Post time 31-7-2021 10:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 31-7-2021 10:19 PM
Eh...kaka ambil second dose pada 27hb July baru ni...x kan lama dah 31hb hari ni baru efek vaksin. ...
Pernah terbaca sebelum ni, ada doktor cakap, dalam 2 minggu juga badan akan secara jelas react dengan vaccine ni, untuk build up antibody, etc. Tapi saya baca sekali lalu macam tu je. Mak saya pun, dalam tempoh 2 minggu lepas vaksin, memang saya monitor betul2 la, takut ada over reaction.
Sebelum ni pernah terbaca yg forumer sembuh covid tu, yang rakan sekerja ambil habbatussauda, kurang masalah pernafasan berbanding pekerja lain yg dijangkiti covid.
Sefaham ai , ivermectin yg diberi kat afrika tu guna nama mectizan. 1 tablet = 3mg. Dos diberi ikut berat badan . Digunakan secara besaran utk rawat river blindness dan dikatakan tada efek teruk , if meninggal pun di sbbkan parasit tu sendiri. Kat india pula ada farmasi keluarkan ivejaj , 1 tablet =12mg. Yg jd pertikaian skrg ttg dose yg diperlukan utk rawat covid dikatakan tinggi , tak cukup kajian utk keberkesanan , side efek juga satu isu kan. Ai mmg tak brani la beli ubat secara haram ni, penipu dimana2 , even kuah laksa pun hada letak tisu huhu.
Post time 1-8-2021 02:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
lwyl replied at 30-7-2021 10:42 PM
Nak tanya. Orang tak percaya vaksin ni semua kenapa dia keluar rumah pakai pelitup muka dan sanitasi ...
Desperate antivaxx ni akan dtg menyembah ke spital gak bila dah teruk. My friend share story dia menyesal tak vaksin anak dia (ni vaksin bdk2 bukan vaksin covid) then anak dia kena chickenpox teruk smp nanah2 dia nyesal tak vaksin kn anak dia semata guna mknn sunnah. Skg dah jadi gitu anak2 dia dah divaksinkn ikut jadual
Post time 1-8-2021 08:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Inadori replied at 31-7-2021 10:40 PM
Pernah terbaca sebelum ni, ada doktor cakap, dalam 2 minggu juga badan akan secara jelas react den ...
Oh...tq info cik ina...alhamdulillah hari ni kaka sihat walafiat...
Kaka ada juga pakai satu produk yg kaka beli.dgn harga RM2310...ni elok untuk darah juga....mungkin campuran ubat demam...habatussauda dan produk ni buat cepat sihat...hehe
Post time 1-8-2021 08:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 1-8-2021 08:15 AM
Oh...tq info cik ina...alhamdulillah hari ni kaka sihat walafiat...
Kaka ada juga pakai satu pr ...
Saya just amalkan hanbatussauda kak noor. Dari kecil lagi memang family simpan stok kat rumah.
Semalam tiba2 tekak perit sangat. Biji HS tu tumbuk2 bagi pecah, sedut aroma dia, mensng sampai ke kepala rasa (good for sinus) Lepas tu makan separuh sudu kecil degan raw honey. 2x makan semalam. Alhamdulillah today dah ok. Sore throat totally gone.
Beli seeds dia jauh lebih murah daripada beli supplements yang dah diproses. RM4 kot dalam sepeket (100g or less tak ingat). Simpan dalam bekas kedap udara.
KEPUTUSAN ujian klinikal terhadap ubat Ivermectin oleh KKM bagi merawat pesakit Covid-19 hanya akan diketahui pada September ini. Oleh KOSMO!
1 Ogos 2021, 8:55 am
KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) masih melakukan kajian terhadap penggunaan Ivermectin sebagai ubat merawat pesakit Covid-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun dalam kajian KKM, tetapi dua buah negara iaitu India dan Peru telah menarik balik kebenaran penggunaannya.
“Bila kerajaan kata masih dalam kajian ada orang nak beli juga (ubat Ivermectin secara dalam talian) sebab percaya kepada cerita yang mengatakan ubat itu bagus dan tiada kesan sampingan.
“Bagaimanapun, biar KKM yang berikan saranan mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pemberian vaksin Co-vid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil serta Axiata Arena Bukit Jalil dekat sini semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam sesi penggulungan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 27 Julai lalu memaklumkan seramai 200 pesakit Co-vid-19 telah menyertai kajian itu.
Jelas beliau, kajian itu dikenali sebagai Ivermectin Treatment Efficacy on Covid-19 High Risk Patient dan telah dijalankan di 18 buat hospital kerajaan.
Menurut beliau, keputusan kajian ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 akan diketahui pada September ini.
Semalam Kosmo! melaporkan ubat antiparasit iaitu Iverme-c-tin itu kini dijual secara meluas di internet dan menjadi buruan pesakit Covid-19 yang dikatakan penawar segera kepada penyakit berkenaan.
Ubat yang digunakan kepada haiwan itu hanya boleh diperoleh dengan per-skripsi doktor pakar veterinar turut dijual pada harga tidak masuk akal iaitu mence-cah RM599 untuk 100 biji secara dalam talian.