CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 0

[Accesories & Hobbies] AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD

[Copy link]
Post time 26-7-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Nak simpan emas serendah RM 100? Anda boleh mulakan simpanan emas dengan RM 100 melalui akaun GAP.

APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Antara kelebihan GAP ialah:

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar bila-bila masa sahaja sama ada secara Gold In Transit(GIT) atau di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

5. Tiada komitmen bulanan.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

Nak menabung emas tapi modal rendah?

Untuk pendaftaran akaun simpanan emas patuh syariah :
http://www.wasap.my/60172821942/akaunGAP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047910 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list