CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 5

[Sarawak] Lapor polis jika terima suntikan vaksin kosong - PDRM

[Copy link]
Post time 25-7-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penerima vaksin COVID-19 supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran sekiranya mereka mengesyaki menerima suntikan vaksin kosong agar siasatan lanjut dapat dijalankan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan membuka kertas inkuiri untuk menyiasat laporan polis yang dibuat penerima vaksin terbabit.

"Ekoran kenyataan media yang dikeluarkan semalam, PDRM masih menerima banyak pertanyaan dan aduan berkenaan perasaan gelisah oleh penerima-penerima vaksin COVID-19.

“Bagi penerima vaksin yang gelisah dan berasa diperdayakan, mereka boleh membuat ujian 'COVID Neutralizing Antibody Test' di makmal perubatan yang berlesen iaitu 30 hari selepas menerima suntikan dos kedua untuk mengesahkan keberadaan antibodi dalam badan,” katanya.

Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan sekiranya berlaku kejadian penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran dan secara dalam talian serta sebarang usaha penjualan yang bukan mengikut Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Hingga kini PDRM belum mengesan mana-mana sindiket atau individu yang disyaki cuba menjual atau memasarkan vaksin kepada orang ramai secara rahsia atau sebaliknya," katanya.

Semalam, Abd Jalil dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima 13 laporan polis berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa pusat pemberian vaksin di seluruh negara.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 10:51 AM | Show all posts
sebelum bgtau polis bgtau aku dulu
nk pegi cucuk kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 10:58 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 25-7-2021 10:51 AM
sebelum bgtau polis bgtau aku dulu
nk pegi cucuk kat situ
cucuk kosong wat pa ja...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:28 PM | Show all posts

sbb nak cert tapi xnk vax
huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 09:32 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 25-7-2021 12:28 PM
sbb nak cert tapi xnk vax
huhu
boleh kawtim la kot masa vaksin




Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 25-7-2021 12:28 PM
sbb nak cert tapi xnk vax
huhu

Ehh aah la mungkin juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081460 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list