|
Lelaki separuh bogel masuk rumah dicekup
MIRI: Lelaki separuh bogel menceroboh kawasan sebuah rumah ditahan polis.
Suspek memanjat pagar masuk kawasan sebuah rumah di Permyjaya baru-baru ini.
Polis berjaya menahan suspek kurang 24 jam selepas laporan mengenai kejadian dibuat pemilik rumah terbabit.
Bagaimanpun, tiada barang dilaporkan hilang dalam kejadian kerana suspek sempat melarikan diri sebaik menyedari dirakam pemilik rumah terbabit.
Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.
|
|