|
Dikutuk gemuk, Nina Iskandar ‘naik hantu’
- Oleh KOSMO!
- 25 Julai 2021, 10:35 am
NINA ISKANDAR selar peminat yang suka mengkritik tubuh badan orang lain.
TERASA dipersendakan dan menjadi mangsa body shaming, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar baru-baru ini tiba-tiba naik hantu apabila ada netizen mengkritik tubuh badannya kini semakin berisi berbanding dahulu.
Perkara tersebut berlaku ketika Nina sedang melakukan satu sesi siaran langsung (Live) dalam Instagramnya. Tidak semena-mena seorang netizen telah meninggalkan komen menegur badannya yang dikatakan semakin berisi.
Agaknya kurang selesa dengan komen sebegitu, Nina kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan nada agak tegas dan memulangkan paku buah keras.
Kata Nina, kalau nak body shaming seseorang, pastikan diri sendiri hot dan muda. Kalau dia gemuk pun, dia masih boleh kuruskan badan. Wajahnya tidak akan berubah, malah rambutnya cantik dan kelihatan muda.
Nina kata, dia juga tidak ada keperluan untuk tampil kurus buat masa ini. Jadi, apa salahnya kalau badan berisi gebu,kan?
Bagus Nina, Diva memang sokong apa yang dikatakan ibu kepada seorang anak itu. Orang bermulut jahat ini memang kita kena ajar sikit. Ingat, orang gempal pun cantik tau!
Sebelum terlupa juga, semalam Nina ada berkongsi hantaran terbaharu menunjukkan diri tidak berhijab. Diva dia kembali berhijab penuh, rupa-rupa belum ya. Doakan baik-baik sahaja kata Nina.
DIVA: Dengarnya ramai meluat tengok Iman Troye sebab makin lama makin taksub pakai mekap tebal-tebal.
Sumber: Kosmo |
|