CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1445|Reply: 3

[Sarawak] [Edisi Degil] Dah bagi Peringatan tapi tetap buat gak : Tamu Lutong

[Copy link]
Post time 26-7-2021 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Operasi penguatkuasaan terhadap peniaga tidak berlesen di sekitar Tamu Lutong



MIRI: Operasi penguatkuasaan terhadap peniaga tidak berlesen di kawasan sekitar Tamu Lutong adalah dari aduan awam dan ancaman jangkitan COVID-19 terhadap keselamatan awam.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang berkata demikian dalam satu kenyataan, menambah penguatkuasaan dilakukan terhadap peniaga yang berniaga di tempat letak kereta, laluan kaki lima dan tempat terbuka di luar Tamu Lutong di Pasar Lutong dalam tempoh kawalan penularan wabak sekarang.

"Operasi dilakukan secara berdisiplin dengan pendekatan pasif untuk mengelakkan rintangan kuat dari beberapa penjaja dan provokasi dari sebilangan masyarakat umum," jelas kenyataan itu.

Antara yang dirampas dalam operasi sejam bermula 6.30 pagi yang melibatkan 15 anggota penguatkuasaan dan pasukan pekerja pembersihan am ialah payung peniaga, sayur-sayuran, buah-buahan, kotak yang disimpan di stor Penguatkuasaan MBM untuk dituntut balik.

Menurut kenyataan itu, MBM telah menerima banyak aduan awam tentang aktiviti perniagaan tidak berlesen di tempat letak kereta dan tempat awam di sekitar kawasan tamu dan kawasan perniagaan berhampiran.

Aduan terkini diterima ialah pada 18 Julai lalu memaklumkan terdapat aktiviti perniagaan di laluan kaki lima rumah kedai dan menyekat laluan masuk ke Tamu Lutong.

"Operasi penguatkuasaan dilakukan setelah peniaga tidak menghiraukan peringatan lisan disampaikan sebelum operasi yang dilaksanakan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Kebersihan Pihak Berkuasa Tempatan dan Operasi Prosedur Standard (SOP) bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19," tambah kenyataan itu.

Peniaga dan pekedai turut mengadu perniagaan mereka terjejas oleh aktiviti tersebut serta khuatir terhadap keselamatan dan keselamatan awam.

Mereka mengadu tiada kawalan garis panduan pencegahan COVID seperti penjarakan sosial, pembacaan suhu badan dan pengimbasan Kod QR My Sejahtera atau pendaftaran secara manual di kawasan peniagaan tidak berlesen.

Operasi turut memastikan lot parkir tidak disalahgunakan dan memenuhi keperluan pengguna yang mengunjungi kawasan tersebut.

"Majlis Bandaraya Miri ingin mencari persefahaman dan kerjasama dari masyarakat terhadap perkara ini walaupun mungkin kelihatan tidak berperikemanusiaan kepada golongan bersimpati seperti yang didakwa di media sosial.

"Tindakan penguatkuasaan akan mengelakkan keadaan menjadi dari buruk kepada lebih teruk dimana semua akan terkesan oleh ancaman keselamatan dari varian Delta COVID-19 yang dilaporkan ada di Miri baru-baru ini, " jelas kenyataan itu.

Pihak majlis akan terus mengamalkan pendekatan secara halus semasa melakukan operasi penguatkuasaan yang akan diperluaskan di kawasan hotspot lain di Miri.

MBM akan mencari cara untuk membantu peniaga dan pada masa yang sama memberi perlindungan kesihatan dan keselamatan masyarakat secara keseluruhannya.


oleh : Steve Annuar



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 10:35 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 10:37 AM | Show all posts
teruk juga lah kalo sampai penuh tepi jalan tu ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2021 10:41 AM | Show all posts
Guna pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan - Ting




Tangkap skrin dari rakaman video ketika Ting menemui peniaga di Tamu Lutong pagi tadi.

MIRI: Ketika waktu sukar sekarang, penguat kuasa diminta untuk menggunakan pendekatan yang lebih bersifat belas kasihan

"Bimbing dan nasihat mereka walaupun kita tahu mereka telah melakukan kesalahan," jelas Datuk Sebastian Ting.

Ketika mengulas operasi penguatkuasaan di Tamu Lutong pagi tadi, Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan itu berkata, sekarang merupakan waktu dimana pihak berkuasa dan kerajaan harus bekerjasama dan dekat dengan rakyat.

Ia termasuk nasihat berkenaan prosedur operasi standard (SOP) perniagaan ketika pandemik COVID-19.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau berkata, beliau telah menerima kiriman video operasi pada jam 10.05 pagi.

Video memaparkan operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) merampas barang jualan peniaga tidak berlesen yang beroperasi di tempat letak kereta berhampiran Tamu Lutong.

"Saya sedih dan terkejut apabila melihat perkara ini terjadi ketika kita berdepan waktu sukar sekarang," jelas Ting.

Beliau yang ketika itu berada di pusat bandar raya bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 10.35 pagi.

Ting diberitahu peniaga beroperasi di tapak itu pada setiap Ahad.

Beliau mencadangkan MBM untuk mengadakan perbincangan dengan peniaga bagi menyelesaikan isu tersebut.

Ting difahamkan barangan perniagaan yang dirampas dikembalikan semula pada jam 12 tengah hari.

"Pendapatan yang mereka kumpul dengan berniaga sehari mungkin digunakan untuk perbelanjaan seminggu," jelas Ting.

Kebanyakan peniaga adalah dari kawasan sekitar Lutong termasuk mereka dari kawasan setinggan.

oleh Steve Annuar






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.822443 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list