Kau apa hal?! Sekarang aku tanya kau, aku langgar kau ke?!" jerit seorang lelaki yang juga penghantar makanan tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemandu membunyikan hon terhadapnya.
Saya menunggu lampu merah dan di sebelah kiri ada bas Rapid KL. Rider motor ini datang mencelah di tengah dan melanggar lampu merah. Saya bunyikan hon sedikit saja kerana dia telah melanggar lampu merah.
"Setelah dia mendengar bunyi hon kereta saya, dia memberhentikan motosikalnya di hadapan di tengah jalan dan U-Turn untuk menunggu saya. Semasa saya lalu di sebelah, dia mengajak saya bergaduh dan berhenti di tepi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang menegur kesalahannya. Dia cuba menendang dan membuka pintu kereta saya
Video berdurasi 50 saat yang viral di media sosial menunjukkan pertengkaran di antara penghantar makanan dengan pemandu kereta dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang (tidak dinyatakan tarikh) persimpangan lampu isyarat berdekatan Impiana Hotel KLCC.
Menurut pengadu yang dikenali sebagai Joe Azman berkata, ketika dia sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat, lelaki terbabit telah datang dan melanggar lampu isyarat merah. Tindakan lelaki itu membuatkan Joe terus membunyikan hon bagi menegurkan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab.
Di depan Avenue K persimpangan lampu isyarat, saya berhenti dan dia sekali lagi cuba membuka pintu kereta untuk ajak bergaduh. Saya terus pergi ke Balai Polis Jalan Tun Razak dan sekali lagi di depan balai dia halang laluan kereta saya.
"Selepas saya turun dari kereta untuk membuat laporan polis, dia mengugut saya untuk memadamkan video tersebut. Tetapi saya teruskan dengan membuat laporan," katanya.
Sumber: Joe Azman
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
saya pernah kena macamni..dahlah bawak motor tak pakai helmet, sebelah tangan bercakap ngan telefon, sebelah tangan pegang handle motor. Keluar simpang melulu tak tengok kiri kanan. Kita hon nak ingatkan dia bahaya perbuatan dia tu..alih2 dia uturn kejar kereta aku. aku berhenti dan cakap kenapa. Dia tak puas hati aku hon dia dan cabar aku buat report polis. Malas aku nak layan tapi buat jugaklah report petang tu kat balai polis disko yang viral tu hehe.. lepas ni aku biaq pi la orang macam ni..biar baca suratkhabar bawah lori treler.
Post time 26-7-2021 01:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Biasa la
Depa neh pantang aje kosong kejap..redah aje lampu merah.kekadang tu kete kat hijau plak yang stop mendadak
Dan iols.yaqqin sangat
Orang yang ikut peraturan mesti ada yang doakan depa cepat eksiden..
Bahaya oit..
Post time 26-7-2021 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols kadg malas nk bg tip lebih2 sbb perangai rider cmni la. Pernah iols bg tip rm10, makanan iols dia tak hulur pun letak dekat kaunter lobi ofis jah walhal iols hulur duit depan dia depan kaunter lobi, ckp terima kasih pun idokkk
Nanti geng2 pohkehmak ni up la cerita sedih kat socmed..nanti page2 mcm siakap babi pun viral kan..berduyun2 la org simpati kat geng ni..da mmg itu pilihan keja diaorg..keja jela..yg simpati tu lebih2 nape..kau keja bagai nak mampos xde pun org simpati..sbuk nk pikir nsib org konon