CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5692|Reply: 25

Berkurung Dalam Rumah, Aidil Aziz Syukur Dah Kahwin

[Copy link]
Post time 30-7-2021 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Sesuatu tabu dalam dunia hiburan sejak dahulu, mana-mana artis yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa karier merudum atau erti kata lain sudah tidak popular.


Zaman berlalu dan pemikiran masyarakat, khususnya peminat sudah terbuka dengan tidak meletakkan status perkahwinan sebagai halangan untuk kekal meminati artis kesukaan.


Bagi pelakon Aidil Aziz, graf karier sebelum dan selepas berkahwin tidak banyak memberi perubahan kepada dirinya.






Foto: IG




Sejak berkahwin dengan aktres Fasha Sandha pada 30 Mac 2019, rezekinya dalam bidang lakonan tetap sama sehingga ke hari ini, bahkan tidak berlaku sebarang limitasi terhadap tawaran watak.


“Kalau ditanya tentang tawaran selepas kahwin, alhamdulillah masih sama macam sewaktu bujang. Tiada banyak beza pun. Walaupun sudah kahwin, tapi rezeki Tuhan yang tentukan.


“Pada masa sama, tak perlu risau juga tentang kehadiran pendatang baharu yang dianggap sebagai pesaing. Mana-mana kerja pun tetap ada yang lama dan baharu. Apa yang membezakan kita hanyalah kualiti kerja,” jelasnya.




  



Aidil berkata demikian ketika muncul dalam sesi temu bual bersama media sempena mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Suara Hati yang menyaksikan dia bergandingan dengan Hanna Aqeela dan Syafiq Kyle.


Memegang watak Naim iaitu seorang pensyarah dan kaunselor, Aidil mengakui berdepan cabaran tersendiri.


“Membawakan watak pensyarah sebenarnya sangat mencabar. Sebab untuk dialog Naim, ada banyak bahasa saintifik yang perlu disebut dan difahami.


“Lagi satu kerjaya sebagai kaunselor pun ada juga cabarannya. Sebab kita sedia maklum kerja kaunselor banyak memberi nasihat dan tips kepada orang.


“Jadi dialog dilontarkan saya agak panjang untuk disampaikan kepada Hani (Hanna) dalam satu babak ketika dia berjumpa saya,” jelasnya.




  



Dua tahun berlalu, pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi cabaran tersendiri bagi semua orang untuk mendepani hari serba mencabar.


Sebagai artis, pastinya kekangan menjalankan penggambaran seperti biasa menjadi cabaran terbesar, sekali gus menjejaskan pendapatan.


Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu lebih rela tidak keluar mengambil risiko dengan bekerja kerana memikirkan ada banyak nyawa yang perlu dilindungi.




  



“Sampai sekarang kami anak seni tak tahu bila boleh kembali bekerja.


“Kalau bekerja sekarang, agak berisiko tinggi kerana kami ada keluarga, isteri dan anak-anak di rumah.


“Terima sahaja apa yang berlaku dengan positif, saya yakin ini bukan masanya untuk keluar bekerja.


“Saya tak nafikan pendapatan memang terjejas tetapi syukur saya masih ada pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan,” ujarnya.


Tempoh PKP yang panjang mencetuskan banyak masalah lain kepada orang ramai bukan sahaja dari segi kewangan, bahkan paling utama adalah kesihatan mental.


Bimbang dengan banyak kes kemurungan dan bunuh diri yang berlaku sejak kebelakangan ini, Aidil berkata, masa berharga diluangkan bersama insan tersayang mampu mencegah daripada banyak keburukan.




  



“Syukur saya sudah kahwin. Waktu-waktu begini ketika duduk di rumah, masa boleh diisi dengan anak-anak dan isteri. Jadi bolehkan alihkan perhatian daripada hanya tertekan kerana menjalani PKP.


“Aktiviti saya di rumah setiap hari, selepas Subuh sudah sibuk dengan persediaan anak-anak untuk jalani pembelajaran dalam talian. Mandikan anak kecil, sementara isteri memasak.




  



“Selalu juga riadah petang-petang, tonton rancangan dan solat bersama-sama. Rutin seharian kami dipenuhi dengan aktiviti, syukur,” katanya.


Aidil yang mendirikan rumah tangga bersama Fasha dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 11 bulan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FS ni gen cantik dia kuat. lawa2 anak sheols
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:43 AM | Show all posts
awat anak ND ngan jejai makin kepam?alahai kesian plak aku tengok kat budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai repot yg tak boleh dijentik ni... Asal boleh je bukak benang. Lain la kalau artis yg takde byk job ni dah kawen lain dalam diam masa pkp, baru la boleh buat gosip...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:53 AM | Show all posts
thread Nek Jah

24hb Julai dah ade thread ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
comel anak2 dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 11:56 AM | Show all posts
untuk aidil ni takde istilah merundum kot.
pasal sebelum kawen pon job gitu je, lepas kawen pon gitu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:25 PM | Show all posts
cringe tgk video mereka comolotttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun bersyukur sgt dah kahwin waktu pkp ni.. ada juga la teman berborak peluk2..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki boleh bersama anak2 dan pasangan. Yg bujang ni.. Haha.. Rezeki la juga bersama2 family
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:53 PM | Show all posts
mamajawie replied at 30-7-2021 11:43 AM
awat anak ND ngan jejai makin kepam?alahai kesian plak aku tengok kat budak tu..

Anak FS dengan jejai yang boy tu pun kepam, dna lombok terlebih kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:00 PM | Show all posts
Anak perempuan dia lawa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntong dia dpt FS kan FS pun brseri seri sejak kawen.. Bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:09 PM | Show all posts
thread ni pernah ada dah... nauzubillah min zalik...
ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan di dalam rumah... mujur tak habiskan masa menumbuk sambal dalam selimut untuk bidadari biru ( gambar atas ye bukan sekuel filem di cairo)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 02:21 PM | Show all posts
f@rE-h@n replied at 30-7-2021 11:56 AM
untuk aidil ni takde istilah merundum kot.
pasal sebelum kawen pon job gitu je, lepas kawen pon git ...

bahahahahahhaha..dia ni so-so je la..tapi berlakon sbenarnya best lagi2 citer Camelia tu..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dia muda sikit dari fs rupanyeah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki ko.alhamdulillah. till jannah ye bro. Wife ko pun makin cantik beseri. Pandai ko jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_classic replied at 30-7-2021 01:53 PM
Anak FS dengan jejai yang boy tu pun kepam, dna lombok terlebih kot

Kurus tinggi & tak putih tu yg nampak kepam kot. Tunggu besar nanti boleh grooming bagi handsome sikit. Tak pun boleh tukar style rambut tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg dia untung dpt fasha. cuci kaki aja rumah kereta semua dah sedia. tak payah susah nak fikir dah. boleh tumpang aja rezeki fasha & anak tiri dah ada rumah. fasha pun lawa & rajin masak. kalau aidil ni buat perangai mmg tak sedar diuntung betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
baby tu comel sgt2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091159 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list