CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5839|Reply: 28

Daiyan Trisha Difitnah Tak Buat Kerja, Hanya Bersosial Dan Bergambar Di PPV

  [Copy link]
Post time 21-7-2021 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Inisiatif murni penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) nampaknya tidak disenangi semua pihak.


Daiyan dalam satu pendedahannya mengakui, perkara tersebut disedari apabila terdapat individu yang sengaja menimbulkan isu negatif dengan mendakwa dia hanya datang ke PPV untuk bergambar dan sekadar bertugas selama 15 minit sebelum pulang.




Foto: IG




“Baru-baru ini saya dituduh oleh seorang individu dalam Twitter. Ciapannya telah diulang ciap sebanyak lebih 4,000 kali sebelum dipadam. Tetapi ciapannya telah mengundang banyak tuduhan dan fitnah terhadap saya dan kerja sukarelawan saya di PPV.


“Saya sudah bekerja sukarela selama beberapa hari, lima hingga 10 jam sehari. Saya tak pernah mengeluh mahupun melakukan apa yang diperkatakan seperti membawa rakan-rakan, juruvideo dan sebagainya,” ujarnya.


Isu berkenaan ditimbulkan seorang pengguna Twitter beberapa hari lalu dengan mendakwa, Daiyan merupakan salah seorang artis yang berbuat demikian sepanjang bergelar sukarelawan.




  



Dedah pelakon drama Anchor: Projek SPM itu lagi, dia mendapat tahu bahawa pelaku merupakan seorang daripada sukarelawan di PPV yang sama dengannya.


“Dia ada bergambar bersama saya tetapi masih menyebar fitnah dengan menjawab ‘ya’ apabila ditanya adakah Daiyan antara artis yang datang hanya untuk sesi bergambar, bersosial dan balik selepas 15 minit bertugas.


“Bila saya dituduh dan difitnah seperti ini, tak tahulah nak rasa apa. Bukan saya saja. Malah sebilangan rakan artis yang lain juga. Naratifnya, ini tak patut diterima bulat-bulat terutamanya membabitkan perihal bohong dan fitnah,” katanya.


Individu yang telah menimbulkan fitnah terhadapnya bagaimanapun sudah tampil membuat permohonan maaf dan memadam ciapannya.


Tambah Daiyan, pada hari pertama bekerja, dia hanya datang seorang diri sebelum mula ditemani pembantu peribadi pada hari kedua dan ketiga atas faktor keselamatan.




  



Bagaimanapun, pembantu peribadinya bukan sekadar datang untuk menemani tetapi turut menyertai aktiviti sukarelawan di PPV tersebut.


“Tolonglah fokus kepada para doktor, petugas barisan hadapan, staf dan sukarelawan lain yang bekerja penat lelah setiap hari. Tolong hargai mereka. Beri mereka perhatian, bukan saya.


“Apalah sangat sumbangan kecil saya ini. Cuma maaf, walaupun isu ini nampak remeh, saya terpaksa bersuara kerana ramai bertanya dan telah memperlekeh niat serta integrriti kerja sukarelawan saya,” katanya lagi.


Meskipun pada awalnya dia enggan memanjangkan perkara tersebut, namun Daiyan mengakui terpaksa bersuara demi membersihkan namanya yang sudah tercalar dek perbuatan individu terbabit.




  



“Walaupun anda sudah menimbulkan fitnah terhadap saya, terima kasih juga kerana meminta maaf dan memadam ciapan tersebut. Saya harap anda belajar daripada kesilapan.


“Kepada yang lain-lain, janganlah terlampau cepat percaya sesuatu tanpa bukti yang sahih. Janglah taksub dengan benda-benda yang menyebarkan kebencian seperti ini. Fikirlah dahulu. Kalau anda masih tak nak percaya saya, terpulang. Tuhan tahu,” katanya.


Daiyan mula menjalankan kerja-kerja sukarela di PPV UKM sejak 3 Julai lalu selepas sebulam permohonan dibuat. Selain Daiyan, beberapa selebriti popular seperti Nazim Othman, Nadiya Nissa, Sherry Alhadad, Amelia Henderson, Fizo Omar, Isma Aizal Yusoof, Adam Shahz, Aniq Suhair, Mimi Lana dan Bob Yusof turut bergelar sukarelawan PPV. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Menguapppppp
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengantok mengantok
Nak tido maneeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tu haa pokok da goyang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 07:09 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 07:10 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2021 07:28 PM | Show all posts
Yawnnnnn
Kalau nmpk pun x kenal gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk mana yg p ppv semata2 nak tengok retis nihh..x pakai mask lalu sebelah pun blum tentu kenai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
memang xleh button ke uniform tu? memang kena tayang singlet?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 09:54 PM | Show all posts
Keselamatan apo? Ko fefeeling orang datang situ nak serbu ko ke dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la aku p vaks hari tu dorang elok je membantu. Tp ada sesetgah petugas ni dia punya hek eleh tu mengalahkan dia yg doktor. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Die sendiri yg up org bergambar dgn dia.. untuk elak fitnag tk pyh lah upload. Gambar sorang ckup
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kalau retis jd sukarelawan org sanjung mcm eh baiknya comelnya.. kalau rakyat biasa xde org peduli?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:51 PM | Show all posts
Dia ni tak masuk kategori TibaiUnta dan retis gebor ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dia volunteering pun melambak post kat IG. Senyap2 sudah ler. Btw, masa lalu lalang kat tiktok ternampak video dia ni. Muka dah kearah nadiah shahab ya. Sama dokterr ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 kitaorg pun ramai jd ptugas ppv.
sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlambak-lambak gambarnya,  manalah orang tak salah sangka.

Kalaupun utk kenangan,  perlukah upload semua?

Lagi satu,  aku kalau orang tu dah pakai mask,  sapa hang pun aku tak kenai. Melainkan Hari2 jumpa..
Tak pakai mask pun tak berapa nak kenal hang aihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:43 AM | Show all posts
pprt lah ko ni dayan trisna. petugas yang betul2 volunteer tu takde masa kot nak bergambar bagai sebab nak uruskan orang benda itu ini segala? nak makan gi toilet bagai pon entah mana nak curi masa? hanat sangat perangai sama lah cam si trisna hanat tu. selayaknya ko ni dipanggil dayan trisna jahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 02:04 AM | Show all posts
So...jadi sukarela utk amik pic je la yek..K.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kau keje ke tak sebenarnya? byk masa plk kau bergambar je. asyik dgn handphone tak bahaya ke data peribadi rakyat malaysia tu? petugas ntah sapa2 boleh tgk data kita sbb lately ramai plk kes petugas ppv
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.076965 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list