CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3856|Reply: 17

BILIK KUARANTIN

  [Copy link]
Post time 27-7-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pada bulan lepas tempat aku bertugas diarahkan tutup dan arahan kuarantin serta merta dikeluarkan selepas beberapa pesakit dan jururawat disahkan positif covid19 dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Kesemua jururawat yang negatif covid19 pula tidak dibenarkan balik ke rumah dan terpaksa menjalani kuarantin wajib di wad sepanjang tempoh 14 hari kerana telah menjadi kontak rapat bersama dengan pesakit lain. Oleh kerana tiada persediaan untuk kuarantin pihak atasan dengan kata sepakat membuka Bilik 1 dan Bilik 2 sebagai tempat kami tidur dan berehat  selama tempoh kuarantin itu.

'Sister, pasti ke nak guna bilik tu untuk kita tidur sepanjang kuarantin ni? Lama tu, 14 hari', tanyaku kepada Sister Rosa.

'Tak ada pilihan, terpaksa juga. Kita cakap pun mana Irene nak percaya', Sister Rosa mengangguk lemah.

Lama kami terdiam sebelum bergerak menghala ke Bilik 1 untuk meninjau keadaan bilik tersebut.

********************************

Pada malam pertama di kuarantin, ada 8 orang staff kesemuanya. Masing-masing tidak senang duduk kerana tahu serba sedikit sejarah bilik tersebut. Ada yang dengan sengaja mengambil ubat selesema yang mengantuk supaya boleh tidur dengan tenang dan ada yang mengambil keputusan duduk bersembang sehingga pagi. Syukurlah sehingga malam ke 4 tiada apa-apa gangguan yang memudaratkan.

Sehinggalah pada malam ke 5 dan seterusnya gangguan bermula sedikit demi sedikit.  

********************************
********************************

BILIK 2

Roza terjaga sekitar jam 1 pagi. Dalam keadaan samar-samar dia melihat kelibat Anitha berdiri di sinki sambil menggosok gigi.

'Anitha, baru habis shift petang ke?', tegur Roza sambil mengesat matanya.

Anitha mengangguk kepalanya tanpa menoleh ke arah Roza dan terus menggosok gigi sambil memandang ke arah cermin.

Roza pelik, sudah lebih 10 minit Anitha menggosok giginya sambil memandang cermin tanpa berkelip.

'Anitha, kau ok tak?'

Tiba-tiba Anitha menoleh dan terus menerpa ke arahnya. Roza terkejut dan menjerit kerana Anitha mencengkam lehernya.

*******

'Roza..Roza..bangun..Rozaaaa', Fatin menepuk pipi Roza.

Roza tersedar terus merapatkan diri ke dinding dan menangis.

'Kau kenapa?'

'Anitha mana? Kenapa dia cekik aku?', soal Roza dalam esak tangis.

'Anitha kan kat Hospital Sungai Buloh. Kau kenapa ni?', Fatin cemas.

Roza memeluk Fatin dan menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Fatin pula menyalahkan Roza kerana tidur dari Maghrib sehingga lewat malam sebab itulah bermimpi yang tidak sepatutnya. Roza memegang lehernya dan merasa sakit. Dia menjeling ke arah sinki. Memang jelas, sosok Anitha yang dilihatnya sebentar tadi menggosok gigi di situ.

******************************
******************************

Sekitar jam 12 tengah malam Aimi terjaga kerana terdengar bunyi tv dipasang. Suasana bilik agak cerah kerana cahaya dari tv. Aimi meraba meja di sebelahnya dan mencapai cermin mata. Dia melihat ada sosok seseorang sedang duduk menghadap tv. Tapi tiada siaran. Cuma cahaya berwarna putih cerah.

Belum sempat Aimi menegur tiba-tiba Ina mencuit lengannya. Dia terkejut.

'Kau nampak tak apa aku nampak?' bisik Ina ke telinga Aimi.

'Siapa yang tengok tv tu?' soal Aimi semula.

'Tv tu mana boleh guna, kan rosak!'

Ya, Aimi baru teringat tv tersebut tv kotak lama yang sebelum ini kami pernah guna untuk cctv.

Sedang Aimi dan Ina berbisik-bisik tiba-tiba sosok tubuh itu bangun perlahan. Kepalanya tunduk dengan rambut panjang mengurai paras pinggang. Aimi dan Ina terdiam dan masih memandang ke arah sosok itu. Tidak semena-mena sepantas kilat sosok tubuh itu berpaling ke arah kami dan.......

Hihihihihihihihihihihi

'@#&!%, janganlah macam ni! Kau buat orang terkejut dan takut tau tak?!'

Ina melemparkan bantal ke arah Tantiana. Tantiana ketawa berdekah kerana berjaya membuat Aimi dan Ina ketakutan.

'Aku bosan. Aku ingatkan tv ni elok lagi. Aku cubalah buka', Tantiana menutup tv dan kembali ke katilnya.

'Tv tu kan untuk cctv. Esoklah kita minta kat HR tv lain. Dan lagi satu, ikatlah rambut tu', ujar Aimi lalu berpaling dan kembali menutup mata.

Dalam hatinya menyumpah seranah. Sudahlah bilik ni macam-macam ceritanya, gurau pun tidak bertempat.

Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Aimi memusingkan badan.

'Tak tidur lagi ke?'

Aimi terkedu. Lidahnya keras. Dia melihat Tantiana memasuki bilik.

'Bila masa dia keluar? Kan tak sampai 10 minit lepas dia baring di katilnya?' ujar Aimi dalam hati.

'Hello, nampak hantu ke?', Tantiana memetik jarinya di depan muka Aimi seraya duduk di sebelahku.

'Kau..kau...kau dari mana?', soal Aimi gagap.

'Aku jenguk Sister Rosa ngan Min kat bilik sebelah. Mereka kata bosan, jadi aku temankan sekejap'

'Ooooo...ok'

Tantiana terus bangun menuju ke katilnya. Aimi memandang ke arah Ina, ternyata Ina pun terkejut dan hanya mampu terdiam. Mereka cuma mampu terdiam dan menarik selimut masing-masing.

*********************************
*********************************

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kak Ida bingkas bangun kerana perutnya memulas. Untuk pengetahuan semua, bilik ini sama seperti kubikel terbuka yang ada di mana-mana hospital. Kedudukan tandas berada di sudut sebelah kiri.

Sedang melayan perasaan di dalam tandas, Kak Ida terdengar bunyi suara seseorang memanggilnya. Selepas itu diikuti tombol pintu dipulas berkali-kali.

'Idahani...Idahani....'

'Siapa tu? Sekejaplah...'

Kak Ida segera bersiap kerana bimbang ada yang ingin menggunakan tandas juga. Ketika hendak keluar tombol pintu seolah-olah ditarik dari luar. Puas dia memulas dan cuba menarik pintu tandas tersebut, namun tetap di tarik kuat dari luar. Seolah-olah menghalang Kak Ida keluar dari tandas.

'Janganlah macam ni. Tak kelakarlah!', bentak Kak Ida.

Sekali lagi beliau cuba memulas dan menarik tombol pintu. Kak Ida hampir menangis kerana bila pintu sudah dapat dibuka tetapi ditarik semula dan ditutup dari luar.

Kak Ida mengetuk pintu sekuat-kuat hatinya dan menjerit memanggil Aimi, Roza, Ina dan Tantiana. Malangnya mereka tidak mendengar langsung suara jeritan Kak Ida.

********

'Alah, masa ni pula nak kencing', Ina mengomel lalu bangun menuju ke tandas.

Alangkah terkejutnya bila dia melihat Kak Ida duduk menangis tersedu sedan di dalam tandas. Ina segera mendapatkan Kak Ida.

Kak Ida menceritakan peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Ina menjeling jam di dinding.

'Baru 1.50 pagi. Akak kata lama. Baru 20 minit je akak dalam tandas ni. Saya tak dengar pun suara akak panggil', Ina seraya membantu Kak Ida bangun.

'Aku rasa macam dah berjam-jam aku dalam terkunci dalam tandas tu...', ujar Kak Ida lemah.

Ina mengejutkan Aimi, Roza dan Tantiana. Setelah menceritakan apa yang terjadi kepada Kak Ida kami memutuskan untuk tidak menyambung tidur.  Lalu mereka sepakat mengaji Al Quran bersama-sama sehinggalah azan Subuh berkumandang.

*******************************
*******************************

MANAKALA DI BILIK 1

Aku mengesat mataku berulang kali. Aku seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatku di hujung katil. Aku segera mengambil telefon bimbit untuk mengaktifkan mode lampu suluh, lalu menghalakan ke arah hujung katilku.

Jantung seakan-akan terhenti bila aku melihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun berdiri tegak sambil memerhati ke arahku. Aku terus memejam mataku dan menarik selimut sehingga ke kepala. Namun aku dapat rasakan jari jemari kecil menyentuh kakiku sehingga ke betis. Badanku menggigil. Aku cuba untuk membaca ayat qursi dan beberapa potong ayat Al Quran namun semuanya lintang pukang dan tidak tersusun. kerana ketakutan yang melampau.

Tiba-tiba aku mendengar bunyi kanak-kanak itu bersenandung. Semakin dekat ke telingaku.

'Allahuakbar....Allahuakbar...Ya Allah...', hanya itu saja yang aku mampu ucapkan.

Aku cuba memanggil Sister Rosa dan Fatin yang sedang lena di katil kiri dan kananku tapi suaraku seakan tersekat. Badanku kaku.

Aku dapat rasakan selimutku pelan-pelan ditarik ke bawah. Aku pejamkan mata dan cuba mengelak unuk melihat di sekelilingku. Entah pukul berapa aku terlena dengan sendirinya. Aku terbangun bila terdengar azan Subuh berkumandang di telefon bimbitku.

Aku bangun dan melihat selimutku berada di katil kosong di hadapanku.

*******************************

Ini di antara pengalaman aku dan rakan-rakan semasa di kuarantin tempoh hari. 14 hari berlalu bagaikan terlalu lama buat kami.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah sendiri ke TT? Pandai mengarang, macam buku cerita
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best..seramm..ade sambungan atau cerita lain tak TT
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..seram..sambung lagi TT kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:59 PM | Show all posts
We want more! We want more!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Weols nak lagi tt, best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram...
Kejadiannya di mana ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 27-7-2021 05:04 PM
Kisah sendiri ke TT? Pandai mengarang, macam buku cerita

terima kasih kerana sudi membaca ><
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lady_bonia replied at 27-7-2021 08:13 PM
Wow..seram..sambung lagi TT kalau ada

terima kasih kerana sudi membaca ><
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ada member aku yg balik dr oversea kena kuarantin wajib kat hotel kata ada hantu weh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
umisha replied at 27-7-2021 10:31 PM
Seram...
Kejadiannya di mana ye?

Lokasi dirahsiakan hihihi ><
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
best la.. maybe TT boleh cerita juga sejarah bilik 1 & 2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:44 AM | Show all posts
alahaiii. nak lagii nak lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 28-7-2021 01:42 AM
best la.. maybe TT boleh cerita juga sejarah bilik 1 & 2 tu

Baru saja post. Selamat membaca ><
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
OyenLemas replied at 28-7-2021 01:44 AM
alahaiii. nak lagii nak lagiii

Boleh la baca kisah disebalik bilik 1 dan 2. Terima kasih ><
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 28-7-2021 01:34 AM
ada member aku yg balik dr oversea kena kuarantin wajib kat hotel kata ada hantu weh

Bukan dekat hotel je. Dalam bilik awak tu pun ada yang perati hihihihi ><
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meawket replied at 27-7-2021 05:55 PM
Bukan dekat hotel je. Dalam bilik awak tu pun ada yang perati hihihihi >

heh senyum sinis sis. ai da terbiasa sbb keje shift malam bertahun2 dulu.

feast your eyes
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. yg thread kuarantin 2 tu boleh sambung kat sini je senang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.096484 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list