CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 28/07/2021 913 Kes baharu

[Copy link]
Post time 28-7-2021 08:42 PM | Show all posts |Read mode
913 kes baharu, Sabah rekod kes semakin tinggi




Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 913 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 81,844 kes. Sembilan (9) kes kematian dicatatkan pada hari ini iaitu Kota Kinabalu dan Sipitang mencatatkan tiga (3) kes bagi setiap daerah manakala Kudat, Penampang dan Papar masing-masing mencatatkan satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 527 menjadikan jumlah kumulatif 75,264 orang. Seramai 3,608 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 726 orang di hospital, 2,821 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 61 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 80 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan.

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah adalah amat tinggi pada hari ini iaitu(913)kes dengan peningkatan sebanyak (172) kes berbanding (741) kes yang dicatatkan semalam (27 Julai 2021).

Kota Kinabalu sahaja mencatatkan (234) kes baharu termasuk (27) kes adalah daripada Penjara Kepayan, diikuti oleh Daerah Penampang dengan (101) kes, Tawau (73) kes, Beaufort (70) kes, Kalabakan (61) kes dan Tuaran (56) kes. Semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu.

Lebih separuh kumulatif kes harian (500) kes atau 54.82% daripada kes hari ini berpunca dari saringan kontak rapat di mana (138) kes daripadanya dikesan di daerah Kota Kinabalu.
Kluster sedia ada pula menambah (162) kes atau 17.8% manakala saringan bergejala merekodkan (121) kes atau 13.25%.

Tiga (3) kluster baharu, semuanya dilaporkan di Keningau iaitu Kluster Bayangan (Kluster Komuniti), Kluster Bariawa Laut (Kluster Komuniti) dan Kluster Menawo Baitah (Kluster Tempat Kerja).

Sejumlah 77.9% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (321) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (389) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (500) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan hari ini.

i) Kluster Bayangan - Keningau melibatkan penularan COVID-19 dalam komuniti di Mukim Bingkor dan Luagan yang disyaki berpunca daripada perkumpulan keluarga dari luar daerah. Kes indeks merupakan lelaki, 38, dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan ujian RTK-Ag positif grading 20% pada 25 Julai 2021. Saringan kontak rapat bagi tempoh 25 hingga 27 Julai 2021 menunjukkan pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks. Setakat hari ini, kluster ini merekodkan jumlah kumulatif 21 kes positif termasuk tujuh (7) kes baharu.

ii) Kluster Bariawa Laut - Keningau mula dikesan apabila kes indeks, wanita, 36, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag grading 100%) melalui saringan bergejala pada 25 Julai 2021. Saringan kontak mengesan 13 kes termasuk lima (5) kes baharu melibatkan kontak rapat dan kontak sosial daripada Mukim Patikang dan Kali di Daerah Keningau. Punca yang disyaki bagi penularan Kluster Bariawa Laut adalah perkumpulan keluarga.

iii) Kluster Menawo Baitah - Keningau dikategorikan sebagai kluster komuniti dan tempat kerja. Kluster ini juga menular di Mukim Seberang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau serta Daerah Tambunan yang disyaki berpunca daripada pergaulan sesama keluarga yang akhirnya tersebar kepada rakan-rakan. Kes indeks merupakan lelaki, 27, dikesan positif COVID-19 (RTK-Ag grading 100%) hasil saringan tempat kerja di sebuah klinik swasta di Keningau pada 26 Julai 2021. Saringan kontak mendapati pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat di tempat kerja. Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif kluster ini ialah sebanyak 16 kes termasuk 15 kes baharu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 02:30 PM | Show all posts
Moga kes d Sabah makin menurun arini ... aamiin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.111158 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list