CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 4

[Sarawak] PPV Bas - Vaccination Outreach

[Copy link]
Post time 25-7-2021 09:21 AM | Show all posts |Read mode
PPV bas fokus golongan tercicir




SIBU: Program Vaksinasi Mobile Outreach di SK Sentosa, Sibu berjalan dengah baik malah prosesnya juga adalah sangat lancar.


Bagi Penduduk yang tidak dapat hadir semalam (Sabtu) disebabkan urusan kerja, usah risau kerana mereka boleh datang pada hari, Ahad kerana Program Vaksinasi Mobile Outreach ini diadakan selama 2 hari.


Ketua Progam Vaksinasi Mobile Outreach, James Badi berkata, program berkenaan menyasarkan penerima vaksin daripada kalangan penduduk Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa dan kawasan sekitarnya yang tercicir dari senarai MY Sejahtera.


"Selain itu, Program Vaksinasi Outreach bergerak yang menggunakan Bas ini juga memudahkan penerima vaksin yang sukar bergerak dan tidak mempunyai kenderaan untuk ke pusat-pusat vaksin yang mungkin agak jauh dari tempat kediaman mereka." katanya lagi.


James yang juga bertugas di Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu memaklumkan, setakat jam 2.00 petang semalam,  pihaknya berjaya memberi vaksin kepada 104 penerima vaksin dan dijangka lebih ramai lagi penerima vaksin akan hadir kerana petugas kami dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu sedang bergerak dari pintu ke pintu penduduk Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa untuk mengesan penduduk yang belum menerima vaksin dan mengajak mereka hadir ke Program Vaksinasi Outreach ini.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2021 09:22 AM | Show all posts
Syabas !!~ dan terimakasih untuk usaha2 murni seperti ini ...

Semoga semua usaha di permudahkan ... aamiin


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 09:23 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 09:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 09:29 AM | Show all posts
Pasukan outreach vaksinasi mula bergerak ke pedalaman Sarawak



Pasukan outreach vaksinasi Covid-19 kementerian kesihatan (KKM) mula bergerak memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar di Sibu, bermula semalam.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Annuar Rapaee berkata antara kawasan yang telah didatangani pasukan itu termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dengan memberi vaksin jenis Sinovac.

“Kita juga minta kerjasama tuai-tuai rumah supaya memastikan anak buah mereka hadir menerima vaksin manakala penduduk yang enggan diberi vaksin akan diberi kaunseling,” katanya ketika bersiaran langsung melalui media sosial miliknya malam tadi.

Dr Annuar yang juga penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos, 50,000 dos seminggu.

Katanya jumlah vaksin itu mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini dan pusat pemberian vaksin (PPV) juga akan ditambah sekiranya terdapat keperluan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062165 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list