CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 8

Lompat 'katil anti-seks' jadi sukan baharu atlet Olimpik

[Copy link]
Post time 29-7-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Melompat ke atas katil kadbod di Perkampungan Sukan Tokyo 2020 untuk menguji ketahanannya, menjadi sukan baharu dalam kalangan atlet, selepas spekulasi menyatakan ia adalah 'katil anti-seks'.
Sebahagian atlet yang tertakluk kepada peraturan berikutan pandemik Covid-19 yang menghalang mereka daripada meninggalkan perkampungan sukan kecuali untuk latihan atau acara, menghiburkan diri masing-masing dengan melompat ke atas katil itu.
Katil berkenaan diperbuat daripada kadbod kitar semula dalam usaha penganjur mengurangkan kesan kepada alam sekitar selepas Tokyo 2020.
Atlet terbaharu mengujinya dengan merakam aksi mereka menaiki katil itu seorang demi seorang dan melompat sebelum katil itu akhirnya runtuh apabila sembilan atlet berdiri dan melompat di atasnya.
Pemain baseball, Ben Wanger merakam video dan memuat naik di media sosial sebelum ia tular dan kemudian, ia ditarik balik.
Kerosakan katil itu menyebabkan kemarahan rakyat Jepun, kata media negara itu.
Video Wagner itu diikuti beberapa atlet lain seperti gimnas Ireland, Rhys McClenaghan dan pemain bola keranjang Argentina, Francisco Caffaro dan Tayavez Gallizzi.
"Ya, katil ini sangat kukuh," kata Caffaro selepas melompat dan videonya dimuat naik ke akaun TikTok,
Video itu mula tersebar selepas spekulasi menyatakan ia adalah 'katil anti-seks', direka bentuk untuk menghalang atlet tidur bersama sesuai dengan arahan penjarakan fizikal bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Pada 17 Julai lalu, pelari jarak sederhana Amerika Syarikat (AS), Paul Chelimo menulis di Twitter menyatakan katil itu untuk menghalang hubungan seks dalam kalangan atlet.
Keesokannya, McClenaghan berkata menerusi videonya: "Dalam episod berita palsu di Sukan Olimpik hari ini, katil itu dibuat untuk tidak melakukan hubungan seks.
"Memang ia diperbuat daripada kadbod. Tetapi, ia bertujuan supaya roboh dalam pergerakan tertentu. Ia adalah berita palsu," katanya sambil melompat di atas katil itu dan memuatnaik di Twitter dan ditonton lebih empat juta orang.
Sebanyak 18,000 katil diperbuat daripada kadbod itu dipasang di Perkampungan Sukan dan mampu menampung berat sehingga 200 kilogram.
Tilam pula diperbuat daripada 100 peratus polyster, yang akan dikitar semula selepas Tokyo 2020.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 08:26 PM | Show all posts

KATIL kadbod di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih mampu bertahan apabila lapan atlet naik dan melompat di atasnya, tetapi roboh apabila sembilan atlet berbuat demikian. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
One word,

STUPID!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Atlet tapi bodoh buat perkara2 camtu. Simpan bodoh tu kat negara sendiri bole tak? Dekat negara orang pun nak tunjuk sama. Vandalisme
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2021 08:37 PM | Show all posts

boring sgt dh tu,xdak hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tu je lah yg diorg pikir.. Ngesek 24j.. Material katil pun nk relate benda tu.. Org lain pikir psl sustainability..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 29-7-2021 12:37 PM
boring sgt dh tu,xdak hiburan


Masih tak menghalalkan cara.
Penuh hiburan kat sport village tu hah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2021 08:41 PM | Show all posts
nazzse replied at 29-7-2021 08:40 PM
Masih tak menghalal cara.
Penuh hiburan kat sport village tu hah.

lompat katil kadbod lagi syiok ooo..negara depa xdak benda tu...tu jadi tarikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 29-7-2021 12:41 PM
lompat katil kadbod lagi syiok ooo..negara depa xdak benda tu...tu jadi tarikan

Dah, nak tengok ji zia, sakit jantung nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list