CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 29/07/2021 776 Kes baharu

[Copy link]
Post time 29-7-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-7-2021 12:30 PM

776 kes, tiga kluster baharu di Tawau

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 776 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 82,620 kes. Lapan (8) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat (4) kes di Kota Kinabalu manakala Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Beaufort masing-masing mencatatkan satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 641 menjadikan jumlah kumulatif 75,905 orang. Seramai 3,795 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 761 orang di hospital, 2,975 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 59 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 89 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas berubah dari zon merah ke zon jingga

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (776) kes iaitu penurunan sebanyak (137) kes berbanding (913) kes yang dicatatkan semalam (28 Julai 2021).

Kes keseluruhan Negeri Sabah turun sedikit hari ini (776) kes berbanding kelmarin tetapi masih tinggi. Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan (214) kes, Sandakan (86) kes, Tawau (75) kes, Penampang (61) kes, Tuaran (58) kes dan Papar (55) kes. Seluruh daerah lain juga mencatatkan kes baharu kecuali Daerah Sipitang.

Kontak Rapat terus menyumbang kes positif baharu yang terbanyak, iaitu (439) kes atau 56.57%, Saringan Bergejala (153) kes atau 19.72% dan Saringan Kluster (74) kes atau 9.54%
Sejumlah 81.04% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (344) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (285) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (439) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Batu Keramat - Tawau yang dikategorikan sebagai kluster komuniti menular ekoran sambutan Aidiladha. Kes indeks adalah lelaki, 77, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di Hospital Tawau pada 24 Julai 2021. Saringan kontak rapat kemudiannya mengesan lima (5) lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga. Kes hasil saringan pengiring yang disahkan positif pada 26 Julai 2021 di Hospital Tawau mempunyai kaitan epidemiologi (epid link) dengan kes indeks. Siasatan awal mendapati kes indeks dan keluarga telah berkumpul di Kg Tg Batu Keramat pada 20 Julai 2021 bagi menyambut perayaan aidiladha. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Setakat hari ini, seramai 25 kontak telah disaring dan 18 daripadanya didapati positif termasuk 10 kes baharu, manakala dua (2) sampel lagi negatifdan lima (5) sampel masih menunggu keputusan.

ii Kluster Unipark - Tawau mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap wanita, 39, di sebuah hospital swasta pada 19 Julai 2021. Kes indeks yang juga Pengurus Cawangan Globinaco di Taman Unipark ini disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag grading 100%. Saringan yang dijalankan ke atas 54 kontak mengesan 18 kes positif termasuk satu (1) kes baharu hari ini. Manakala, lima (5) kontak didapati negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua.

iii Kluster Lahat-Lahat - Tawau dipercayai menular dalam komuniti berikutan kenduri tahlil pada 19 Julai 2021 di Kg Lahat-Lahat. Kes indeks adalah lelaki, 31, pembantu kedai makan di Selangor dan pulang ke Tawau pada 13 Julai 2021. Kes indeks yang dikuarantin di rumah di Kg Lahat-Lahat, Pulau Sebatik disahkan positif pada sampel hari ke-10 kemasukan dari luar Negeri Sabah melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (Lapangan Terbang Tawau) dengan keputusan RT- PCR positif (CT value 24) di Klinik Kesihatan Tawau. Setakat hari ini, 50 kontak telah disaring dan mengesan 20 kes positif termasuk satu (1) kes baharu. Sementara itu, dua (2) kontak didapati negatif manakala 28 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua. Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan kerana kehadiran tetamu tidak direkodkan, malah jiran yang disaring mempunyai gejala dan berkait dengan kenduri tersebut.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053228 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list