CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 0

[Sarawak] Lima warga Vietnam tahanan lokap berjaya diberkas semula

[Copy link]
Post time 26-7-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode

Lima warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) berjaya diberkas semula.


Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi bin Othman berkata, lima tahanan ini telah meloloskan diri pada 15 Julai lalu melalui tingkap tandas lokap yang dirosakkan dan berjaya ditangkap semula pada jam 11.00 malam semalam, di sekitar kawasan semak berhampiran muara Sungai Miri.  

Lima tahanan tersebut adalah antara 13 nelayan asing Vietnam yang ditahan pada 28 Jun lepas atas kesalahan menceroboh perairan, menangkap ikan tanpa permit serta tiada pengenalan diri yang sah.

Berikutan itu Zon Maritim Miri (ZMM) melancarkan operasi kejar buru melalui risikan maklumat, carian darat dan juga sekatan sungai di kawasan muara sungai Miri bagi mengesan dan memberkas serta mengelakkan tahanan melarikan diri melalui jalan laut.

Lokasi persembunyian suspek dikesan berikutan pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan memasuki kawasan loji kumbahan berhampiran muara Sungai Miri serta meletakkan bungkusan yang disyaki makanan dan terus keluar meninggalkan lokasi.

Tidak lama selepas itu, muncul lima individu dari arah pantai menyelinap masuk ke semak berhampiran pantai tersebut.

Intipan mendapati bungkusan yang disyaki makanan tersebut telah hilang dan dipercayai telah diambil oleh suspek.

Berikutan itu, pihak penguat kuasa telah mengepung kawasan tersebut dan menyerbu suspek.

Hampir 45 minit kejar buru, kesemua suspek berjaya diberkas semula setelah salah seorang daripada mereka menyerah diri, dipercayai sudah keletihan dan kelaparan.

Susulan penangkapan itu, pihak ZMM berjaya merampas satu telefon bimbit jenama Oppo daripada salah seorang suspek yang dipercayai digunakan untuk menghubungi dalang yang memberikan bantuan makanan kepada mereka.

Kesemua suspek yang diberkas telah dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk diserahkan kepada pihak Polis bagi siasatan lanjut. Dalang yang dipercayai telah bersubahat dan memberi bantuan makanan kepada suspek kini sedang diburu oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Kejayaan operasi memburu suspek tersebut turut melibatkan kerjasama dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri serta hasil dari maklumat komuniti setempat.

Zon Maritim Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari dan semua yang terlibat atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Tindakan segelintir masyarakat setempat yang sanggup bersekongkol dengan suspek serta menjadi tali barut jenayah adalah sesuatu yang tidak wajar dan seolah-olah tiada jati diri.

Untuk sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064308 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list