View: 19821|Reply: 163
|
[Tempatan]
edisi terkejut! ' balai polis disko' kene serbu!
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: 'Balai polis disko.' Itu gelaran boleh diberikan kepada tindakan menjadikan bilik di sebuah balai polis di daerah Kajang sebagai lokasi berhibur.
Susulan tindakan itu, seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan, semalam.
Serbuan kira-kira 6 petang itu dibuat Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman susulan maklumat awam.
Suspek ditahan ketika sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.
Suasana bilik berkenaan juga tidak ubah seperti disko kerana dipasang lampu berputar
Pasukan serbuan menahan OCS berpangkat Sub-Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.
Serbuan juga merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.
Selain itu, lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita turut dirampas.
Sementara itu, Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, polis memandang serius salah laku yang dilakukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, serbuan dibuat bagi memastikan balai polis tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.
"Saya sahkan serbuan dan penahanan yang dijalankan JIPS Bukit Aman hasil maklumat awam.
"Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan tindakan tegas akan diambil terhadap suspek yang terbabit," katanya kepada Harian Metro.
Disiarkan pada: July 21, 2021 @ 2:11pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ini kalau tak pecat gak tak tahula |
|
|
|
|
|
|
|
hebat... kohkohkoh tp akhirnya kantoi gak |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam balai polis ada disko
Kalau sembang dengan anak anak polis semua akan cakap bapa kami tak makan rasuah
Semua bagus2 belaka |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Mid Badot Senyum Sinis
Kah2.. Ape komen KPN sekarang ney?? Ke last2 marah pulak tukang serbu.. Begitulah rase aku nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh gila la |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah KDN tiada juruaudit yg memantau?
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap JIPS selalu terjah ke setiap balai secara mengejut juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingtkan dlm filem bollywood...rupanya 'berdasarkan kisah benar berlaku di Malaysia'... |
|
|
|
|
|
|
|
hanya di tanah airku... |
|
|
|
|
|
|
|
tu aku cakap...
penguatkuasa kat malaysia ni hancurrr...
dgn perangai lahanat nya, dengan makan rasuah, yg pencuri, yg merogol, yg dorang sendiri penjenayah...
tak pelik la jenayah kat malaysia ni tak turun2 dan selesai...
orang macam ni kita harap nak pertahankan dan menjaga keselamatan rakyat? |
|
|
|
|
|
|
|
Xda tmpat lain ke kot ye pn nk buat port keja haram?? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok baling taik lembu jer muka sesekor |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau polis buat birthday party kat tingkat dua tu kita faham la, ada lagu, ada lampu. Tapi ni siap ketum dan alcohol bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
wow. tingkat bwh menegakkn keadilan..tingkat ats .... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat party kat disco, mereka buat disco sendiri. Paling power, disco kat balai. Adoi, apa ke pelikkkkk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|