|
Konflik di Gaza : UEL buat laporan polis ke atas semua fitnah. TRUTH WILL PREVAI
[Copy link]
|
|
doctor dapat kontrak sebab zaman najib 2016 sebab tu najib tak berkutik isu doctor kontrak. ramai penjilat dia puji klinik 1 malaysia apa semua tapi hakikat frontliner kontrak. penyamun 1mdb. ada sebab dia digulingkan rakyat. rakyat memang dendam marah pentadbiran dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matjerk at 21-7-2021 10:05 AM
nariz replied at 21-7-2021 09:08 AM
Wow video ebit & team turun dari bas tu lain ya perangai daripd yg selalu theyols tunjuk kt socmed
Lps turun bas... duduk kerusi vvip sebelah nadir... pun buat menyombong ya.
Cuba kalau sebelah tu tmj... pusing hadap muka .. peluk..salam..x cukup.tanah. siap akan terus up kat ig... "Allah sayang tmj. Baiknya tmj... yada yada"
Benci aku.
Aku nak mohon maaf kat naadir n penyokong nadir sebelum ni aku ada cakap kat forum ni.. nadir ni nak suruh el sembah dia dulu kot.. dah dia duduk sana lama..rasa kasaq pulak word aku guna kat nadir ni.. sedangkan org biasa mcm aku ni pun... sedih gak la.. klu org dari tempat asal aku dtg tempat baru yg aku dah lama duduk..dtg x sapa langsung aku...sedangkan aku tunggu berjam..2am dah..tggu dia..
Bila aku tgk video nadir tu... mmg jelas la.. he is so welcoming towards them... tp "ketua" rombongan tu memilih utk menyombongkan diri ya...
Bak kata nadir.. kalau uel ni menyangka ayat2 dia sebelum tu psl "wali" tu dgn tujuan nak menyakiti hati dia... anggap je lah dia bersalah..dan tegur lah dia.. santuni lah dia mcm org2 yg anda santuni di lorong2 gelap KL... adik2 motor..nasihatlah dia..
Lebih kurang mcm tu maksud dia.. aku suka ayat dia yg tu..lembut.. cuma.. kalau aku jadi dia.. aku x bagi lembut mcm tu.. aku akan tulis mcm ni..
"Klu hang rasa sakit hati sgt kat aku... mcm tu ka hang berdendam kat aku? Allah syg ka org yg berdemdam2 ni? Hina sgt ka aku ni kat hang? Kalau maknyah2..penagih2 dadah lorong gelap yang hang photoshoot kan tu hang boleh tegur..nasihat..yg hang selalu contentkan Allah sayang..Allah uji.. yada yada..
Dengan aku.. hang sombongkan ja? Ostad apa lagu ni.... ke sebab beramah mesra dgn aku x bisa jadi content yg boleh up views?"
Sbb tu aku x boleh duduk gaza.. aku x main lembut2 mcm nadir.. hahaha
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Qoute tu biar habis.. separuh2 macam tu isi maksud dah lari... baca juga ayat Nadir selepas tu ... Aiyoo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Malam ni pukul 10 malam caprice akan buat live
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 21-7-2021 09:54 AM
Lps turun bas... duduk kerusi vvip sebelah nadir... pun buat menyombong ya.
Cuba kalau sebelah ...
Hahaha.
Padu Bang Mat.
Mungkin kita dah balas camtu.
Tapi dari nukilan Nadir, dpt la kita tgk akhlak dan adab beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
I nak share balik yang forumer teot2meoww tu share kat thread sebelum ni sebab bagus penulisan dan faktanya.
NAK SALUR DERMA KE PALESTIN IKUT SIAPA? NGO BOLEH PERCAYA KE?
Sedikit hari dulu kecoh ada hamba Allah claim dia dah scrut dan bongkarkan NGO Palestin besar kat Malaysia tak boleh percaya sebab ada salahguna duit sumbangan orang ramai. Kemudian kecoh bila duta Palestin kata tak ada menerima sumbangan daripada NGO Malaysia. Lepas tu kecoh isu Ebit Liew dan Caprice lately. Saya cuba ringkaskan untuk pemahaman anda supaya fitnah tidak berleluasa dan kita melakukan kesilapan dengan memusnahkan usaha yang amat sukar dibina selama ini yang mana tidak ramai yang tahu.
MEMAHAMI POLITIK PALESTIN
Palestin mempunyai parti politik yang berpengaruh iaitu Fatah dan Hamas. Panjang nak ceritakan sejarahnya tetapi saya permudahkan Fatah adalah parti yang mengiktiraf Israel manakala Hamas pula perjuangannya tidak mengiktiraf Israel. Keduanya memenangi pilihanraya secara demokrasi. Fatah mendominasi Tebing Barat manakala Hamas pula Gaza. Dua lokasi yang berbeza yang terpisah secara Geografi.
Fatah adalah kerajaan yang diiktiraf Amerika dan konconya manakala Hamas pula dilobi mereka untuk disenarai sebagai organisasi pengganas walaupun Hamas itu menang pilihanraya di Gaza secara demokratik. Ini kerana Hamas mempunyai sayap bersenjata yang dikenali sebagai Briged Al Qassam. Namun Presiden Palestin adalah dilantik dari Fatah .Perdana Menteri di Tebing Barat dari Fatah manakala Gaza pula daripada Hamas.
Oleh itu duta Palestin di luar negara adalah dilantik dari faksi Fatah. Oleh itu jangan pelik NGO kita tak menyalurkan dana sumbangan kita melalui duta Palestin di ibu negara kerana kita fokus menyalur dana ke Gaza. Memang kita tak nak bagi Fatah. Silap haribulan dia pakai untuk kempen politik dia. Itu belum lagi kita highlight isu akhlak dan keborosan mereka ni. Cukuplah di situ.
KAWALAN AMERIKA DAN KONCONYA TERHADAP BANTUAN KE GAZA
Walaupun PBB tidak menerima lobi Amerika dan beberapa negara Eropah untuk menyenarai Hamas sebagai organisasi pengganas, mereka mengawal pergerakan kewangan melalui bank-bank yang mesra dengan mereka supaya tidak sampai kepada Hamas.
NGO kita amat berhati-hati dan berstrategi supaya saluran kewangan kita tidak dianggap sebagai dana membantu pengganas apabila ia dihantar kepada kerajaan Hamas. Kesannya amat besar jika NGO menyelodok sahaja tanpa berkerjasama dan berstrategi dalam penyampaian bantuan. Jika tidak wang-wang kita akan berakhir dibekukan oleh bank-bank ini atas alasan pendanaan pengganas dan mungkin NGO itu juga akan disenarai sebagai organisasi pengganas. Duit tu kalau pulang balik takpe, tapi lepas ke diorang dibekukan.
BELUM TENTU WANG KITA AKAN SAMPAI
Saya mahu anda berfikir bahawa dalam seringgit yang anda beri, hanya 70 sen akan sampai ke Palestin. 30 sen lagi adalah kos yang diperlukan untuk menyampaikan 70 sen anda. Menyalurkan sumbangan anda bukan semudah transfer DUITNOW atau maybank2u ke akaun Ahmad di Palestin.
Sebab itu jangan pelik kita ada NGO yang bergerak di Palestin untuk memudahkan pengurusan kemanusiaan dan mengekalkan status quo sebagai NGO kemanusiaan. Walhal NGO kita sebenarnya sentiasa berisiko untuk ditikam oleh CIA dan MOSSAD yang sememangnya membenci NGO Malaysia yang konsisten membantu Gaza.
Kebanyakan orang yang menguruskan kewangan ke Gaza ini adalah orang2 senior dan mahir dalam perbankan. Mereka pakar mengatur strategi yang praktikal. Bukan pakar scrut yang guna skill google atau copywriting untuk dapat like. Then suka hati kata NGO kita menyeleweng.
Strategi ini diselaras dan dibina serta diselenggara bertahun lama untuk mempastikan pergerakan bantuan dari NGO lain termasuklah yang bukan dari Malaysia SAMPAI ke Palestin.
NGO kita mempastikan bahawa sekolah yang dibina itu tiada sebab untuk dibom Israel atas alasan ia berkait dengan Hamas. Malah kita berstrategi dalam menjarakkan diri kita dari dikaitkan dengan Hamas. Bayangkan bangunan Al Jazeera dibom macam kacang je, apatah lagi kalau Israel yang koyak tu boleh kaitkan hospital, kilang atau sekolah yang kita bina dengan Hamas. Jadi debu duit kita tuan-tuan.
Sebab itu juga wujud keresahan dikalangan orang Palestin yang mana tidak memahami masalah dan kekangan yang ditanggung NGO Malaysia kerana sumbangan kewangan itu tidak sampai ke tangan mereka tetapi diurus sendiri oleh NGO Malaysia di sana. Kita tidak mahu sebarang hubungan cuba dikait dan digunakan oleh Israel sebagai alasan untuk mengebom dan memusnahkan apa yang telah dibina. Namun pemimpin Hamas sedia maklum dalam hal ini dan sentiasa memberi sokongan.
Diringkaskan, kalau Hamas nak sekolah, bagitahu kita, kita bawa duit sana, kita beli batu simen, kita binakan atas nama bantuan kemanusiaan. Bukan bagi duit then Hamas buat. Anytime lah sekolah tu berisiko kena bom. Inilah strategi yang ramai tak tahu.
HENTIKAN FITNAH
Hentikanlah fitnah yang sedang berleluasa terutama bila ramai antara kita tidak tahu kerumitan yang berlaku. Kerana itu juga isu Caprice dan Ebit Liew ini kita risaukan akan menyebabkan proses penyaluran akan menjadi lebih sukar di masa mendatang.
Perlu juga kita fahami bahawa NGO kita yang berpengalaman telah membuka jalan selama ini dan berjuta-juta sumbangan telah sampai dan membantu dalam pembangunan Palestin.
Tak salah bagi NGO baru yang bersemangat dan ikhlas mahu berjuang membantu Gaza tetapi berkawan dan bertanyalah pada yang lama. Kita risaukan kalau kegelojohan berlaku, ia mungkin merisikokan seluruh operasi dan usaha serta kemudahan yang telah dibina oleh sukarelawan dan NGO terdahulu selama ini tergadai begitu sahaja.
BOLEHKAH SALUR IKUT EBIT LIEW?
Boleh. Itu wang anda. Anda boleh salur ikut siapa saja yang anda suka. Jangan gaduh-gaduh tuduh dia ni betul atau dia tu salah. Jangan menuduh orang lain bukan-bukan terutama bagi perkara yang anda tidak tahu. Salurlah ikut Ebit Liew, Caprice atau siapa yang anda suka.
Namun suka saya menasihatkan setelah saya mengutarakan isu-isu yang wujud, adalah lebih baik memilih pihak yang benar-benar tahu kaedah untuk menyampaikan 70 sen anda. Saya tiada masalah dengan Ebit Liew cuma saya berpendapat kaedah beliau mungkin merisikokan kesemua seringgit anda tidak sampai.
Daripada perkongsian rakan NGO lain tak kira NGO Palestin atau tidak, sefaham saya Ebit Liew tidak suka berkolaborasi dengan NGO lain dan suka bersendiri. Maaf saya belum dengar lagi dari banyak rakan NGO, mereka pernah berkolaborasi dengan Ebit Liew. Bagi saya itu hak Ebit Liew untuk bergerak sendiri kerana kolaborasi ini bukan satu kewajipan.
Cuma dari segi logik, apabila dimana semua NGO yang berusaha mengutip dana Palestin berkolaborasi dan bersatu dalam satu usaha besar untuk mempastikan dana kita sampai, saya tidak fikir Ebit Liew dan team mereka mampu melakukan sekelip mata. Mereka tiada pengalaman. Kita pun mendapat maklumat barangan yang dibeli di Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza tempoh hari tersangkut di sempadan Mesir dan tidak lepas. Hanya orang saja yang lepas dengan kos yang agak tinggi dibayar untuk memasuki Gaza. Bukankah itu satu pembaziran. Apa pointnya orang dan kamera je masuk tapi barang tinggal? Apa salahnya berkolaborasi supaya bantuan itu sampai?
Jadi saya fikir selagi pendekatan Ebit Liew yang tidak suka berkolaborasi ini diamalkan, saya fikir dana yang disalurkan berisiko untuk tidak sampai. Dalam isu Palestin ini, ia bukan berkisar orang yang boleh masuk, tetapi bagaimana dana itu hendak kita bawa masuk memerlukan strategi dan pengalaman. Diharap, sama ada Ebit Liew, Caprice atau sesiapa saja, berkerjasamalah dengan orang-orang lama yang tahu selok-belok.
Saya rasa ada sebab kenapa banyak NGO berbunyi. Bukanlah mereka jealous atau cemburu kerana sokongan rakyat terhadap Ebit Liew. Hakikatnya sumbangan yang mereka terima jauh lebih banyak. Tetapi mereka tidak mahu jambatan yang sudah terbina termusnah dek kerana tidak cermat dalam bertindak. Semangat yang ditunjukkan oleh Caprice dan Ebit Liew itu kita sanjungi tetapi fahamilah situasi. Semangat saja tidak cukup. Perlu bijak dan cermat dalam bertindak.
Kaedah "redah dan dakwah" Ebit Liew mungkin sesuai untuk pendekatan tertentu tetapi bukan untuk semua tempat dan perkara. Kalaulah beliau amalkan kaedah ini dan redah ke Syria, saya risau beliau akan terus berkubur disana. Cara beliau redah di Sabah tempoh hari pun agak menjadi isu besar namun nasib baik Polis sedia membantu. Namun harus Ebit Liew fahami, beliau dan kumpulannya boleh menjadi target yang paling disukai pengganas Abu Sayyaf kerana mempunyai wang yang banyak. Kalaulah dia atau krew kena kidnap, dah jadi satu isu lain pula yang nak kena hadap. Kot Abu Sayyaf minta senjata api sebagai pertukaran, tak ke pening kita nak hadap. Tak hadap karang netizen kata askar kita tak guna, kerajaan kita kufur.
Oleh itu bukan semua tempat boleh guna kaedah redah dan dakwah. Saya tak fikir orang mahu cari gaduh dgn Ebit Liew. Saya fikir apa salahnya kumpulan dan krew Ebit Liew membuat kajian dan urusan sebelum tiba supaya tidak memberi kesulitan kepada pihak lain. Jangan simply redah kerana ia boleh menimbulkan banyak isu. Kita nak Allah sayang kita semua. Jadi berurusanlah dengan kasih sayang dan memahami antara satu sama lain.
JANGAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN
Scene NGO kita sebenarnya dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah Malaysia penuh penderma yang baik hati dan sukarelawan yang rajin berkorban. Kita nak usaha baik ini berterusan dan disuburkan ke generasi akan datang.
Namun dalam membuat urusan begini kita perlu sedia maklum tentang undang-undang, peraturan dan kaedah yang betul. Banyak cabaran dan penipuan yang ada diluar sana. Kalau anda buat kerja baik, kita tak nak yang telah berkorban dituduh penipu kerana kesilapan tidak perlu. Kita tak nak wang penderma juga ditipu kerana pengalaman yang tak tentu.
Sungguhpun memang ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan NGO sebagai platform cari makan, kita ada undang-undang untuk menyelia mereka. Semua NGO yang mengikut aturan perundangan kita insyallah telus dalam pengurusan akaun dan tidak akan menyeleweng. Selagi mana perbelanjaan itu direkod dan diisytiharkan serta diaudit, selagi itu kita jangan risau menyalurkan wang kita mengikut saluran mereka.
Hentikan lah membawang sehingga menyuburkan fitnah dan membunuh usaha-usaha murni dek kerana keseronokan mengomen dan emosi serta ketaksuban melampau. Habis fitnah dilampias kepada organisasi dan individu tanpa usul periksa dan maklumat yang menipu. Kurangkanlah sangka buruk yang tidak perlu.
Dalam membantu Gaza, saya sarankan salurkan pada yang berintegriti dan berpengalaman. Begitu juga dalam isu Syria. Pastikan 70 sen kita sampai. Doakan semoga 30 sen kita itu beroleh pahala dengan mempermudahkan usaha untuk sampai. Bukan semua mereka yang buka tol dalam jalan ke Palestin itu ikhlas tuan-tuan. Ada yang korup dan cuba mengambil kesempatan. Mereka hanya nak cari makan sahaja. Tapi kita terpaksa bayar 30 sen untuk 70 sen kita sampai.
Take note bahawa 70 sen dan 30 sen ini hanya perumpamaan. Saya merujuk kepada jumlah yang dibenarkan oleh akta. Hakikatnya NGO kita berjaya membawa masuk dengan kos yang lebih murah. Kalau kita tak reti nak menghargai, janganlah pula kita jadi batu api.
Palestin bukan cerita tolong orang susah je tuan-tuan. Palestin is everything. Ia sangat penting dalam perjuangan beragama. Semoga Allah jauhkan fitnah dari ia meruntuhkan jambatan yang memberi talian hayat kepada saudara kita disana. Amin ya rabbal alamin.
Dalam bab ni saya tak suka nak memihak. Saya ok je dengan mana-mana NGO. Saya takde masalah dengan Ebit Liew dan saya pun takde masalah dengan Caprice walaupun takde lah minat sangat pun. Cuma kalau sape nak memihak kepada mana-mana tu, tak payah baca lah. Tak payah nak taksub sangat. Saya pun tak kuasa nak layan. Jernihkanlah keadaan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4235770113136588&id=100001109224458 |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh tak tersangka. Tapi bagus gak, terbuka dah sikit demi sedikit... |
|
|
|
|
|
|
|
isbritneybich replied at 21-7-2021 09:09 AM
hm sorry la, dah beberapa kali nadir tulis, tapi point nya masih sama. Please don't confuse profess ...
Die kenalah jawab dah org fitnah die..kalau team ebit boleh patahkan fitnah.. Nadir pon boleh patahkan fitnah.. Itu jaaa... Skrg semue tgh tunggu caprice nak patahkan fitnah pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 21-7-2021 09:54 AM
Lps turun bas... duduk kerusi vvip sebelah nadir... pun buat menyombong ya.
Cuba kalau sebelah ...
Yes babe. Pasal perangai satu hal..
but maybe team ebit boleh ckp, nadir tak perlu nk up hal personal kan.
tapi point yang lebih menarik ialah team uel ni bayar byk kpd Hala Agency tu menyebabkan ngo lain susah nk masuk gaza dh lepas ni.
Sesuatu jugak eh team uel mcm nak cantas semua nk jadi terpaling.
I nak tau jugak berapa kena bayar etc
Weols kt forum bukan pentaksub siapa2 cuma nk tau the thruth je.
Mungkin jugak Allah nk tunjuk gaza ni bukan tempat utk menunjuk2.
I dont know..hope uel dpt clear the air.
Tak elok la heols berdiam diri and let the pentaksub bash org lain.
ig pa dia pn dh delete khuenst..
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah besar jiwa seorang nadir ni.
Dalam pada nak explain kejadian tu sempat lagi mengaku salah n minta maaf, padahal benda tu xde impact juta ringgit pun bukan issue apa pun. Tenang n sabar je dia, xtakut punrasa malu n ego.
First dengar nadir ni waktu live pun impressed dia pandai cakap susun cerita both factual and opinion dia brilliant. Macam I dengar KJ cakap pun sama. Walaupun kita cakap huru hara tapi bila dengar orang cakap penuh substance ni hebat betul, perlukan otak n hati yg baik.
El ni, sama je rasa macam sebelum ni tapi now rasa lebih buruk lah perangai nya. Sama la I pun rasa buruk n keji waktu awal awal dalam dunia human aid ni, banyaknya xboleh deliver, banyaknya tak tahu, banyak could hv done better. Beberapa team I join I stop, xkurang juga ada team yg memang stopkan I Dr join diorang lagi. Along the way bila jumpa orang or team jenis sama, dah tak rasa geli sangat dah. Faham, jalan ni susah, banyak kena belajar n experience sendiri, then only boleh improve.
Walaupun Susah nak bagi teguran, lagi susah nak terima teguran tu. Took years for me nak betulkan satu satu kesalahan, pun banyak lagi kena improve, still kena jugak reject haha. so team El ni, yg lebih jauh ilmu n experience xde lah nak kena take years jugak.
Syabas n terima kasih nadir.
Forum rahsia tu cari ke? Haha tahniah acik forum, sampai bumi Gaza dah kita |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap meols check in bawak ketupat, lemang dengan rendang daging. Ayam masak merah pun ada.
Mai bagi ramai mai.
Ikut SOP.
|
|
|
|
|
|
|
|
UEL ni tak buat taik dengan orang yang besar2. dia buat taik dgn yang kecik2 ni je.
|
|
|
|
|
|
|
|
gold_teeth replied at 21-7-2021 09:28 AM
Iols pun ada bagi link kt my famly bca..
https://t.me/nadiralnuri
Hikmah dia telegram ni confirm r ...
Redah pastu tinggal taik? |
|
|
|
|
|
|
|
nariz replied at 21-7-2021 10:03 AM
Yes babe. Pasal perangai satu hal..
but maybe team ebit boleh ckp, nadir tak perlu nk up hal pers ...
Betul you cakap ni, bumi para syuhada, jangan nak buat main-main. Niat kena betul, mungkin ini teguran tuhan kepada UEL dan team melalui Nadir. Allah tegur, Allah uji sebab Allah sayang, gitew. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat ig bukan main sembang dewabit ni santuni orang, tidak menyimpan dendam amarah. tapi kena jentik sikit pasal hal wali dah merempan sampai ke GAZA
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trexxxxxi at 21-7-2021 11:22 AM
Dkt Gaza skrg ni Nadir tgh uruskan prog sembelihan.
Tadi meols tengok di FB Nadir, ada dkt 122 ekor lembu, 4 ekor kambing, kerja 50 jam.
Edited: Sori meols tersilap tadi
Pentaksub bersepah di post sebelum2 tu dok suruh bersemuka la apa la.
Meols #teamnadir yach!
|
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 21-7-2021 10:04 AM
Allah besar jiwa seorang nadir ni.
Dalam pada nak explain kejadian tu sempat lagi mengaku salah n ...
Jauh beza dgn caprice ckp...
Caprice ckp dgn nanaih hari tu.. mula2 sembang psl taik.... ada org berak x flush..lps tu balik katanya..
Tgh2.dok cakap tu... "capriz ada satu rahsia"
Aduiiii lemah nya dgr.... mcm budak2 sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 21-7-2021 10:54 AM
Lps turun bas... duduk kerusi vvip sebelah nadir... pun buat menyombong ya.
Cuba kalau sebelah ...
Muka menyampah dewasayu tu ketara gila
Takde pentaksub nak bekap ke diporem ni |
|
|
|
|
|
|
|
....senang nak cari rupernya......
|
|
|
|
|
|
|
|
trexxxxxi replied at 21-7-2021 10:04 AM
Kejap meols check in bawak ketupat, lemang dengan rendang daging. Ayam masak merah pun ada.
Mai b ...
Nak telur goreng dengan kicap elewsmart Allah sayang je... yg lain2 x mo... |
|
|
|
|
|
|
| |
|