CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 30/7/2021 450 Kes baharu

[Copy link]
Post time 30-7-2021 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-7-2021 01:12 AM

COVID-19: 450 kes baharu, tiada kematian




KUCHING: Sarawak merekodkan 450 kes baharu COVID-19 hari ini dengan tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif di negeri ini sebanyak 76, 243 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 191 kes diikuti Samarahan 50 kes, Serian 36, Bintulu 27, Simunjan 26 dan Saratok 25 kes.

"Kes positif lain direkodkan di Sibu 20 kes, Asajaya (17), Tatau (13), Miri (9), Lundu (9), Kabong (6), Bau (5), Kapit (3), Tebedu (3), Julau (2) manakala satu kes masing-masing direkodkan di Sarikei, Meradong, Betong, Lawas, Daro, Belaga, Subis dan Pakan," katanya.

Jelas jawatankuasa itu, daripada 450 kes baharu, 297 kes dikesan melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 yang mana 45 kes bergejala dan 252 tidak bergejala.

Selain itu, 67 kes dikesan daripada individu dalam kluster aktif sedia ada yang mana 10 kes bergejala dan 57 tidak bergejala.

Dalam pada itu, 41 kes menerusi saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 42 melibatkan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan tiga kes baharu melibatkan saringan individu yang baru pulang atau masuk dari negeri-negeri lain di Malaysia (Import B) iaitu Labuan (1) Kuala Lumpur (1) dan Negeri Sembilan (1).
JPBSN turut memaklumkan terdapat 158 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih dan dibenarkan discaj kini seramai 70,119 orang atau 91.97 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 5,492 orang.

Dalam pada itu Daerah Asajaya bertukar status dari Jingga ke Merah setelah merekodkan 52 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala Daerah Kapit bertukar daripada Merah ke Jingga, Kabong daripada Kuning kepada Jingga, Lawas dan Daro bertukar status Kuning dari Hijau, Betong daripada Jingga kepada Kuning, Marudi dan Matu daripada Kuning kepada Hijau.



Utusan borneo 30/07/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 09:13 AM | Show all posts
Dua rumah panjang dan dua kuarters pekerja jalani PKPD

KUCHING: Dua rumah panjang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata kedua-dua rumah panjang tersebut ialah Rumah Gilbert Melina Kampung Rawan Illi di Tanjung Bijat Sri Aman  dan Rumah Pitre Ambit Tinting Mawang, Jalan Petai di Sarikei.

"Pelaksanaan PKPD tersebut adalah bermula hari ini sehingga 12 Ogos di Rumah Gilbert Melina dan 16 Ogos di Rumah Pitre Ambit Tinting Mawang," katanya menerusi satu kenyataan.

Terdapat dua lagi lokasi turut dilaksanakan PKPD iaitu kuarters pekerja KL Engineering Sdn Bhd dan kuarters pekerja Parasmak Plywood Sdn Bdn di Bintulu.

"Kedua-dua kuarters pekerja itu juga diarahkan dilaksanakan PKPD bermula hari ini sehingga 11 Ogos nanti," katanya.

Sementara itu, Kampung Seratau, di sini dilanjutkan PKPD bermula 31 Julai sehingga 13 Ogos ini.

"Selain itu, lima lokasi iaitu kuarters pekerja Ponyplasfic, kuarters pekerja Ladang Karisma masing-masing di Bintulu, Rumah Allin Sungai Seleku di Sarikei, Kampung Astana Lot serta Kampung Sungai Bedil Besar di Kuching ditamatkan PKPD.

"Rumah Sap Sungai Tulai Bintangor di Maradong pula dijadualkan tamat PKPD pada 31 Julai ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBNS turut memberitahu sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

"Daripada jumlah tersebut, empat adalah kesalahan tiada penjarakan fizikal, tiada permit rentas daerah (2); pekerja tidak memakai pelitup muka semasa bekerja (2); dan tidak mengimbas MySejahtera atau mencatat kehadiran satu kes," katanya.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sehingga hari ini adalah sebanyak 9,583.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2021 09:14 AM | Show all posts
Sembilan kluster COVID-19 baharu di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sembilan kluster baharu dan tujuh daripada jumlah itu melibatkan kluster komuniti, manakala selebihnya kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu Serian merekodkan empat kluster baharu iaitu Kluster Kampung Paon Rimu, Kluster Melikin, Kluster Kerina dan Kluster Kampung Sungai Duuh.

"Manakala Tatau mecatatkan dua kluster baharu iaitu Kluster Sungai Sangan dan Kluster Kinda Kilometer 18, Daerah Bau satu kluster baharu iaitu Kluster Bunga Rampai. Dua lagi kluster baharu adalah Kluster Peligong Saratok dan Kluster Tanjung Tuang, Kota Samarahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut empat kluster baharu di Serian, JPBNS memaklumkan, Kluster Kampung Paon dikesan melibatkan penduduk di Kampung Paon Rimu, Jalan Mentung-Sangai dalam Serian.

"Seramai 62 orang telah disaring yang mana 21 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 32 individu didapati negatif, sembilan individu masih menunggu keputusan dan tiga kes baharu dilaporkan pada hari ini," jelasnya.

Tambahnya, kesemua mereka telah di tempat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Serian, Hospital Sri Aman, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Serian dan PKRC Sri Aman.

Kluster Melikin, Serian pula, katanya, kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja sebuah estet kelapa sawit di Jalan Serian-Sri Aman, Melikin dalam Serian yang mana 157 orang telah disaring.

Jawatankuasa itu memberitahu, daripada jumlah itu 46 orang didapati positif termasuk kes indeks, 103 individu didapati negatif, lapan individu masih menunggu keputusan dan tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini yang mana kesemua mereka terlibat telah ditempatkan di Hospital Serian, Hospital Sri Aman, PKRC Serian dan PKRC Sri Aman.

"Kluster Kerina, Serian pula merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di tiga lokaliti iaitu Kampung Cina, Kampung Kemayau dan Kampung Riih Daso
dalam Serian yang mana 23 orang telah disaring.

"Daripada jumlah itu, 15 orang didapati positif termasuk kes indeks, empat individu didapati negatif, empat individu masih menunggu keputusan yang mana kesemua mereka ditempatkan di Hospital Serian dan PKRC Serian," katanya.

Kluster Kampung Sungai Duuh, Serian pula merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di sebuah kampung yang terletak daerah kecil Siburan dalam Serian yang mana 64 orang telah disaring.

Daripada jumlah itu, kata JPBNS, seramai 28 orang didapati positif termasuk kes indeks, 24 individu didapati negatif, 12 individu masih menunggu keputusan dan lapan kes baharu dilaporkan pada hari ini yang mana kesemua mereka ditempatkan di Hospital Serian, Hospital Sri Aman, PKRC Serian dan PKRC Sri Aman.

Sementara itu, dua kluster baharu di Tatau, Kluster Sungai Sangan yang merupakan kluster komuniti, dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Jalan Sangan, kawasan Sungai Sangan.

"Seramai 50 orang telah disaring yang mana tujuh orang didapati positif termasuk kes indeks, 43 individu masih menunggu keputusan dan enam kes baharu dilaporkan pada hari ini.

"Manakala Kluster Kinda Kilometer 18 pula merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan kilang di bawah PKPD yang terletak di Kemena Land District (KINDA), Tanjung Kidurong dalam Bintulu yang mana 85 orang telah disaring," jelasnya.

Daripada jumlah itu, 10 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 75 individu masih menunggu keputusan termasuk 10 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Tambah jawatankuasa itu, kesemua mereka ditempatkan di Hospital Bintulu dan PKRC Bintulu.

Bagi Kluster Bunga Rampai di Bau pula, ia melibatkan kluster komuniti yang dikesan membabitkan empat buah keluarga di sebuah kampung yang terletak di Banjaran Serapi, Matang dalam daerah Bau yang mana seramai 96 orang telah disaring.

Daripada jumlah itu seramai 35 orang didapati positif termasuk kes indeks, 39 individu didapati negatif dan 22 individu masih menunggu keputusan.

"Kesemua mereka ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching," ujarnya.

Kluster Peligong di Saratok pula melibatkan kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah PKPD yang terletak di kawasan Peligong Sebetan dalam Saratok yang mana seramai 163 orang telah disaring.

Daripada jumlah itu, 27 orang didapati positif termasuk kes indeks, 134 individu didapati negatif, dua individu masih menunggu keputusan dan 23 kes baharu dilaporkan pada hari ini yang mana kesemua mereka ditempatkan di Hospital Saratok, PKRC Betong dan PKRC Sarikei.

Kluster Tanjung Tuang, Kota Samarahan pula merupakan kluster komuniti dikesan melibatkan penduduk sebuah perkampungan di bawah PKPD yang mana  seramai 553 orang telah disaring, 84 orang didapati positif termasuk kes indeks.

Manakala 469 individu didapati negatif dan empat kes baharu dilaporkan pada hari ini yang mana kesemua mereka terlibat ditempatkan di Hospital Pusat Jantung Umum Sarawak dan PKRC UNIMAS.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan tiga kluster ditamatkan iaitu Kluster Muara Tabuan, Kluster Jalan Renggas di Kuching dan Kluster Sungai Gamong di Meradong selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Manakala sebanyak 84 kluster masih aktif di Sarawak yang mana 74 kluster tidak merekodkan penambahan kes baharu dan 10 lagi kluster merekodkan penambahan kes baharu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.607940 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list