CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2123|Reply: 7

[Sarawak] Covid-19 20/07/2021 351 kes baharu

[Copy link]
Post time 20-7-2021 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-7-2021 10:26 AM


COVID-19: 351 kes baharu, dua kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 351 kes baharu dengan dua kematian akibat jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 170 diikuti Serian (74), Samarahan (21), Sibu (14), Saratok (14), Subis (12), Miri (8) dan Pakan (6).

Lain-lain kes dikesan di Beluru (5), Tatau (5), Asajayya (4), Bintulu (3), Lundu (3), Bau (3), Sarikei (2), Mukah (1), Meradong (1), Tebedu (1), Limbang (1), Telang Usan (1), Simunjan (1) dan Dalat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 71,952 orang.

“Daripada 351 kes hari ini,  239 kes melibatkan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 61 kes adalah individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 20 kes libatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 28 kes adalah lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan tiga kes merupakan saringan individu yang baru pulang atau datang dari negeri-negeri lain dalam Malaysia (Import B) iaitu Selangor (2) dan Terengganu (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan  dua  kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Kematian ini, katanya, melibatkan dua orang perempuan masing-masing berumur 80 dan 35 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Sibu.
“Dengan itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Sarawak kini meningkat kepada 449 orang,” katanya.

Sementara itu, terdapat 572 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Manakala jumlah kes masih aktif dan dirawat di dalam wad hospital dan di PKRC adalah seramai 4,487 orang,” katanya.


utusan borneo 2021-07-20T17:46:41+08:00


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2021 06:27 PM | Show all posts
Empat lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytiharkan di empat lagi lokaliti di negeri ini berkuatkuasa antara 19 Julai hingga 3 Ogos 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, PKPD ini melibatkan Rumah Setinggan, Sg. Plan (Belakang SOP),Bintulu dan Rh. Bat, Simpang Koko, Sarikei.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Bintawa Hilir, Kuching dan Kampung Sungai Tapang, Kuching.

“Arahan PKPD ini dibuat bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan lima lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan selepas tiada lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan melibatkan lokasi tersebut mulai hari ini.

Antaranya, Kampung Mambong, Kuching; Rh. Anita, Balai Badak, Kampung Klampai, Saratok; Rh. Abing, Lubuk Kerikap, Sebetan, Saratok; Rh. Lau ak Janting, Batu 20 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dan Kem Kejin, Shin Yang, Long Lama Estate, Telang Usan.

Mengenai laporan notis kompaun pula, polis Sarawak mengeluarkan 19 kompaun di Kuching (11), Bintulu (6) dan Padawan (2)
atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan setakat ini sebanyak 9,426.

“Manakala seorang lelaki warganegara Indonesia ditangkap kerana melanggar SOP iaitu berkumpul di tempat awam selain turut disabit kesalahan di bawah Akta Imegresen,”katanya.

Bagi kompaun dikeluarkan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, sebanyak 12 kompaun dikenakan di bawah pelbagai seliaan pihak berkuasa tempatan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhannkompaun dikeluarkan oleh kementerian terbabit sebanyak 1,333,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 06:27 PM | Show all posts
Kuching jak blom slow down ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2021 06:28 PM | Show all posts
Satu kluster baharu babitkan tempat kerja diisytiharkan di Sarawak hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytiharkan satu kluster COVID-19 baharu di Sarawak menjadikan jumlah kluster yang aktif di negeri ini sebanyak 91 setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster baharu itu, Kluster Jalan Jambusan 2, Bau merupakan kluster tempat kerja melibatkan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Jambusan di Bau.

"Seramai 99 individu telah disaring, 11 didapati positif termasuk kes indeks, 43 lagi negatif sementara 45 lagi masih menunggu keputusan.

"Mereka yang positif telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Daerah Kuching bagi mendapat rawatan lanjut,"katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan satu kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Kampung Kolong 2, Kuching setelah tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lalu melibatkan kluster ini.

Manakala lapan kluster yang aktif merekod penambahan kes baharu iaitu sebanyak 62 melibatkan Kluster Bedup Longgo (34), Kluster Sentosa 2 (17), Kluster Sungai Sengkabang (6), Kluster Tema Saan (1), Kluster Sega (1), Kluster Pasar Basah Mukah (1), Kluster Duyoh (1) dan Kluster Jalan Selalang (1).

Mengenai status zon COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata 19 daerah diisytihar sebagai zon merah iaitu Beluru, Betong, Lundu, Saratok, Tebedu, Telang Usan, Bau, Meradong, Tatau, Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

"Empat pula daerah diisytihar sebagai Zon Jingga iaitu Selangau, Song, Lubok Antu dan Bukit Mabong.

"Zon Kuning pula terdiri daripada Asajaya, Sri Aman, Kanowit, Dalat, Sebauh, Pakan, Matu, Simunjan, Julau, Kabong, Marudi, Pusa dan Belaga manakala Zon Hijau merangkumi Tanjung Manis, Limbang, Lawas dan Daro.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2021 06:31 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-7-2021 10:27 AM
Kuching jak blom slow down ...

yalah.. kch boleh jak polah lockdown
atau swab masuk sia.. mcm kapit dan bintulu polah
tapi kluster penjara ya nyuruh nait nak deng
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 06:37 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-7-2021 06:31 PM
yalah.. kch boleh jak polah lockdown
atau swab masuk sia.. mcm kapit dan bintulu polah
tapi klus ...
owh ... kluster penjara duhal...
mun kluster penjara ... xla dapat maok madah pa2...

tapi...
kenak zone merah ooo..
banyak dah kurang kes terutama nya Kapit
Mengenai status zon COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata 19 daerah diisytihar sebagai zon merah iaitu Beluru, Betong, Lundu, Saratok, Tebedu, Telang Usan, Bau, Meradong, Tatau, Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2021 06:41 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-7-2021 10:37 AM
owh ... kluster penjara duhal...
mun kluster penjara ... xla dapat maok madah pa2...

ada nampak penurunan
tapi tengoklah lepas raya ni
hurmmm takut ada yang tak ikut sop
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 06:51 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-7-2021 06:41 PM
ada nampak penurunan
tapi tengoklah lepas raya ni
hurmmm takut ada yang tak ikut sop
depan rumah kmk ...
siap penuh rumah
siap sigek pick up cdak askar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068857 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list