CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2162|Reply: 9

Niezam Zaidi Kongsi rasa kru belakang tabir

  [Copy link]
Post time 31-7-2021 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Kongsi rasa kru belakang tabir


NIEZAM risau dengan jumlah kes jangkitan baharu harian Covid-19 yang masih lagi tinggi.

MELIHAT situasi pandemik Covid-19 dari pelbagai perspektif memberi pelbagai gambaran yang bermain dalam fikiran pelakon, Niezam Zaidi ketika ditanya mengenai industri seni kreatif tanah air.

Banyak perkara yang ditimbang tara pelakon ini ketika ditemu bual dan ditanya pendapatnya mengenai keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penggiat seni.

"Saya pun tak tahu macam mana nak cakap. Tapi, bagi saya, saya lihat dari pelbagai perspektif. Kalau kita akan dibenarkan menjalani penggambaran tak lama lagi, Alhamdulillah.

"Dari sudut pandang lain, saya juga turut merasa risau dengan jumlah kes jangkitan baharu harian yang masih lagi tinggi lebih-lebih lagi di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Tidak mahu sekadar melihat keperitan yang dilalui sendiri, Niezam juga berkongsi perjuangan sama yang dirasakan oleh kru-kru belakang tabir.

"Mereka antara yang paling terjejas dalam industri seni kreatif tanah air kerana gaji dan pendapatan mereka adalah bergantung kepada projek dan kerja.

"Jadi, andai kata situasi (tidak dibenarkan memulakan penggambaran) ini berterusan dalam satu jangka masa yang panjang, bagaimana dengan mereka?" katanya.

Ditanya mengenai lambakan pelakon baharu yang mengisi layar kaca TV drama serta filem tanah air, Niezam juga berkongsi sedikit pendapatnya yang mementingkan kualiti.

"Semuanya berbalik kepada kualiti. Saya sendiri tak kisah kalau ada ramai pelakon baharu. Tapi, orang nak tengok kualiti.

"Kalau ada pelakon baharu yang tak pandai berlakon dan belajar dari kesilapan selepas menerima teguran, tak mustahil mereka akan menghasilkan hasil kerja yang lebih berkualiti selepas itu," katanya.

Terbaharu, Niezam bergandingan dengan beberapa pelakon antaranya, Scha Elinnea, Nadia Aqilah dan ramai lagi menerusi drama terbaru TV3, SitikTok.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni muncul balik drama2 sampah yg klise, buatkan acik2 hidup dalam dunia pantasi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:23 PM | Show all posts
I mcm terlepas pandang.. niezam ni berlakon cte ape ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sitik tok tu berkualiyi ke. Hilang bakat unggul beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ieqa140388 replied at 31-7-2021 12:23 PM
I mcm terlepas pandang.. niezam ni berlakon cte ape ?

Latest dia berlakon dlm Filem mama, jadi penjahat yg rogol anak nabila Huda..

Awal2 dulu berlakon dlm telemovie jalan puncak alam

Dalam drama cindai TV3 dia jadi laki Catriona rose
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
1st tgk niezam ni berlakon dalam telefilem beringin, dengan sara ali..best dia ni berlakon tapi xberapa nak glamer kotnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
so ape gossipnye.. kalu kru blkg tabir susah xde keje, org lain pun susah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ieqa140388 replied at 31-7-2021 12:23 PM
I mcm terlepas pandang.. niezam ni berlakon cte ape ?

Heshe ada gak berlakon movie Sangkar.
Jadi bff Remy Ishak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 1-8-2021 02:39 PM
Heshe ada gak berlakon movie Sangkar.
Jadi bff Remy Ishak.

Alamak.. movie tu xpernah tgk. No wonder xprasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 03:12 PM | Show all posts
Dia ni banyak berlakon filem keluaran MIG/metrowealth...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.431055 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list