CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 29/07/2021 582 Kes baharu

[Copy link]
Post time 29-7-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-7-2021 12:20 PM

582 kes COVID-19, sifar kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 582 kes baharu COVID-19 hari ini dengan Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 311 kes diikuti Simunjan 73 kes, Serian 51 kes dan Bau 50 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata lain-lain kes dikesan di Sibu (26), Bintulu (13), Samarahan (12), Miri (11), Meradong (11), Tatau (8) dan Telang Usan (3).

Manakala dua kes masing-masing dikesan di Asajaya, Selangau dan Subis dan satu kes masing-masing di Sri Aman, Mukah, Betong, Tebedu, Beluru, Kanowit dan Sarikei menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak kini 75,793 kes.

“Daripada 582 kes baharu, 420 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 manakala 65 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 36 kes melibatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 48 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 13 kes Import B individu balik dari Selangor (10), Kuala Lumpur (1), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1),” katanya.

Dalam pada itu tiada kes kematian baharu dilaporkan di Sarawak hari ini dengan jumlah keseluruhan kes kematian  akibat COVID-19 kekal seramai 459 orang.
JPBSN turut memaklumkan terdapat 1,33 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih dan dibenarkan discaj kini seramai 69,961 orang atau 92.31 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 5,201 orang.
Dalam pada itu Daerah Betong telah kembali ke status Jingga daripada Merah setelah merekodkan 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Sebanyak 17 daerah di Sarawak berstatus Merah, lima daerah berstatus Jingga, 14 daerah berstatus Kuning dan empat daerah berstatus Hijau.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 08:22 PM | Show all posts
COVID-19: Lima kluster baharu, empat libatkan komuniti di Kuching

KUCHING: Lima kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak dengan empat daripadanya melibatkan jangkitan dalam komuniti dan satu lagi melibatkan jangkitan di tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kesemua empat kluster komuniti dikesan di Kuching iaitu Kluster Kampung Paya Mebi, Kluster Kampung Quop, Kluster Kampung Senari dan Kluster Telaga Air.

Manakala kluster melibatkan tempat kerja dikesan di Simunjan ialah Kluster Sungai Mangga.

“Kluster Kampung Paya Mebi dikesan melibatkan penduduk di sebuah kampung di Jalan Landeh di sini dimana seramai 29 orang telah disaring dengan 21 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 8 individu negatif.

“Manakala Kluster Kampung Quop dikesan melibatkan penduduk di beberapa rumah persendirian di Jalan Kampung Quop, Batu 10, Kota Padawan di sini.

“Seramai 19 individu disaring di bawah Kluster Kampung Quop ini dimana 12 individu didapati positif termasuk kes indeks dan 7 individu negatif,” katanya.

Kluster Kampung Senari pula dikesan melibatkan penduduk di sebuah kampung di Jalan Kampung Senari, Jalan Bako di sini.

Seramai 64 individu disaring di bawah kluster ini dimana 25 orang didapati positif dan 39 kes negatif.

Kluster Telaga Air pula dikesan melibatkan pendudukan beberapa buah rumah persendirian di Jalan Kampung Telaga Air di sini.

Seramai 35 individu telah disaring dimana 34 individu didapati positif termausk kes indeks dan satu individu negatif.

“Kluster Sungai Mangga pula melibatkan pekerja dan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan Sungai Mangga di Simunjan.

“Seramai 160 individu telah disaring dimana 55 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 105 individu negatif,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan penamatan lima kluster iaitu Kluster Putai di Bukit Mabong, Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman, Kluster Iris Garden dan Kluster Kampung Taba Sait di Kuching serta Kluster Lorong Perlis Empat di Miri.

Jumlah kluster masih aktif adalah sebanyak 78 dimana tujuh daripadanya merekodkan penambahan 65 kes baharu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062400 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list