CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1577|Reply: 6

[Sarawak] Delta berada di tahap 1 dan 2

[Copy link]
Post time 26-7-2021 10:48 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 25 Julai: Sebanyak 98 peratus daripada 93 kes COVID-19 varian Delta yang dikesan di Sarawak setakat ini, berada pada kategori 1 dan 2.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata pada kategori tersebut keadaan pesakit adalah stabil serta tidak memerlukan bantuan oksigen.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata hanya satu kes sahaja yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit dalam keadaan stabil.
Katanya, setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan melibatkan kes varian Delta.
Datuk Dr Mohamed Sapian memberitahu 93 kes COVID-19 varian Delta itu telah dikesan di Sarawak sejak Mei lalu.
Ujarnya, daripada jumlah itu, bahagian Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 69 kes, Samarahan (10 kes), Serian (6), Sri Aman (5), Miri (2) dan Sibu (1).
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon agar masyarakat di Sarawak tidak leka dan terus waspada, serta mengamalkan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan pada setiap masa sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian.-BERNAMA







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 10:57 AM | Show all posts


KUCHING: Dalam kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Julai lepas, terdapat 76 kes positif COVID-19 varian Delta iaitu Variant of Concern (VOC) telah dikesan di Sarawak.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam kenyataan media pada Ahad, jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 varian Delta yang telah dikesan di Sarawak adalah sebanyak 93 kes bagi tempoh Mei hingga Julai 2021.

“Kes varian Delta paling banyak dikesan di Bahagian Kuching sebanyak 69 kes, diikuti Samarahan (10 kes), Serian (6 kes), Sri Aman (5 kes), Miri (2 kes) dan Sibu (1 kes).

“Daripada jumlah tersebut, satu kes merupakan kes import A, empatkes import B dari Semenanjung Malaysia, lapan kes dikesan di kalangan tahanan polis dan imigresen di Bahagian Kuching, Sri Aman dan Serian manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.

Tambah kenyataan itu lagi, kes COVID-19 varian Delta telah dikesan di beberapa lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Di Bahagian Kuching, ianya dikesan di PKPD Kampung Astana Lot dan Sungai Bedil Besar, PKPD Kampung Seratau, PKPD Emperoh Nyiru Grait dan PKPD Kampung Bintawa Hilir.

“Kes varian Delta turut dikesan dalam kalangan kes-kes kluster aktif seperti Kluster Sentosa 2, Kluster Salak Land, Kluster Sungai Bedil Besar, Kluster KM23 Jalan Puncak Borneo, Kluster Pagar Satok, Kluster Jalan Tasik Biru By-Pass, Kluster Duyoh, Kluster Pagar Serian, Kluster Tembok Sri Aman 2 dan Kluster Lorong Perlis Empat Miri,” tambahnya.

Sebanyak 56 kes atau 60 peratus pesakit yang dijangkiti COVID-19 varian Delta belum menerima vaksin manakala 27 kes atau 29 kes telah menerima dos pertama vaksin dan 10 kes atau 11 peratus telah menerima dos kedua vaksin sebelum mereka dikesan positif COVID-19.

Bagaimanapun, hanya 8 kes telah lengkap menerima vaksin iaitu lebih daripada 14 hari selepas dos kedua.

Dalam pada itu, sebanyak 98 peratus kes COVID-19 ini berada pada tahap klinikal 1 dan 2 yang menunjukkan keadaan kes adalah stabil dan tidak memerlukan bantuan oksigen.

Hanya satu kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes tersebut juga dalam keadaan stabil.

Tiada kes kematian yang dilaporkan dalam kalangan kes varian Delta tersebut.

Justeru, KKM menasihati masyarakat di Sarawak supaya tidak leka dan terus kekal berwaspada dengan memakai dua lapisan pelitup muka sekiranya berada di tempat berisiko tinggi dan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:39 PM | Show all posts
yang penting dah vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih utk pihak unimas  sbb mlakukan genomics sequencing utk srwk. Bila dpt detect awal2 cmtok kira oklah. Supaya masyarakat kita berwaspada. Plus kita pn mostly atleast 1 dose vaksin dh kinek.

But still lah di “sinun” pdh jgn srh org srwk masok smnnjung. Tp sidak siktauk kah sidak kurg polah ujikaji genomics tok berbanding srwk. Thats why sidak ingt varian delta sikit di sinun. I bet varian delta di sinun dh berleluasa dah cuma sidak sikpolah bnyk ujikaji berbnding kita d srwk. Adanya varian tok d srwk pn disebabkn sidak ambik sample dr org kuarantin yg dtg ke srwk mksudnya mmg dtg dr negeri2 lain lah

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 08:22 AM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 27-7-2021 07:39 AM
Terima kasih utk pihak unimas  sbb mlakukan genomics sequencing utk srwk. Bila dpt detect awal2 cmto ...
Tp sidak siktauk kah sidak kurg polah ujikaji genomics tok berbanding srwk. Thats why sidak ingt varian delta sikit di sinun.
haha baru ari marek mek bertegang juak ngan seseorang ...
nya madah teruk na ktk urang d Sarawak ya ... camni boleh Delta senang2 masuk... kemain berlagak tegas la ketat la melarang urang luar masuk...

mek madah coba baca bebena ...
ada kes d mbak dari Sjung ...
lain gik kes PATI...


leput sa nyawa maok nerangkan ...
suruh baca bebena ... sik maok... malas baca ...

“Daripada jumlah tersebut, satu kes merupakan kes import A, empatkes import B dari Semenanjung Malaysia, lapan kes dikesan di kalangan tahanan polis dan imigresen di Bahagian Kuching, Sri Aman dan Serian manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-7-2021 08:22 AM
haha baru ari marek mek bertegang juak ngan seseorang ...
nya madah teruk na ktk urang d Sarawak y ...

Yahhh nasib sik leput mena mnerang dgn sidaknya hahaha

Dlm bnyk2 kes delta d srwk, hanya sorg jk d ICU kinek, lain2 stage 1 atau 2 pdh daknya. Syukurlah vaksinasi kita d srwk tok laju (tauk mek nak PRN hehehe) tp sidak kerajaan srwk pun maok kita d srwk tk capai herd immunity awal. Mnyelam smbil minum aek bah. Bagusss utk kita semua hahaha

Lain lah time prn d sabah ya, vaksin pn msh dlm ujikaji. Hopefully prn srwk bjalan dgn lancar n elakkan blaku mcm prn d sbh riya. InsyaALLAH kita boleh. Heeeeeee!!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2021 04:37 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 27-7-2021 02:39 PM
Yahhh nasib sik leput mena mnerang dgn sidaknya hahaha

Dlm bnyk2 kes delta d srwk, hanya sorg j ...
yalah tek ...
nasib sik sawan jak juak ... berbuih2 juak mulut mek nerang kan... eh ...bukak rahsia urang col

aok yalah d thread tuk ada madah gik tahap 1 dan 2 ...
ya pun sebab kita ctuk nang telus lah juak merik detail brapa urang infected ...

insyaAllah ... aamiin ...

jaga dirik bebait


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058134 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list