TUAN Ibrahim. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Pas teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendokong semua keputusan dibuat Kabinet. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu juga tegas mendokong sistem raja berpelembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Pas menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19. "Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik," katanya. sumber : HMetro
|