CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22995|Reply: 168

[Tempatan] Ivermectin dijual dalam talian harga RM60 - RM740. Beberapa negara henti penggun

[Copy link]
Post time 30-7-2021 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Ivermectin dijual dalam talian pada harga serendah RM60
MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | | 30 Julai 2021

SHAH ALAM – Walaupun keputusan sama ada Malaysia akan membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 hanya akan diketahui pada September ini tetapi ia didapati dijual dalam talian.

Semakan Sinar Harian menerusi platfrom e-dagang mendapati, ubat itu dijual pada harga berbeza bergantung kepada berat, biji atau kotak yang dimahukan oleh pengguna.

Hasil semakan mendapati, harga penjualan ubat ini bermula dari RM60 sehingga RM740.

Di negara ini, selain ia dijual dalam talian, ubat yang digunakan untuk merawat masalah cacing itu juga difahamkan boleh dibeli dari luar negara.

Menurut salah seorang pembeli yang enggan dikenali berkata, dia membeli ubat berkenaan kerana ada pihak yang mendakwa ia dapat merawat Covid-19.

"Saya beli sebagai persediaan kalau-kalau dijangkiti nanti, lebih baik saya cuba dan mungkin menanggung kesan sampingan berbanding mati akibat Covid-19," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas lelaki tersebut, dia menyedari ubat tersebut digunakan untuk merawat cacing dan yakin tidak mendatangkan bahaya.

"Jika boleh makan untuk atasi masalah cacing kenapa tidak boleh makan untuk rawat Covid-19? Lagi pun, memang ada kawan yang sudah ambil dan tidak ada kesan sampingan," ujarnya.
Disyorkan artikel ini:
• Alvin Goh gagal rayuan habeas corpus• Bekas Pengarah Jakoa didakwa salah guna kuasa• Geng William guna teknologi canggih curi kenderaan diberkas

Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan sama ada Malaysia akan membenarkan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 akan diketahui selepas keputusan kajian berhubung penggunaan ubat itu diperoleh pada September nanti.

Setakat ini, jelas beliau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label.

Penggunaan secara off label merujuk kepada penggunaan ubat di luar tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sebelum ini beberapa negara seperti India dan Peru sudah menghentikan penggunaan Ivermectin yang didapati tidak berkesan untuk menurunkan kes Covid-19.

Antara kesan sampingan mengambil ubat tersebut adalah badan akan rasa lemah, muntah-muntah, sakit dada, tangan kaki menggeletar, sakit-sakit sendi, bengkak mata, bengkak kaki dan tangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tak de lah ivermectin mana ada side effects. Ubat2 lain je yg ada kaw kaw side effects bagi cancer terus lalu menjadi china banjir teruk.  Elok je orang makan ivermectin ni tak de masalah pungggg.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 30-7-2021 06:51 PM
Eh tak de lah ivermectin mana ada side effects. Ubat2 lain je yg ada kaw kaw side effects bagi cance ...

apa kaitan ubat cacing dengan banjir?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dijemput abam blastie mencemar duli

haritu dr imelda share negara mana tah hentikan test ivm atas pesakit covid ni sebab takde kesan pon
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:02 PM | Show all posts
Hanya berkesan di uttar pradesh kaki puttar
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun x beli langsung lagi ivermectin walau ada sumber......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu belum lagi yg dapat drug induced hepatitis.  Tapi tak pa according to blastie ivermectin u tuk covid makan 15mg.  That is considered very high dose considering untuk ubat parasit how many mg is based on berat badan.  Itupun one dose only after 3-12 months ambil lagi if parasit still tak hilang.  Imagine yg self medicate yg telan berbiji2 every week or everyday.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 30-7-2021 06:58 PM
dijemput abam blastie mencemar duli

haritu dr imelda share negara mana tah hentikan test ivm a ...

Dr. Rafidah pun dah hint kat twitter dia.  So far tak berkesan so far and statement dia  supported by a few doctors as well.  She is involved in the clinical trial katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 07:07 PM | Show all posts
ohhhh sinar hairan

97% sokong pkp
90% sokong lockdown

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-7-2021 07:03 PM
Aku pun x beli langsung lagi ivermectin walau ada sumber......


Aikkkk...bukan sis yg mklum arie tuuu beli dgn rege rm350...ampun yerr kalo tsilap org...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Zentel bukan ivermectin ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 30-7-2021 07:08 PM
Aikkkk...bukan sis yg mklum arie tuuu beli dgn rege rm350...ampun yerr kalo tsilap org...

X beli.lagi...tapi ada kawan yg jual harga rm350 untuk  100 biji...cer baca balik posting kak tu ada kata kak dah beli x...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 30-7-2021 07:06 PM
Dr. Rafidah pun dah hint kat twitter dia.  So far tak berkesan so far and statement dia  supported ...

ada baca ivm sebabkan kerosakan buah pinggang jugak sebab makan tanpa advice dan monitor dari doctor..nak elak covid, penyakit lain pulak datang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-7-2021 07:10 PM
X beli.lagi...tapi ada kawan yg jual harga rm350 untuk  100 biji...cer baca balik posting kak tu a ...

Woohoohahahaaaa... baik2...maaf yerr..byk sgt info.. smpi terkompius jdknyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 30-7-2021 07:10 PM
ada baca ivm sebabkan kerosakan buah pinggang jugak sebab makan tanpa advice dan monitor dari doct ...

Xperrlaaa..asalkan x matiii...haaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 30-7-2021 07:19 PM
Woohoohahahaaaa... baik2...maaf yerr..byk sgt info.. smpi terkompius jdknyaaa..

Hihi x pe.......kaka ada tanya penjual..entahla.. mungkin beli untuk standby apa2 emergency...ada beberapa forumer yg pm nk ...kalau dah terdesak sangat dah teruk kena covid mungkin boleh guna sekali kut.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 07:29 PM | Show all posts
MeghanK replied at 30-7-2021 06:58 PM
dijemput abam blastie mencemar duli

haritu dr imelda share negara mana tah hentikan test ivm a ...

Duta ubat cacing terkemuka di Forum Cari. Semoga timbalan dia pun masuk sekali dalam thread ni untuk mencemar duli.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 30-7-2021 07:29 PM
Duta ubat cacing terkemuka di Forum Cari. Semoga timbalan dia pun masuk sekali dalam thread ni unt ...

sapa pulak timbalan dia iols haritu thread panjang2 malas dah nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 30-7-2021 07:02 PM
Hanya berkesan di uttar pradesh kaki puttar

sampai ati chuols ckp gitu..uttar pradesh tu benchmark penyokong ivm tauuu..oops
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
actually I xlah kisah sgt pun, taknak amik vaksin covid ke, nak telan ivermectin ke..sbb i faham ada yg bukan antivaksin tapi blom ada keberanian nak amik vaksin..cuma,set2 gini, uols bleh tak jgn pungpang2,terlampau emosi nak tegakkan pendirian korang tu..beli diam2,consume sendiri sudah..ni dok maki KKM lah hape..annoying giler..geng2 proivm kalu korang dok melalak lagi,dok emo x tentu hala, i harap tempat keje korang wajibkan korang amik vaksin..semoga majikan korang set 1 rule, yg xnak vaksin kene terminate @ tindakan tatatertib..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.102433 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list