CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1643|Reply: 1

[Sarawak] Pengangkutan asing wajib Antigen Rapid Test syarat masuk Brunei

[Copy link]
Post time 29-7-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Pengangkutan asing wajib Antigen Rapid Test syarat masuk Brunei
MIRI: Keputusan negatif COVID-19 hasil saringan Antigen Rapid Test (ART) untuk setiap kemasukan ke negara Brunei Darussalam bagi pengangkutan asing termasuk dari Sarawak merupakan antara syarat terkini oleh kerajaan Brunei.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin hari ini, memperjelaskan mengenai perkara terbabit berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei pada 26 Julai 2021.

“Seperti yang telah disahkan oleh Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam di Kuching, kit ujian ART akan diberikan secara percuma kepada pengangkutan asing di sempadan Brunei oleh kakitangan Kementerian Kesihatan mereka.

“Kesemua pengangkutan berdaftar asing dan pengembara penting (essential travellers) dari Sarawak perlu mengambil perhatian bahawa mereka tidak akan dibenarkan masuk ke Brunei sekiranya ujian saringan ART adalah positif pada hari memasuki Brunei,” katanya.

Jelas Lee, syarat berkenaan adalah bertujuan untuk mencegah kemungkinan  penularan jangkitan import COVID-19 di negara berkenaan.

Selain keputusan ujian ART negatif, ujian RT-PCR juga perlu negatif bagi tempoh dua minggu bagi pengusaha pengangkutan manakala untuk bukan pengangkutan pula hanya sah untuk tempoh 72 jam.

“Wajib mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 beserta permit rentas sempadan yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei. Ini adalah antara kriteria yang wajib dipenuhi sebelum mereka dibenarkan memasuki negara itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, kesemua pengangkutan berdaftar asing termasuk dari Sarawak dinasihatkan untuk memeriksa laman sesawang www.moh.gov.bn atau menghubungi Health Advice Line 148 pada waktu pejabat untuk keperluan terkini sebelum memohon memasuki Brunei.

“Kita yakin bahawa pengumuman ini akan mempersiapkan pengusaha pengangkutan berdaftar dan pengembara penting yang lain mengenai pematuhan baharu yang dikeluarkan kerajaan Brunei untuk bersama melindungi semua pihak yang terlibat,” tambahnya.



utusan borneo 2021-07-29T16:12:04+08:00






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang klu ulang-alik g keje balik hari Miri-Brunei tu camne ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.414466 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list