bukan sesuatu yang mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira dari segi keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Namun dengan adanya kerja sama, komitmen dan kefahaman rakyat kita akan berjaya memerangi penularan wabak ini," katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berterima kasih kepada sukarelawan  yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta, persatuan persatuan serta individu-individu yang telah banyak meluangkan masa dan tenaga dalam memberikan makanan dan lain-lain sumbangan kepada rakyat yang amat memerlukan bantuan pada ketika ini.

Beliau menambah semangat kerjasama itu amat sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu Sarawak Gemilang Untuk Semua.

Mengenai Sambutan Hari Sarawak Uggah berkata negeri ini telah mengalami banyak perubahan dari segi sektor ekonomi, sosial, fizikal dan politik selepas tanggal 22 Julai 1963.

Beliau berkata bagi rakyat yang lahir sebelum 1963, mereka telah menyaksikan keadaan Sarawak ketika itu berbanding sekarang.

"Tanggal 22 Julai merupakan detik sejarah yang harus diketahui oleh setiap rakyat Sarawak khasnya peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga Sarawak diberi kuasa untuk memerintah diri (self government) pada ketika itu.

"Bagi rakyat yang lahir sebelum tahun 1963, mereka telah menyaksikan kepada bagaimana kedaaan negeri Sarawak ketika itu berbanding dengan keadaan sekarang.

"Banyak yang sudah berubah dari segi sektor ekonomi, sosial, fizikal dan politik," katanya.

Uggah bagaimanapun, pada tahun ini, buat kali kedua sambutan Hari Sarawak dianjurkan pada skala kecil memandangkan Sarawak masih berdepan masalah pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

"Saya difahamkan sambutan Hari Sarawak 2021 akan disiarkan secara langsung oleh oleh TVS, UKAS FB dan Youtube channel dan Radio RTM," tambahnya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah sehubungan itu mengajak rakyat Sarawak terus bersatu-padu dan bekerjasama untuk menjadikan negeri ini berjaya sebuah negeri yang berstatus maju menjelang tahun 2030.

Melalui sambutan seperti ini, rakyat Sarawak akan menghayati sejarah dan pengorbanan yang telah diperjuangkan oleh pemimpin dahulu dalam membentuk persefahaman dan penyatuan kaum serta memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial negeri Sarawak.

"Mengambil iktibar di atas kejayaan kerajaan Negeri Sarawak yang lepas penting juga untuk kita mengekalkan semangat patriotik yang tinggi terhadap negeri sendiri," katanya.


utusan borneo 2021-07-21T16:21:21+08:00
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:23 AM | Show all posts
14 Julai 2021




15 Julai 2021



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:27 AM | Show all posts
16 Julai 2021



17 Julai 2021


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 08:55 AM | Show all posts
18 Julai 2021



20 Julai 2021



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:05 AM | Show all posts
21 Julai 2021



22 Julai 2021


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 09:07 AM | Show all posts
23 Julai 2021



24 Julai 2021


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.121114 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list