Tokyo: Pemain Switzerland, Belinda Bencic bangkit dari pertarungan panjang menentang wakil Kazakhstan, Elena Rybakina untuk mara ke final acara tenis wanita di Olimpik sekali gus mencerahkan peluang dalam pemburuan dua pingat emas. Pemain berusia 24 tahun menang 7-6 (7/2), 4-6, 6-3 dalam keadaan cuaca terik di Tokyo. Belinda yang akan beraksi disamping Viktorija Golubic dalam saingan separuh akhir acara beregu wanita menentang pasangan Brazil, Laura Pigossi dan Luisa Stefani, akan berdepan Elina Svitolina atau Marketa Vondrousova pada final perseorangan. Pemain pilihan kesembilan itu dalam usaha menjadi pemain kelima mara ke final dalam kedua-dua acara perseorangan dan beregu pada temasya itu sejak tenis diperkenalkan semula ke Olimpik pada 1988. sumber : HMetro
|