CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 12

[Sarawak] Payudara membesar selepas suntikan Pfizer adalah normal

[Copy link]
Post time 31-7-2021 10:07 AM | Show all posts |Read mode





SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Sebilangan pakar berpendapat simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer sebenarnya tindak balas imunisasi yang berlaku selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan, adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi.

“Saya pasti beratus-ratus ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom kanser payudara.
Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat.

Selain di AS, perkara serupa turut dilaporkan di seluruh dunia, di mana ramai wanita mendakwa payudara mereka membesar selepas menerima suntikan vaksin Pfizer sekali gus mewujudkan istilah ‘pembesaran payudara Pfizer’.

Menurut beberapa pakar, selain sakit tekak atau simptom  seperti selesema, payudara membengkak boleh berlaku kepada sesetengah individu selepas mendapatkan suntikan.

Bagaimanapun, Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan keadaan bengkak seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca. – AGENSI  


https://www.kosmo.com.my/2021/07/27/payudara-membesar-selepas-suntikan-pfizer-adalah-normal/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 10:10 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 31-7-2021 02:31 AM



Aku buka thread kat sini sebab just nak share lepas vaksin (Sinovac)
1. kuat makan
2. cepat ngantuk
3. cepat penat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku number 1...yg xbestnya ada org cobid kat pusat vaksin time aku dtg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke..aku dapat pfizer. Rasa cam sama je. Xde beza pun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 31-7-2021 10:10 AM
Aku buka thread kat sini sebab just nak share lepas vaksin (Sinovac)
1. kuat makan
2. cepat ng ...

Wahhh..macam kena ganja ehh?kuat makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pfizer 1 dose, so far takada pun tindakbalas bagai dikata tu. 2nd dose tak tahu lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Asudahhhh, tak ku perasan pulak ada beza ke tak... Asalkan masih ada pun syukurrrr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita mengalami simptom seperti selsema selepas mengambil Pfizer. Tekak sedikit sahaja rasa kurang selesa. Suhu badan masih normal. Manakala kawasan vaksin (lengan) lenguh untuk 2 hari pertama. Hari kedua rasa sakit bila lengan terhimpit. Mujur hari ketiga dan seterusnya lengan dah berkurangan sakitnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg asal kecik elok la...

tapi yg dah sejak azali mcm buah tembikai size xxxxl, makin teruk la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 31-7-2021 01:03 PM
Kita mengalami simptom seperti selsema selepas mengambil Pfizer. Tekak sedikit sahaja rasa kurang se ...

Simptom lengan Lenguh dgn kwsn kat injek tu sakit bila terhimpit sama dgn aku..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg mengelupor mengelejat diva ala2 yg sorang tu nak ambik Pfizer reject Sinovac kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 31-7-2021 10:10 AM
Aku buka thread kat sini sebab just nak share lepas vaksin (Sinovac)
1. kuat makan
2. cepat ng ...

Errr 2 tu tepat sekali cuma penat tu tidak tp gelenyar ciked hahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:31 PM | Show all posts
Lain orang lain kesannya . Ada yang hanya bengkak di lengan, ada yang bengkak di bahu, ada yang bengkak di payudara. Itu semua sementara. pun dah jadi berita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.484066 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list