Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
19750
View
232
Reply

[Tempatan] Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala. #157, Tidak balas ‘proposal’ Nadir kerana dapat tawaran lebih murah. #158, ‘Saya ada hitam putih, rilek guys’ – Nadir

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-7-2021 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-7-2021 02:57 AM

Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala
https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... ayar-syarikat-hala/

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
21 Julai 2021, 3:55 pm


Muhammad Nadir (kanan) dan Ebit di Gaza.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew digesa untuk memberi penjelasan mengenai kaedah digunakannya untuk memasuki Gaza, Palestin baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin.

Dia berkata, dalam tempoh sekitar lapan tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles.

“Jumlah maksimum mungkin 200 hingga 300 orang sahaja dapat masuk setahun. Kaedah ini telah diamalkan oleh semua NGO yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.

“Kenapa kaedah pasukan EL (Ebit Lew) memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi,” katanya

Muhammad Nadir berkata, tindakan menggunakan khidmat syarikat itu dibuat hasil daripada desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama dengan Mesir.

Katanya, ia bagi membolehkan pasukan Ebit memasuk ke Gaza tanpa mengira berapa pun kos yang perlu dibayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk. Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza.

“Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya iaitu $1200 (RM5,090.40) seorang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza,” katanya.

Menurutnya, dengan bayaran tersebut, pembayar akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ bagi merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari untuk dilalui.

“Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya,” katanya.

Muhammad Nadir mempersoalkan sama ada pihak Ebit bersedia memberi penerangan menganai ratusan ribu ringgit yang dibayar ke syarikat Hala bagi tujuan seperti penginapan dan barangan sumbangan dibeli untuk agihan.

“Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini.

“Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain,” katanya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:23 PM | Show all posts
tunggu apa respon TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila membawang kat sini weiiii.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1260513&extra=&page=20&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan 'dalam filem' jer 'mende camni' berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmj dan h20? Panassss
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat perang dah macam tempat pelancongan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Woweeeeeer….panazzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:35 PM | Show all posts
team ebit kena perjelas tu..kesan pada mereka yang dh lama beroperasi disana sedikit sebanyak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sementara itu...di tanah air...ramai orang yg memerlukan bantuan...tidak memperolehinya....atas sebab2 yg tidak diketahui....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan diperolehi nilai juta2.
Bazir ratus ribu bagi team EL takde apa.
Connection dia besar. Sekali hulur main ratus ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 21-7-2021 05:33 PM
tempat perang dah macam tempat pelancongan

Ayat kaka ni boleh beri idea ni untuk negara2 perang. Dunia dah hada dark tour, boleh la negara2 perang tak abis2 cuba war tour pula dengan syarat apa2 jadik, tanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:36 PM | Show all posts
Disebabkan bangsa Arab, umat Melayu pulak bergaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-7-2021 04:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200

Manalak 1.2k. Tu harga untuk warga tempatan.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:41 PM | Show all posts
ultra78 replied at 21-7-2021 06:36 PM
Disebabkan bangsa Arab, umat Melayu pulak bergaduh...

itulah masalahnya...pak arab kat saudi sana,mesir rilek2 je...
kita sini kecoh2 kepoh2 baru nak bagi bantuan sikit dh gaduh2...
bersatu la wahai saudara saudari..fokus fokussss


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-7-2021 05:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200

Kalau ikut apa yg nadir beritau kat atas tu
1200 utk rakyat tempatan
kalau utk org luar lagi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-7-2021 05:23 PM
Berapa ramai jumlah angka team heols? X$1200

1200 warga tempatan. Ini orang luar siap diiring kereta perisai, juta2 lemon yaaahhh kena byr
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 21-7-2021 06:44 PM
Kalau ikut apa yg nadir beritau kat atas tu
1200 utk rakyat tempatan
kalau utk org luar lagi mah ...

Katakan minimum $1200. Kalau 3 orang dah berapa. Berapa orang team heols yg turun dari bas hari tu yang masing2 lagak mcm diva? Convert pulak RM.


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 21-7-2021 06:55 PM
1200 warga tempatan. Ini orang luar siap diiring kereta perisai, juta2 lemon yaaahhh kena byr

Iols nak tau berapa ramai team heols?

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-7-2021 06:40 PM
Manalak 1.2k. Tu harga untuk warga tempatan.

Berapa ramai team heols?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list