CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 13

[Sabah] Melayang RM275000 kerana berhibur...nak sangat kan

[Copy link]
Post time 27-7-2021 06:22 AM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: Keasyikkan berhibur 50 pelanggan sebuah pusat hiburan di Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, berakhir derita apabila dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang.

Dalam operasi jam 9.30 malam tadi itu, semua 25 lelaki dan 25 wanita dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Selain itu, pengurus pusat hiburan terbabit turut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 dan ditahan bersama tiga pekerja warga China bagi membantu siasatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, operasi dijalankan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, ketika pemantauan dijalankan di premis berkenaan, pihaknya mendapati muzik sedang dimainkan dengan kuat dan pelanggan- pelanggan juva sedang berhibur sambil minum minuman beralkhol.

“Bagaimanapun, semua 50 pelanggan premis berkenaan didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mendaftar di MySejahtera atau pada buku disediakan.

Pelanggan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang membabitkan 25 lelaki dan 25 wanita kerana ingkar dan melanggar SOP ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, semua pelanggan didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, hasil pemeriksaan lesen juga mendapati premis berkenaan menggunakan lesen Restoran Kelas Dua yang mana melanggar syarat perniagaan dengan menjalankan aktiviti pusat hiburan.

“Pasukan serbuan turut merampas, satu set kelengkapan komputer, peralatan Mixer jenama Soundcraft Siexpression, pembesar suara dan alat Tp-Link,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi menasihati masyarakat supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, tahap pematuhan masyarakat kepada SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah menjadi penentu kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Individu yang melakukan kesalahan pertama mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 06:48 AM | Show all posts
Saman je orang2 macam ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 06:51 AM | Show all posts
saman tu tacang ja bagi dier rang ni...

patut hukum wat khidmat masyarakat ... jadi RELA selama 3 bulan ka ...jager pesakit2 yang kena kuarantin ...

baru ada akal kot


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni yg patut kena saman. Bkn peniaga2 kecik yg nk carik sesuap nasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 09:14 AM | Show all posts
Groovykid replied at 27-7-2021 07:50 AM
Org mcm ni yg patut kena saman. Bkn peniaga2 kecik yg nk carik sesuap nasi
kan ...
geram ja ...

kita2 ni lama dah tak balik kampung

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-7-2021 09:14 AM
kan ...
geram ja ...


Aah betul.... punyala rindu kt mak ayah
Btw.... tq momodddd bg tacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2021 04:28 PM | Show all posts
Groovykid replied at 27-7-2021 01:01 PM
Aah betul.... punyala rindu kt mak ayah
Btw.... tq momodddd bg tacang
sesamer ...
ramai sekarang nak panjat pagar



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-7-2021 04:28 PM
sesamer ...
ramai sekarang nak panjat pagar

hahahaha... memahami sgt. Love sgt momod cenggini. Muahh ciked!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 04:45 PM | Show all posts
Groovykid replied at 27-7-2021 04:42 PM
hahahaha... memahami sgt. Love sgt momod cenggini. Muahh ciked!
paham sesangat ...
pernah lalui

meh!!~ letak lagu kegemaran ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1245282

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 04:47 PM | Show all posts
Groovykid replied at 27-7-2021 04:42 PM
hahahaha... memahami sgt. Love sgt momod cenggini. Muahh ciked!
ada gambar lauk pauk ...
letak jer ...

nanti FC tengok2 kan ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1231324


kalo dah vaksin ... boleh la share2 pengalaman ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1260453

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:10 PM | Show all posts
please la saman at least 10k sorang kat orang2 macam ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman n tolak masuk penjara sebln 2, bg diaorg rasa nikmat kat dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:16 PM | Show all posts
bictoria replied at 28-7-2021 12:10 PM
please la saman at least 10k sorang kat orang2 macam ni

tq momod yang baik hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060683 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list