CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3738|Reply: 5

[Sarawak] Darurat: Pilihan Raya Ke-12 Sarawak ditunda lagi

[Copy link]
Post time 31-7-2021 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Darurat: Pilihan Raya Ke-12 Sarawak ditunda lagi


KUCHING: Proklamasi Darurat yang berakhir pada Ahad, 1 Ogos 2021 akan diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari depan.

Ini sekali gus bermakna bahawa PRN-12 Sarawak akan juga ditangguhkan lagi kerana ia hanya akan dapat diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh darurat tamat
Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak sepatutnya berakhir pada 6 Jun lalu.

Susulan penguatkuasaan darurat pada 12 Januari hingga 1 ogos, maka PRN-12 tidak boleh diadakan.

Proklamasi baharu itu telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada Khamis lalu namun perlu terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Proklamasi yang dikeluarkan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan diterbitkan dalam warta kerajaan pada Jumaat, 30 Julai.

Warta tersebut menyatakan Seri Paduka Baginda yang merupakan ketua utama negara bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia menzahirkan rasa puas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19.

“Bahawasanya menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak telah sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021, tetapi Fasal (3) Perkara 21 tidak mempunyai kesan menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] yang menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri,’ katanya.

“Perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 mengikut Proklamasi Darurat [P.U. (A) 7/2021] yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri dikehendaki untuk diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos 2021 mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Titah Seri Paduka Baginda, Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut baginda boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak COVID-19 jika pilihan raya umum diadakan.

“Maka, oleh yang demikian, beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada beta sebagaimana yang tersebut di atas mengisytiharkan bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan bahawa Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022,’ kata baginda lagi.


sarawakvoice.com/2021/07/31


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 09:27 AM | Show all posts
Darurat di Sarawak dilanjutkan hingga 2 Feb 2022



KUCHING: Tempoh Darurat di Sarawak dilanjutkan hingga 2 Februari tahun depan.

Ini bermakna Pilihan Raya Negeri Sarawak hanya akan boleh diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berkenaan.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:07 AM | Show all posts
Alhamdulillah ...

Terimakasih kerana prihatian

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:09 AM | Show all posts
Rakyat lebih penting dari Politik...

belajar dari kesilapan yang d buat masa kat Sabah aritu...


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrr Alhamdulillah

Semoga cepat2 kita ke fasa 3 dan fasa 4. Semoga varian delta lenyap di muka bumi sarawak tok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:09 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 31-7-2021 01:52 PM
Syukurrrr Alhamdulillah

Semoga cepat2 kita ke fasa 3 dan fasa 4. Semoga varian delta ...
aamiin

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.123599 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list