CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 2

[Sabah] Penduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu gilira

[Copy link]
Post time 23-7-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu giliran

RANAU: Majoriti daripada 1,155 orang penerima imunisasi vaksin bagi suntikan dos pertama Covid-19 di Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau iaitu pada 21 Julai hingga 22 Julai 2021 adalah warga pendidik daripada sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.

Salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Abin Kenyon berkata, kebanyakan mereka yang hadir sebenarnya sudah lama mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan  menunggu untuk menerima  suntikan dos pertama namun, bersabar menunggu giliran yang  ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kita sedar dengan keperluan vaksinasi itu, namun tepaksa bersabar menunggu giliran bila tarikh  yang bakal ditetapkan”, kata Abin.

“Saya lama sudah mendaftar tetapi lambat terima tarikh untuk menerima suntikan dos pertama”, kata Sangkui Sandor, 73, dari Kg Bundu Tuhan dengan semangat beliau hadir ke pusat vaksinasi memakai baju ala-tradisi suku kaum Dusun.

Manakala, seorang lagi warga emas, Maunah  Iwod 76, dari Kg Mumpait turut berasa bangga kerana berjaya mengambil suntikan dos pertama pada hari tersebut.

Sementara itu Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku Pegawai  Penyelaras PPV itu, Dr.Edwaider Koimin, mengharapkan kepada penduduk yang sudah mendapat tarikh dan jadual untuk di vaksinasi agar datang ke PPV yang ditetapkan untuk menerima suntikan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya juga mengharapkan kepada mereka yang menerima suntikan dos pertama dan dos kedua supaya terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas Dr Edwaider.




sabahmedia.com/2021/07/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2021 08:08 PM | Show all posts
faham perasaan dorang.. rasanya ramai lagi kot yang masih belum dpt
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah ramai lg menunggu juga.. syukur akhirnya giliran mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.090212 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list