CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 14

Remy Ishak bakal berganding dengan Puan Sri Tiara Jacquelina?

[Copy link]
Post time 31-7-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Remy mangsa cemburu buta


Remy mula kekok bekerjasama apabila kekasih heroin gandingan cemburu hingga berdepan dengan situasi yang tidak profesional.

KUALA LUMPUR: Terlalu kerap membawakan watak lelaki romantik di kaca televisyen meletakkan aktor kacak, Remy Ishak, 39, dalam situasi yang agak kurang menyenangkan.

Selain bimbang dilabel 'stereotaip', Remy turut mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa cemburu pasangan heroin yang digandingkan dengannya dalam drama.

Luah Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, sikap penuh prasangka dan tidak memahami kerjaya pasangan sendiri sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya kerana terpaksa berdepan dengan situasi tidak profesional.

"Ada pasangan yang cemburu apabila kekasihnya berlakon dengan saya. Boleh dikatakan ia kerap juga terjadi.

"Susah juga apabila ada yang cemburu kerana ia membuatkan saya menjadi kekok apabila nak bekerja. Perkara seperti inilah yang membuatkan saya rasa ralat," katanya kepada BH Online.

Selama 15 tahun berada dalam lanskap kerja seni, pelakon yang mula meniti populariti menerusi drama rantaian Nur Kasih itu menegaskan, dia sentiasa mendahulukan profesionalisme dalam kerjaya.

"Saya sudah lama berada dalam bidang seni, kenapa perkara seperti ini berlaku sekarang? Saya tidak pernah meletakkan batasan dan sentiasa sudi mahu memberi peluang berkongsi pengalaman bersama pelakon lain.

"Namun, apabila jadi begini, ia akan meletakkan diri saya dalam keadaan serba salah," kata Remy sambil tertawa.

Diusik apakah perasaan cemburu timbul berikutan bimbang pasangan akan jatuh cinta dengannya, pantas Remy menafikan perkara itu.

"Jika nak kata cinta lokasi, memang tidak logik. Lagipun, sudah lama saya tidak terjebak dengan cinta lokasi.

"Namun, jika ia benar-benar berlaku, bukan salah saya. Lagipun soal jodoh, semuanya terletak di tangan Tuhan. Saya hanya berharap orang memahami perkara ini," jelas pelakon filem Dendam Pontianak dan Pulang ini.


Remy semakin memilih watak, cuba elak kisah percintaan klise yang sering disogokkan kepada penonton.

Pada saat ini, Remy berkata, dia semakin memilih watak dan cuba elak kisah percintaan yang klise yang sering disogokkan kepada penonton.

"Tidak dinafikan, banyak tawaran yang saya tolak terutama membabitkan kisah cinta. Bukan mahu meninggi diri, tetapi saya perlukan angin perubahan selepas 15 tahun dalam bidang lakonan.

"Jika tengok drama sekarang, jalan cerita lebih kurang sama dan yang berubah hanyalah pelakon. Bukan saya jemu, tetapi saya tetap akan pertimbangkan jika kisah cinta yang diketengahkan ada kelainan.

"Lagipun, sekarang kita ada ramai pelakon pelapis. Berilah mereka peluang membawakan watak sedemikian," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, aktor berkulit hitam manis itu teruja apabila drama web bersiri berjudul Keluarga Baha Don musim ketiga sudah ditayangkan di saluran penstriman Viu sejak kelmarin.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, drama komedi aksi itu menyaksikan julung kalinya Remy berkongsi skrin sama dengan pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina.

"Apabila mendapat tahu Tiara bakal bersama dengan pasukan drama Keluarga Baha Don untuk musim ketiga, saya teruja dan gementar.

"Bayangkan, pergi uji bakat teater muzikal Puteri Gunung Ledang pun saya gementar, inikan pula nak berlakon dengannya.

"Secara kebetulan, banyak babak membabitkan kami bersama. Mujur, dalam drama ini, wataknya banyak marahkan saya. Jika saya yang kena buat seperti itu, tidak tahulah bagaimana," cerita Remy yang memegang watak Jo Don.

Remy kini terbabit dalam produksi HBO untuk sebuah filem seram. Bagaimanapun, proses penggambaran terpaksa dihentikan disebabkan pandemik.

Selain Remy, Keluarga Baha Don musim ketiga turut menampilkan pelakon terkenal seperti Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron dan Tony Eusoff.

Turut diperkenalkan dalam musim ini adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Tiara yang membuat kemunculan semula selepas 17 tahun berhenti berlakon.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hero tua vs heroin tua
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm tk teruja nk tgk ml&fl kertu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:24 AM | Show all posts
Tiara kamon la.
Bayo2 akak dh ko.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti si buban yg jeles bini dia berlakon ngan wemy
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Calling @Ritacomels karatz bamwemy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tlg la industri malaysia ni amikla pelakon2 yg herlok2 sikit xkertu sgt tp bole berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
go go bam remy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 07:49 PM | Show all posts
Oh abam remy...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Wemy ni kenapa orang cakap dia hensom? Iols tengok cam bangla keje kilang On je. Silap2 bangla tu lagi menggiurkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde yang nak speku ke pasangan heroin mana yg kuat jeles tu???? Membuak2 curiousity iols!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bf gf ke dlm cite tu..bamwemy ni awat xkawen lg eh..dlu rembes jgk..skrg kurang
si tizzy pun xkawin lg..rujuk la balik..tp tizzy tu terselah mcm ting tong kekadang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi mak remy ok le. Adeh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiara ni if die kuar duit.. Die mesti nk jd heroin.. So kenot say much ley... Abam wemy smoga u olls berjaya kembalikan aura Adam hassan yer.. La ni if you olls lalu depan pun mgkin I olls pandang pun idok... Next!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 31-7-2021 11:46 AM
Calling @Ritacomels karatz bamwemy

Hahaaaa wowww I loike hahaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.070284 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list