CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 3

[Sabah] Covid19 25/07/2021

[Copy link]
Post time 26-7-2021 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Semalam kes di Sabah meningkat ...

Semoga hari ni ada penurunan ... aamiin


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 09:15 AM | Show all posts


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 818 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 79,470 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Tawau dan Papar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 537 menjadikan jumlah kumulatif 73,597 orang. Seramai 3,486 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 651 orang di hospital, 2,414 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 421 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Telupid berubah dari zon kuning ke zon jingga manakala Tongod dan Kunak berubah dari zon jingga ke zon merah.

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (818) kes iaitu peningkatan sebanyak (106) kes berbanding (712) kes yang dicatatkan semalam (24 Julai 2021). Sembilan (9) daerah mencatat kes baharu melebihi (35) kes, iaitu Papar (37) kes, Tuaran (44) kes, Beluran (44) kes, Tawau (55) kes, Sipitang (57) kes, Beaufort (66) kes, Keningau (69) kes, Penampang (77) kes dan Kota Kinabalu (167) kes.

Penyumbang utama kes pada hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat iaitu (364) kes atau 44.50% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah, diikuti Saringan Kluster Sedia Ada dengan (148) kes atau 18% dan Saringan Bersasar sebanyak (104) kes atau 12.71% dimana (23) kes dari jumlah itu direkod sebagai yang tertinggi di daerah Kunak. Manakala Sarıngan Bergejala menyumbang kepada (103) kes atau 12.59%.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 09:17 AM | Show all posts
Enam (6) kluster baharu dilaporkan hari ini dan merekodkan sejumlah (61) kes atau 7.5 % iaitu:
Kluster Gipan, Kolombong Kota Kinabalu (Tempat Kerja)
Kluster Tinabau, Kinabatangan (Tempat Kerja)
Kluster Sogo-Sogo, Tongod (Komuniti)
Kluster Jalan Tungku, Lahad Datu (Komuniti)
Kluster Simpang 3 Ranau, (Tempat Kerja)
Kluster Gerbang Kauran, Keningau (Komuniti/Aktiviti Keagamaan)

Sekali lagi ditekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi oleh rakyat Sabah untuk membendung penularan kes Sabah yang semakin meningkat.
Sejumlah 80.2% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (344) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (312) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 09:18 AM | Show all posts
Terdapat enam (6) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Jalan Tungku - Lahad Datu adalah kluster komuniti. Kes indeks merupakan wanita, 30, yang disahkan positif COVID-19 ketika menjalani saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tungku pada 28 Jun 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap kontak rapat mendapati 12 lagi kes positif. Daripada 233 sampel yang disaring, 35 sampel disahkan positif , 196 sampel didapati negatif saringan pertama manakala dua (2) sampel masih menunggu keputusan. Setakat hari ini, empat (4) kes baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35 kes positif COVID-19.

ii Kluster Gerbang Kauran - Keningau berlaku di Mukim Lingkudau dalam Daerah Keningau. Penularan COVID-19 disyaki berpunca daripada pergaulan dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid serta ahli keluarga. Kes indeks adalah wanita, 47, disahkan positif RTK-Ag melalui saringan bergejala di HospitalKeningau pada 21 Julai 2021. Setakat hari ini, kluster ini merekodkan sembilan (9) kes termasuk dua (2) kes baharu.

iii Kluster Tinabau - Kinabatangan merebak di tempat kerja iaitu di sebuah ladang kelapa sawit. Kes indeks merupakan penyelia pekerja ladang, lelaki, 49, dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan, selepas disahkan positif (RTK-Ag grading 60%) melalui saringan tempat kerja di Klinik Swasta Permai, Kinabatangan pada 19 Julai 2021.Aktiviti saringan kontak seterusnya mendapati, 25 lagi positif COVID-19 dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat hari ini sebanyak 26 kes, termasuk 17 kes baharu. Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

iv Kluster Kg Sogo-Sogo - Tongod merupakan penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti. Kluster ini mula dikesan apabila kes indeks, lelaki, 32, disahkan positif (RTK-Ag grading 100%) di Klinik Kesihatan Tongod pada 23 Julai 2021, selepas bergejala sejak 18 Julai 2021. Kes indeks telah dimasukkan ke PKRC Sandakan untuk rawatan lanjut. Daripada 46 sampel yang diambil daripada kontak rapat, lapan ( 8 kes baharu dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan (9) kes. Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung yang berdekatan.

v Kluster Gipan Kolombong - Kota Kinabalu, Tuaran melibatkan penularan jangkitan tempat kerja iaitu di sebuah premis membancuh simen dalam Daerah Kota Kinabalu. Kes indeks merupakan pengawal keselamatan, lelaki, 28, dari Kg Cenderakasih Inanam Metrotown dan mula bergejala sejak 19 Julai 2021. Kes indeks disahkan positif (RTK-Ag grading 100%) di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada 21 Julai 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut. Daripada 67 sampel yang diambil di Kota Kinabalu, 37 sampel dikesan positif termasuk 27 kes baharu pada hari ini. Sementara itu, 28 sampel didapati negatif dan dua (2) masih menunggu keputusan ujian saringan. Kluster ini turut merekodkan tiga (3) lagi kes dengan kaitan epidemiologi dan didaftarkan di Daerah Tuaran. Setakat hari ini, 27 kes baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 40 kes.

vi Kluster Simpang Tiga - Ranau dikategorikan sebagai kluster golongan berisiko tinggi dan merebak di sebuah pusat perubatan di daerah Ranau. Kes indeks merupakan staf kesihatan di jabatan kecemasan pusat terbabit, lelaki, 29, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 18 Julai 2021. Daripada 417 kontak rapat yang disaring, 14 kes positif COVID-19 dikesan termasuk tiga (3) kes baharu hari ini. Jumlah itu merangkumi lapan ( 8 kes di tempat kerja iaitu petugas kesihatan, sementara enam (6) kes lagi merupakan kontak serumah masing-masing tiga kes di Kg. Lembah Permai dan Kg. Sokid Bundu Tuhan. Punca jangkitan dan penularan wabak masih dalam siasatan.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID -19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (364) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.396437 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list