CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 5

USM rungkai misteri Jenglot

[Copy link]
Post time 23-7-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
USM rungkai misteri Jenglot

CERITA mengenai Jenglot sebagai hantu atau makhluk mistik yang berjaya dibawa ke alam manusia mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penduduk negara ini sekitar 2006.

Lebih menggemparkan kisah itu bukan sekadar cerita kosong tetapi jasad Jenglot yang kononnya berjaya ditemui manusia akhirnya dipertontonkan kepada orang ramai di negara ini.

Seterusnya beberapa siri pameran diadakan dan reputasi jenglot dengan wajah mengerikan itu tersebar luas sehingga menarik minat ribuan penduduk untuk mendekati makhluk kecil berkenaan.

Selama beberapa hari, Jenglot menjadi momokan meremangkan bulu roma sesiapa yang melihatnya. Perasaan seram menyelimuti individu yang meneliti struktur jasad aneh terbabit.

Jenglot minum darah

Lebih mendebarkan apabila diuaruarkan makhluk itu minum darah manusia, kuku dan rambutnya semakin panjang serta mampu bergerak walaupun penonton sekadar melihat ia kaku pada setiap pameran.

Sejarah Jenglot diceritakan bermula kirakira 42 tahun lalu dan ia dikatakan berasal dari Indonesia terutama di wilayah Jawa. Walaupun didakwa sudah lama ditemui, Jenglot hanya dipertontonkan kepada umum di Jakarta, Indonesia pada 1997.

Menurut pemilik yang memperkenalkannya kepada umum iaitu Hendra Hartanto, Jenglot pada ribuan tahun lalu adalah manusia yang bertapa dan mempelajari ilmu hitam dinamakan Bethara Karang iaitu ilmu kesaktian dan hidup abadi.

Mengikut cerita, akibat mempelajari ilmu terlarang itu, jasad manusia terbabit tidak diterima bumi, manakala rohnya dihalang naik ke langit.

Lalu jasad itu semakin mengecil sehingga sebesar tapak tangan manusia. Jasad Jenglot menyerupai manusia dan memiliki kepala, badan, tangan serta kaki tetapi wajah dan kulit luaran makhluk itu amat menyeramkan seakanakan hantu. Ia memiliki taring, kuku dan rambut yang lebih panjang daripada badannya.


JENGLOT sebagai hantu atau makhluk mistik yang berjaya dibawa ke alam manusia mencetuskan fenomena luar biasa.

Banyak cerita pelik

Pemiliknya mendakwa memperoleh makhluk itu daripada `seseorang' pada 1972 di kawasan pantai Jawa Timur dan selepas 25 tahun menyimpan, barulah beliau membuat keputusan mengumumkan kewujudannya kepada orang ramai.

Sejak itu, sesuatu yang pelik berlaku apabila semakin ramai individu mendakwa memiliki Jenglot, malah pameran dem i pameran diadakan untuk mempertontonkan makhluk itu kepada orang ramai.

Ada pelbagai cerita pelik dan misteri mengenai Jenglot walaupun tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sekadar kata temberang dan rekaan. Antaranya, Jenglot muncul hanya menerusi upacara tertentu yang dilakukan dukun. Bagaimanapun, apabila ia muncul di alam manusia, Jenglot terus kaku bagaikan sudah mati.

Makhluk itu kononnya masih hidup walaupun kelihatan kaku dan diawet. Jenglot didakwa hanya bergerak apabila bersendirian tetapi berdiam diri ketika dilihat orang.

Beberapa pemilik mendakwa mereka memberi makhluk itu darah. Lantaran Jenglot dikatakan tidak bergerak ketika dilihat manusia, maka pemiliknya tidak pernah melihat bagaimana makhluk itu makan, sebaliknya selepas beberapa jam disajikan, darah itu akan berkurangan.

Kisah kewujudan Jenglot hangat diperkatakan di Indonesia dan tempiasnya sampai ke Malaysia sekitar 2006.

Heboh pelbagai cerita pelik mengenai Jenglot, ada pihak yang skeptikal dengan dakwaan makhluk itu ialah hantu dari alam mistik.

Antaranya di Malaysia, sepasukan penyiasat paranormal dikenali Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM) tampil untuk merungkai misteri di sebalik kewujudan Jenglot.

Mereka berpendapat jasad misteri itu perlu dikaji secara saintifik bagi mencari jawapan kepada tekateki di sebalik pelbagai cerita mengenainya. Usaha itu turut dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menggunakan kepakaran mereka dalam bidang DNA.


UJIAN DNA yang dilakukan terhadap rambut Jenglot mendapati ia bukan milik makhluk mistik atau hantu, sebaliknya rambut manusia.


Rahsia terbongkar

Hipotesis awal menyatakan jika Jenglot memiliki DNA, ia bukan hantu atau makhluk mistik, sebaliknya hidupan di alam nyata seperti kebanyakan haiwan dan benda hidup lain.

Lalu beberapa Jenglot yang dipamerkan di Malaysia diperiksa dengan teliti menerusi kaedah sains moden bagi memastikan rahsia di sebalik jasad aneh itu berjaya dibongkar dan diumumkan ke seluruh dunia.

Selepas beberapa lama melakukan pemeriksaan saintifik, akhirnya laporan uji kaji dikeluarkan dan hasil yang ditunggutunggu itu ternyata amat mengejutkan.

Antara lain, ujian DNA yang dilakukan terhadap rambut Jenglot mendapati ia bukan milik makhluk mistik atau hantu, sebaliknya rambut manusia! Selain itu, ujian Xray mendapati rangka dalam badan Jenglot, malah turut ditemui beberapa jarum yang dicucuk ke dalam jasad makhluk terbabit.

Penemuan jarum berkenaan menimbulkan pelbagai kesangsian dan persoalan. Bagaimana makhluk yang didakwa sebagai hantu dan berasal dari alam mistik boleh memiliki jarum di dalamnya?

Laman sesawang informasi Wikipedia turut memberi maklumat menarik mengenai Jenglot yang antara lain ia menyebut (terjemahan): "Ada banyak jasad Jenglot yang didapati sebagai penipuan kerana ia sebenarnya adalah bangkai monyet atau ikan yang diawet dengan teliti oleh pakar.

Bagaimanapun, tidak semua spesimen Jenglot diperiksa dan kepercayaan bahawa kewujudan Jenglot sebagai benar masih amat menebal dalam kalangan penduduk tempatan (Indonesia)."



Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 09:43 PM | Show all posts
baca kt mastika dahlah, elok usm bantu masalah covid
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rockers ketot...yindon goblok..brengsek lu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekkkkkk, jangan lupa suruh jenglot ittew ikut SOP yach musim2 covid ni dek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni ada diperkatakan sebelum ni. Ada dixray jenglot ni. Npk ada dawai dalamnya. Pd fikiran saya, dawai tu utk support patung jenglot tu biar jangan lembik lotek. Xray kt malaysia rasanya. Lama dah dulu. Jenglot ni berfungsi bila dipuja, diperasap etc. Syaitan ni pandai je amik kesempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hal jenglot ja ponn.. sampai ke universiti .. dikaji nya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074962 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list