CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9915|Reply: 73

[Tempatan] Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman diberi notis bankrap selepas gagal bayar ganti rug

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Sajat diberi notis bankrap selepas gagal bayar ganti rugi

https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... l-bayar-ganti-rugi/

Oleh NORHAYATI YAHAYA
30 Julai 2021, 5:23 pm


Nur Sajat

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diberi notis kebankrapan melalui penyampaian ganti menerusi notis iklan dan penampalan selepas dibenarkan Mahkamah Tinggi di sini.

Ini susulan kegagalan Nur Sajat dalam membayar jumlah penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama dalam bengkung dan girdle milikya.

Peguam OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili kedua-dua plaintif, Nurwati
Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, penyampaian notis itu selepas anak guamnya tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

Ujarnya, notis iklan dan notis tampal telah pun dibuat minggu ini dan pihaknya belum menerima sebarang affidavit membantah notis kebankrapan itu oleh Nur Sajat

“Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan (Nur Sajat).

“Pada tahun lepas, anak guam berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini akaun tersebut melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan. Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan,” katanya.

Mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan pada April lalu, Nur Sajat gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Mengulas lanjut, Nurul Hafidzah berkata, OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankrap kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temu janji namun gagal kerana defendan tidak dapat ditemui.

“Justeru, plaintif telah memfailkan notis tersebut untuk serahan secara alternatif melalui notis iklan di surat khabar, mahkamah dan hadapan rumah defendan,” jelasnya.

Berdasarkan notis berkenaan, Nur Sajat perlu membayar RM113,327.00 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000.00 dan setakat 3 Mac lalu, jumlah itu menjadi RM197,329.87.

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.

Nur Sajat sebelum ini menjadi buruan selepas dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas gagal hadir sebutan semula kes berhubung dakwaan menghina Islam. Setakat ini, kedudukan usahawan tersebut masih belum diketahui dan dipercayai berada di luar negara. -K!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul aniaya orang. Pas tu tamau bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm Mona Fendeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:10 PM | Show all posts
uish duit banyak kepuk2
simpan untuk operate kah?
ada 5k jah dalam akaun?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bankrupt harta kena sita ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by HappyGumbira at 30-7-2021 06:23 PM
harkktuih replied at 30-7-2021 06:15 PM
Kalau bankrupt harta kena sita ke ape?


hilang banyak hak as free person in Malaysia. antaranya :

1) pergerakan kewangan dan asset under pantauan pihak Insolvensi. Insolvensi berhak benarkan or sekat pergerakan wang n asset

2) tak boleh keluar negara

3) tak boleh buat loan.

4) tak boleh memiliki harta baru selepas dibankrapkan

5) apa sahaja sumber wang yg kita ada Insolvensi akan gunakan untuk byr pihak yg menuntut ikut percentage tertentu

6) dll
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram pulak tengok gambar atas ni..

Biasa kat ig mcm peloles..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape disebalik bamjat sampai beliau kebal sesangat nie. Payah nau nak dakwa dakwi sebelum bie even terang2an melanggar hukum
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
harap berjaya bankrapkan bamjat. tak ingat bulan bila tah ada kwnnya tu up nak jual company bamjat yg mana ye. kedai emas dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:27 PM | Show all posts
Baguslah bankrap…puak2 ni berigt jln dkt atas bumi Allah ni jgn mendongak sgt…termasuk penyokong dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulerrr niaya org lagi. Kan mendapat dah. Ubah muka beriya alih2 muka sama dgn adik dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke sajad ni kaya beli rumah alip sukri business pun byk takkan tak mampu bayar RM200,000
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka, mendongak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
HappyGumbira replied at 30-7-2021 06:21 PM
hilang banyak hak as free person in Malaysia. antaranya :

1) pergerakan kewangan dan asset un ...

Takda akaun bank. Takboleh bisnes. Takboleh register SSM, beli kenderaan, aset, bayar staffff
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak rasa dia takda duit. Ego seorang lelaki takmau bayar lepas kalah kes dgn sedara sendiri. Kesian kau jat idup x tenteram. Aku x boleh terima acik2 yang support kedai emas dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 30-7-2021 06:04 PM
Mcm Mona Fendeyyy

baru nk ckp benda yg sama.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-7-2021 06:54 PM
Takda akaun bank. Takboleh bisnes. Takboleh register SSM, beli kenderaan, aset, bayar staffff

kedai emas dia pun dah dia jual 1 after another kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mane die hidup.. ke die da bawak kua sume cash ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah wooo kalau bankrupt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.094395 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list