CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 2

Reezal Merican bangga larian bertenaga Azreen

[Copy link]
Post time 30-7-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Langsung tidak diberikan sebarang harapan namun pelari pecut 100 meter wanita negara, Azreen Nabila Alias apabila membuktikan sebaliknya dengan layak ke pusingan pertama acara riben biru itu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Larian bertenaga atlet dari Terengganu itu turut disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengakui terpegun dengan semangat melawan pelari berusia 21 tahun itu.
Katanya, beliau pada mulanya agak keliru melihat dua pelari bertudung namun menyorak gembira selepas mengetahui salah seorang atlet bertudung yang layak ke pusingan pertama adalah Azreen.
Malah, apa yang lebih membanggakannya adalah kejayaan mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memperbaharui rekod peribadinya dengan catatan 11.77 saat (s) berbanding sebelum ini 11.81s.
"Rasa bangga dan terharu sangat-sangat selaku Menteri Belia dan Sukan mewakili rakyat Malaysia melihat Azreen seakan-akan dia sedang terbang di situ (atas balapan).
"Saya keliru mula-mula sebab ada dua orang bertudung, tapi bila keluar keputusan di papan elektronik, saya lihat Azreen berada di kedudukan kedua, dan paling penting pecah rekod peribadi terbaiknya 11.77s.
"Ini adalah satu kesungguhan Azreen...dia janji kat saya masa perjumpaan dulu, bahawa dia akan datang ke sini untuk buktikan bahawa pemulihannya adalah pemilihan yang tepat.
"Dan dia hadir di sini atas tiket wildcard dan mewakili rakyat Malaysia semua, kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas aksi yang hebat letak nama negara seiring dengan barisan pelari-pelari," katanya.
Terdahulu, Azreen mencetus sensasi apabila berjaya melepasi pusingan kelayakan acara 100 meter dan akan meneruskan perjuangan di pusingan pertama yang dijadual berlangsung pada jam 11.55 pagi ini.
Pelari muda negara itu mara selepas menamatkan larian di tempat kedua di belakang atlet Iran, Farzaneh Fasihi Alshammari yang merekodkan 11.76s manakala Mudhawi dari Kuwait ketiga dengan catatan 11.82s.
sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 11:50 AM | Show all posts

AZREEN Nabila (dua dari kiri) berjaya memberikan persembahan terpuji di kelayakan 100m wanita Olimpik Tokyo. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya dapat emas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.213967 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list