CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 1

[Dunia] Arab Saudi buka semula sempadan 1 Ogos

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2021 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi buka semula sempadan 1 Ogos


GAMBAR hiasan

Riyadh: Arab Saudi mengumumkan untuk membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap bermula 1 Ogos ini selepas menutupnya selama 17 bulan berikutan pandemik Covid-19, lapor agensi berita negara ini.

Bagaimanapun, Riyadh dilapor tidak mengumumkan sebarang penarikan balik sekatan terhadap ibadah umrah yang lazimnya ditunaikan jutaan jemaah dari seluruh dunia, setiap tahun.

"Kementerian Pelancongan mengumumkan negara akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan pemegang visa pelancong, bermula 1 Ogos ini," lapor Saudi Press Agency.

Menurutnya, pengembara yang sudah menerima imunisasi lengkap dengan suntikan vaksin diluluskan Arab Saudi - Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson - akan dibenarkan untuk memasuki negara ini 'tanpa perlu menjalani kuarantin di institusi kuarantin.'

Namun, ia dengan syarat keputusan ujian saringan PCR Covid-19 dibuat dalam tempoh 72 jam terakhir adalah negatif, selain mendaftarkan butiran diri dengan pihak berkuasa kesihatan.

Riyadh telah membelanjakan kos besar untuk membangunkan industri pelancongannya, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi yang bergantung pada hasil minyak.

Negara ini julung kali mengeluarkan visa pelancong pada 2019 dalam usaha memperbaiki imejnya pada peringkat global serta menarik kunjungan pelawat.

Sebanyak 400,000 visa itu dikeluarkan antara September 2019 hingga Mac 2020 sebelum pandemik menjejaskan momentum itu dengan penutupan sempadan.

Penularan wabak itu memberi kesan terhadap pelaksanaan ibadah haji serta umrah yang lazimnya berupaya menjana pendapatan AS$12 bilion setiap tahun kepada negara ini sebelum pandemik berlaku.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 12:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094639 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list