CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3552|Reply: 10

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Doa

[Copy link]
Post time 21-7-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 19-11-2021 01:04 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh 'Isa bin Yunus, diceritakan oleh 'Abdul Malik bin Abu Sulaiman, daripada Abu Az Zubair, daripada Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan,

"Saya pernah pergi ke Syam
dan mengunjungi Abu Darda' di rumahnya.
Namun saya tidak bertemu dengannya,
lalu saya pergi menjumpai Ummu Darda'.

Setelah itu, Ummu Darda' bertanya kepada saya,
"Hai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini?"

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan pun menjawab,
"Ya."

Ummu Darda' berkata,
"Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami,
kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim
dari jauh,
tanpa diketahui olehnya
akan dikabulkan.

Di atas kepalanya, ada malaikat yang telah diutus,
dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan,
maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan
"Amin, dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu."

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan berkata,
"Setelah itu saya pergi ke pasar
dan di sana saya bertemu dengan Abu Darda'.
Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya
yang diriwayatkannya daripada Rasulullah s.a.w."

(Hadith Muslim no. 4914)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879 at 13-1-2022 02:22 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Abdurrahman, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Hammam, diceritakan oleh Zaid bin Aslam, daripada 'Atho` bin Yasar, daripada 'Ubadah bin Ash Shamit,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Di syurga ada seratus tingkat,
jarak antara setiap tingkat
seperti antara bumi dan langit.

Firdaus adalah syurga tertinggi.
Darinya empat sungai syurga mengalir,
di atasnya 'Arasy.

Bila kalian meminta (berdoa) kepada Allah,
mintalah Firdaus."

(Hadith Tirmidzi no. 2454)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2022 09:30 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Hannad, diceritakan oleh Abu Al Ahwash, daripada Abu Ishaq, daripada Buraid bin Abu Maryam, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa meminta syurga kepada Allah
sebanyak tiga (3) kali,
Syurga berkata,
"Ya Allah, masukkan dia ke syurga."

Dan barangsiapa meminta perlindungan daripada neraka
sebanyak tiga (3) kali,
Neraka berkata,
"Ya Allah, lindungilah dia daripada neraka."

(Hadith Tirmidzi no. 2495)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879 at 17-5-2022 05:12 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Yahya bin Musa, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, diceritakan oleh Al Laits (Ibnu Abu Sulaim), daripada Ziyad,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidaklah seseorang yang berdoa kepada Allah
kecuali akan dikabulkan untuknya.

Baik akan disegerakan di dunia
atau dijadikan bekalan di akhirat
atau akan menghapuskan dosa-dosanya,
sesuai dengan doa yang dia minta.

Selama dia tidak berdoa untuk
kemaksiatan
atau memutus tali silaturrahmi
atau terburu-buru."

Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah!
Bagaimana dia terburu-buru?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dia berkata,
aku telah berdoa
akan tetapi Rabb-ku tidak juga memakbulkan
untukku."

(Hadith Tirmidzi no. 3531)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 04:54 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 24-5-2022 05:56 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abdullah bin Abdurrahman, diceritakan oleh Abu Al Walid, diceritakan oleh Laits bin Sa'ad,
diceritakan oleh Qais bin Al Hajjaj, daripada Hanasy Ash Shan'ani, daripada Ibnu Abbas,

"Aku pernah berada di belakang Rasulullah s.a.w.
pada suatu hari.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hai anak, sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat.

Jagalah Allah (agama),
nescaya Allah menjagamu.

Jagalah Allah (agama),
nescaya kau akan mendapati-Nya bersamamu.

Apabila kau meminta,
mintalah pada Allah.

Dan apabila kau meminta pertolongan,
mintalah kepada Allah.

Ketahuilah sesungguhnya,
seandainya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat,
mereka tidak akan memberi manfaat sama sekali.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu.

Dan seandainya mereka bersatu untuk membahayakanmu,
mereka tidak akan membahayakanmu sama sekali.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu.

Pena-pena telah diangkat
dan lembaran-lembaran telah kering.
(Takdir telah pun ditetapkan)."

(Hadith Tirmidzi no. 2440)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2022 11:18 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Laits, daripada Ja'far bin Rabi'ah, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila kamu mendengar kokok ayam jantan,
maka mohonlah (berdoalah) kemurahan daripada Allah s.w.t.
Kerana pada saat itu,
ayam tersebut sedang melihat malaikat.

Sebaliknya, apabila kamu mendengar suara keldai,
maka berlindunglah kepada Allah
daripada segala kejahatan syaitan.
Kerana pada saat itu,
keldai tersebut melihat syaitan."

(Hadith Muslim no. 4908)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2022 01:02 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 14-7-2022 06:32 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Sulaiman bin Harb, diceritakan oleh Hammad bin Zaid, daripada Ayyub, daripada Abu Uthman, daripada Abu Musa r.a.

"Kami bersama Nabi s.a.w. di suatu perjalanan.
Apabila kami berjalan ke tempat yang agak tinggi,
kami pun bertakbir.

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Saudara-saudara sekalian,
rendahkanlah suara kalian!

Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada
Dzat yang pekak
dan jauh.

Tetapi kalian berdoa kepada
Dzat Yang Maha Mendengar
dan Maha Dekat."

Kemudian Nabi s.a.w. bertemu denganku,
sedangkan diriku tengah membaca,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan upaya
kecuali dengan pertolongan AlIah)."

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda,
"Wahai Abdullah bin Qais.
Ucapkanlah,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
kerana itu adalah salah satu daripada khazanah syurga.

Atau Nabi s.a.w. bersabda,
"Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu kalimat,
yang termasuk salah satu daripada khazanah syurga?
Iaitu,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

(Hadith Bukhari no. 5905)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2022 10:39 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Shalih bin Abdullah, diceritakan oleh Ja'far bin Sulaiman, daripada Tsabit Al Bunani,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hendaklah salah seorang di antara kalian
benar-benar meminta hajat
kepada Tuhannya.

Sehingga dia meminta garam,
dan sehingga tali sandal yang putus pun
dia akan meminta kepada-Nya."

(Hadith Tirmidzi no. 3537)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2022 10:43 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 2-8-2022 03:08 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Al Hasan bin Ali, diceritakan oleh Ibnu Abu Maryam, diceritakan oleh Musa bin Ya'qub Az Zam'i, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua (2) perkara yang tidak ditolak
atau jarang ditolak, iaitu,

1) berdoa ketika azan,

2) dan (berdoa) ketika susah
di saat sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain
(ketika perang)."

Diceritakan oleh Musa bin Ya'qub Az Zam'i, diceritakan oleh Rizq bin Sa'id bin Abdurrahman, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dan (berdoa) waktu hujan."

(Hadith Abu Daud no. 2178)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 11:42 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin 'Abbad & Ibnu Abu 'Umar, diceritakan oleh Marwan (Al Fazari), daripada Yazid (Ibnu Kaisan), daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,

"Seseorang pernah berkata,
'Ya Rasulullah,
doakanlah
untuk orang-orang musyrik
agar mereka celaka!"

Mendengar itu,
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Sesungguhnya aku diutus
bukan untuk menjadi pelaknat.

Tetapi aku diutus
sebagai rahmat."

(Hadith Muslim no. 4704)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2023 10:59 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Yahya & Ibnu Abi 'Adi, daripada Sa'id, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik,

"Nabi s.a.w. tidak pernah mengangkat tangannya
ketika berdoa.

Kecuali ketika berdoa
dalam solat Istisqa' (minta diturunkan hujan).

Nabi s.a.w.  mengangkat tangannya
sehingga terlihat putih kedua-dua ketiaknya."

(Hadith Bukhari no. 973)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058892 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list