CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 1

[Sabah] Sabah antara yang terawal menerima vaksin CanSino

[Copy link]
Post time 23-7-2021 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-7-2021 11:36 AM

Sabah antara yang terawal menerima vaksin CanSino
KOTA KINABALU: Sabah diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan pada bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), memberi jaminan itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam pertemuan secara maya di sini pada Jumaat.

“Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah dan juga, kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” tambahnya.

Khairy mengatakan ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Ketua Menteri untuk lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi negeri ini iaitu sebanyak 60 peratus menjelang bulan Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

”Ia juga penting bagi kita agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang mana mobiliti mereka terkesan oleh keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh,” katanya.

“Kami telah membuka 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri hingga kini, dan dengan kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kami berada di landasan tepat untuk memastikan lebih ramai akan menerima vaksin,” kata Hajiji memaklumkan kepada Khairy.

Hajiji Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas semua kerjasama yang diberikan kepada Sabah dalam program vaksinasi dan menyambut baik tindakan Khairy di tengah-tengah kekangan bekalan vaksin ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan bahawa PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

PPV Integrasi akan memberi vaksin secara percuma dan membenarkan hospital swasta membantu untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan maya itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Bersama Khairy ialah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman.


sabahmedia.com/2021/07/23



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2021 08:13 PM | Show all posts
Keutamaan Vaksin CanSino Untuk Orang Sabah



Datuk Hajiji Noor (tengah), Datuk Masidi Manjun (kiri) dan Ir Shahelmey Yahya (kanan) ketika pertemuan secara maya bersama Khairy Jamaluddin. – Gambar ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU: Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid-19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan vaksin itu bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, di sini, tadi.

Khairy berkata, penghantaran pertama vaksin berkenaan akan diberikan kepada Sabah bagi memastikan negeri ini mampu mencapai sasaran 60 peratus populasinya divaksin menjelang Oktober depan.

“Pada masa sama, kami juga akan memaklumkan dan memberi pilihan kepada Sabah berhubung vaksin Johnson & Johnson,” katanya sebagai maklum balas terhadap permintaan Hajiji supaya lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi sebanyak 60 peratus menjelang Oktober hadapan.

Pertemuan secara maya itu turut disertai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.


Bersama Khairy dalam pertemuan itu pula ialah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Sementara itu Hajiji berkata, bekalan vaksin yang mencukupi penting bagi Sabah untuk membantu masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau terpencil yang berdepan masalah perhubungan disebabkan keadaan muka bumi yang sukar dan jauh.

“Sehingga kini, kita sudah membuka sebanyak 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri. Melalui kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta Program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kita berada di landasan yang tepat untuk memastikan lebih ramai orang menerima vaksin covid-19,” katanya.

Hajiji turut menyatakan penghargaan kerajaan negeri terhadap maklum balas kerajaan Pusat berhubung permintaan Sabah dan tindakan segera yang diambil Khairy ke atas isu kekangan bekalan vaksin di negeri ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

PPV Integrasi itu, katanya akan memberi vaksin dengan kerjasama hospital swasta untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini. – HMetro


sabahpost.net/2021/07/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.212964 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list