CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] .Lagi kluster ziarah raya di Kedah, negeri Pantai Timur.....Terengganu, Kelantan

  [Copy link]
Post time 29-7-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila raya tiba2 ada sedara muncul depan pintu nak halau macam Mana.  Ada lak genbira sangat sampai lupa tetamu tu datang bawak virus...ala2 sama risiko mcm gi beli brg kat pasarraya,tempat kerja kata mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:29 AM | Show all posts

Lagi Kluster Di Kedah, Terengganu, Kelantan Dan Pahang Akibat Balik Raya!

Empat kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah raya dan rentas negeri dikesan di tiga negeri Pantai Timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang selain Kedah.


Kluster tersebut ialah Kluster Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok (enam kes); Kluster Taman Puteri Pulong di Kota Bharu, Machang dan Hulu Terengganu (10 kes); Kluster Dah Kampung Pong di Padang Terap (17 kes) dan Kluster Simpang Cheneras di Lipis (16 kes).


Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, kes indeks Kampung Hujung Repek Melawi mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 19 Julai lalu.




Gambar Hiasan




Menurut rumusan itu, kluster tersebut melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Hujung Repek, Melawi, Bachok sempena sambutan perayaan.


“Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan berumur 22 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Julai hasil saringan rentas negeri,” katanya di sini hari ini.


Kluster Taman Puteri Pulong juga melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis sambutan perayaan dan penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Taman Puteri Pulong, Kubang Kerian, Kota Bharu.


Bahkan kes indeks bagi kluster tersebut mempunyai sejarah merentas negeri dari Terengganu ke Kelantan pada 16 Julai


“Kes indeks merupakan lelaki berumur 36 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Julai hasil saringan individu bergejala selepas mengalami gejala sejak 11 Julai lalu,” katanya.


Seterusnya adalah Kluster Dah Kampung Pong melibatkan individu-individu yang mengadakan sebuah sambutan perayaan di Kampung Pong Utara, Kuala Nerang.


Kes indeks ialah seorang nenek berumur 60 tahun yang dilaporkan positif pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.


Sementara itu, Kluster Simpang Cheneras berpunca daripada penularan yang dilaporkan berlaku di Taman Cheneras Jaya, Kuala Lipis, Lipis.


“Kes indeks bagi kluster ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Pahang pada  21 Julai lepas.


“Mangsa ialah seorang lelaki berumur 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala,” katanya.


Keempat-empat kluster tersebut merupakan antara 41 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 16 kluster komuniti. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:34 AM | Show all posts
tahniah kepada babi babi yang berjaya balik beraya

tahniah

seeloknya biar famili babi babi ni yg mampos dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak cakap banyak.
Kalau negeri2 tu..mmg degil nak mamp*s.
Dah dilarang balik..nak jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
golongan mcm ni la yg tak patut dilayan bila positive kobid. suruh je dia bersosial berjemaah dlm rumah, pasang pagar kawat kat pintu/tingkap. nak hidup ke mati lantak la. babi sangat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm negeri rentas daerah pun hado. Beras meols selamba balik kg pakej2 hangkut anak2 pdhal kg dia sebelah je dgn kampung yg kne pkpd. Dia pasang spy dlu tgk jalan tikus clear ke idok. Dh ler sampai ke sudoh x register vaccine. Apo. Yihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak laaa...dah kata jgn rentas buat jugak, bagi jugak polis pun. skrg ni i doa je hrp x kene fmly iols, org lain lantak la. buat sakit kepala je mikir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi kluster banjir?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis tak reti bahasa!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
majlis sambutan perayaan? ya tuhan.. degil nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:31 AM | Show all posts
Amanduuuhh replied at 29-7-2021 10:41 AM
Dlm negeri rentas daerah pun hado. Beras meols selamba balik kg pakej2 hangkut anak2 pdhal kg dia se ...

betulla...selamba je share kt fb ig bagai berziarah rumah sedara mara dlm daerah...alih2 disalahkan org2 jauh yg rentas negeri..padahal selangor/kl dah lama tak boleh rentas merentas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:35 AM | Show all posts
mu kecek molep skeett !!!!


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:40 AM | Show all posts
dan manusia2 bodoh bengap babi ni jugak yang sibuk mencarut kerajaan gagal...  pastu makihamun orang selangor dan kl padahal puak2 dia yang bersepah sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:43 AM | Show all posts
tak tahu nk kata apa dah dkt spesies macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Keymark kaki balik raya tu semua tak reti bahasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 29-7-2021 11:40 AM
dan manusia2 bodoh bengap babi ni jugak yang sibuk mencarut kerajaan gagal...  pastu makihamun orang ...

aku mmg kecik ati time org menganjing and marah2 selangor time kes naik tu. sebab mbr2 fb & koliq ramai puak sana gi keluar masuk negeri diorg mcm takde apa, pastu menceceehhh nak keluarkan selangor drpd msia, padahal aku anak jati selangor ni naik muak tgk dinding rumah. huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tegar ye yg blk kampung ni..
Kot ye pn nk share virus share yg dkt2 cni sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:46 AM | Show all posts
hanihan16 replied at 29-7-2021 11:44 AM
aku mmg kecik ati time org menganjing and marah2 selangor time kes naik tu. sebab mbr2 fb & koliq  ...

kan...  aku pun sama naik menyampah...  walaupun aku bukan anak jati selangor kl tapi aku membesar sampai la beranakpinak kat sini...  nak je aku suruh kkm keluarkan semua rekod covid-19 kat selangor kl n check semua patient n yang dah meninggal tu dari mana...  i bet more than 70% adalah perantau yang cari makan kat sini sambil mencaci2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kyozsamurai replied at 29-7-2021 11:43 AM
tak tahu nk kata apa dah dkt spesies macam ni

Ummah Melayu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:52 AM | Show all posts
Apasal lah dia orang ni? Benda simple ikut ajalah peraturan tu dulu.

Ni sampai tahun bila kita nak macam ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056498 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list