CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22902|Reply: 168

[Tempatan] 19 sudah meninggal, 1000 dikuarantin tetapi kilang masih dibenar beroperasi

  [Copy link]
Post time 31-7-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 1-8-2021 12:54 PM

15 sudah meninggal, 1000 dikuarantin tetapi kilang masih beroperasi
Oleh MALAYSIA DATELINE / July 30, 2021




Kerajaan diminta menguatkuatkan SOP mereka dengan menutup sebuah kilang yang beroperasi di Tanjung Agas, Muar, Johor kerana ia masih kekal beroperasi walaupun sudah 15 kakitangannya sudah meninggal dunia akibat Covid-19.

Pekerja ini mula meninggal bermula 13 Jun lagi apabila dua petugas meninggal pada tarikh itu dan yang terakhir pada 28 Julai kelmarin.

Menurut satu iklan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar Cina, kilang itu mengucapkan tahziah kepada 15 pekerja mereka yang meninggal dunia itu.

Menurut satu posting yang dibuat di media sosial, 1,000 pekerja kilang itu telah dikurantin tetapi kilang elektronik itu masih beroperasi.

“Mohon kerajaan berikan perhatian sebelum ramai lagi yang ‘terbunuh’ di kilang elektronik ini yang terletak di Muar, Johor.

Dua hari lalu, seorang netizen memaklumkan seorang sahabat beliau meninggal.

“Hari ini sahabat saya Mohd Fuad Yusuf telah menjadi mangsa ke-15 pekerja **** di Tg Agas Muar/Tangkak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di kilang.

“Ini tidak termasuk ahli keluarga ayah, ibu, suami, isteri dan anak yang juga telah meninggal dan dikuarantin kerana dijangkiti kluster kilang ini.


“Mudah-mudahan Allah bukakan hati sahabat saya *****  dan pengurus-pengurus kilang yang WFH (bekerja dari rumah) untuk melihat dan ambil langkah keselamatan dan kebajikan pekerja dari memikirkan pengeluaran,” tulis beliau.

Beliau juga menyenaraikan 15 kakitangan kilang elektronik itu yang telah meninggal dunia bersama dengan bahagian tugas dan tarikh mereka meninggal dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2021 05:40 PM | Show all posts
KENAPA KERAJAAN MSH BENARKAN KILANG INI BEROPERASI
28-07-2021 : Innalillahi wainnailaihi rojiun..
Hari ini sahabat saya Mohd Fuad Yusuf telah menjadi mangsa ke-15 Pekerja STMicroelectronics Tg Agas Muar/Tangkak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid19 di kilang. Ini tidak termasuk ahli keluarga ayah, ibu, suami, isteri dan anak yang telah meninggal dan dikuarantin kerana dijangkiti Kluster STMicroelectronics.
Mudah2an Allah bukakan Hati sahabat saya Shahrom Tumin dan pengurus2 kilang yang WFH untuk melihat dan ambil langkah keselamatan dan kebajikan pekerja dari memikirkan pengeluaran.
Pekerja STMicroelectronics Tg Agas yang telah meninggal dunia kerana jangkitan Covid19 di kilang adalah :
1. Aisyah *QC* (13-06-2021)
2. CM PEK SOIC (15-06-2021)
3. Halita *SOIC Cover Block P* (14-07-2021)
4.Salimah Ismail *FINISHING* (15-07-2021)
5. Abang Lan *QFP Assy* (16-07-2021)
6. Kak Yatie *FINISHING* (17-07-2021)
7. Norliana *QC* (16-07-2021)
8. Esah bte Jaafar *QFP* (19-07-2021)
9. Zuraini Paiman *NPL* (24-07-2021)
10. Rohani Atan *BGA T3* (25-07-2021)
11.Mohd Fizal *FINISHING* (26-07-2021)
12. Rahimah Abd Rahman /PSSO EOL (27-07-2021)
13. Mohd Jasmi bin Nyompah /QFP TEST (27-07-2021)
14. Zuraimi /PLATING (27-07-2021)
15. Fuad Yusuf /PLATING (28-07-2021)
Hampir 1,000 pekerja telah dikuarantin, tetapi kilang masih beroperasi seperti biasa. Mohon kerajaan berikan perhatian sebelum ramai lagi yang ‘terbunuh’ di kilang STMicroelectronics.
Takziah buat semua keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah serta Mendiang. Bertabahlah…
Mohon SHARE agar kerajaan dan KKM tahu apa yang berlaku di ST!
#kitajagakitaAllahjagakita
#JagaJarak
#jagaSOP

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak tutup kilang ni & deep sanitizing? PKD tak de tindakan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:39 PM | Show all posts
dah vaksin ker belum tu. kilang sepatutnya ambiklah tanggunjawab vaksinkan semua pekerja dia kalau tamak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 31-7-2021 05:37 PM
Kenapa tak tutup kilang ni & deep sanitizing? PKD tak de tindakan?

Kuasa PKD hanyalah merobohkan parking berbumbung di kawasan kejiranan dan meyaman peniaga2 kecil mengikut julat bangsa sahaja.

Lain2 kerja, luar bidang tugas. Tegas PKD
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 31-7-2021 09:40 AM
Kuasa PKD hanyalah merobohkan parking berbumbung di kawasan kejiranan dan meyaman peniaga2 kecil m ...


Bersungguh2 iols baca. Ingatkan kenyataan rasmi. Lepas tu baru perasan sarcasm rupanya. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 31-7-2021 05:40 PM
Kuasa PKD hanyalah merobohkan parking berbumbung di kawasan kejiranan dan meyaman peniaga2 kecil m ...

Itu PBT tsk akak oii?ini mcm kes kilang ssrung tangan le ni....tp time kilang sarung takde kematian tak tinggi mcm ni kan?ni pekena delta la kot...rsnya yg mati ni seme locsls ek?pokcik miti ada ada kisah..klustee kilang mana ada tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya tengok wajah arwah2 tu. Dah berusia kebanyakannya, apa nasib keluarga diorang terutamanya yg breadwinners. Kilang ada bagi pampasan ke? Dah kalau 15 org terkorban, tutuplah kilang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kps semua ahli kluarga yg meninggal dunia..
Knp kilang klu ada kes positif xttp..ofis husb 5 org positif kkm dtg ofis dan diarahkan ttp 14 hari
Adk ipar keje kilang nestle ckp hr2 ada je yg positif kt kilang.. mmg xttp..just close contact kena kuarantin..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:51 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 31-7-2021 08:43 PM

lagikan muar area kampung tu pun mencanak2 kluster kilang,ini kan pulak kl/selangor yg kiri kanan penuh ngn kilang tuh.no wonder la kes lembah klang tinggi sokmo..tapi menteri MITI si assmin x nak ngaku kluster kilang penyumbang terbanyak kes kobit,siap usung carta pai mcm cikgu sekolah dlm parlimen sbg bukti.ujung2 kena bahan ngan pembangkang..

cepat2 la melingkup  #kerajaanpembunuh  ni sblm lebih ramai rakyat x berdosa jadi korban
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:54 PM | Show all posts
PM adik2 bukan si sembab itu tetapi yang mamarintah nagara ini ialah Tauke kilang


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:56 PM | Show all posts
mimi_ayu replied at 31-7-2021 05:48 PM
Takziah kps semua ahli kluarga yg meninggal dunia..
Knp kilang klu ada kes positif xttp..ofis husb  ...

taukeh kilang lah yang parlu disambah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lebih penting parlimen isnin ini ditangguhkan...

its official now...

masak la kita semua kena checkmate dgn abahcow


kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:58 PM | Show all posts
tiada laporan kes positif covid dibuat ke sampai kilang ni masih beroperasi? pihak kilang menyorok kes covid?
harap yg bertanggung jawab dpt covid kiok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid kat muar mengganas.....
Makin hari makin byk kes
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I dont think gomen care pon. Sejak kilang topgloves tu tgk mcm mana media US buktikan betapa hauk nya perangai2 cina pek tokey kilang ni tp nobody cares sbb diaorang bg duit secara halal n haram pd kerajaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 06:06 PM | Show all posts
Anak ha*** betul yang jawatan atasan/ pengurus2 tu semua  mesti ramai bangsa leluhur, tau pun kau takut covid, pandai kau nak wfh kan! Yang operator2 ni ko biar bergadai nyawa g keje tiap2 hari walau kes banyak kat kilang tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:11 PM | Show all posts
Edited by Innrukia at 31-7-2021 06:14 PM

Besar kilang ni dekat rumah mak mertua adik aku. Ni jenis management kilang kicap sbb tu berbelas mati & beribu kuarantin pun duk jalan lagi. Pihak berkuasa plak acah cilok ..Company aku keje ni 4 org positive & sorg meninggal kemarin. Punca dari sedara mara depa. Itu pun letih aku kena sedia itu ini. MD & boss aku plak kena p tenangkan colleagues yg keja sekali dgn mendiang. Alhamdullillah 90% pekerja & contractor dah vaksin. Hopefully ini fatality yg pertama & terakhir covid utk company aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga company yg tak berhati perut cepat melingkup...aamiin ya rab
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah Ya Tuhanku sedihnye tgk.. mmg kilang ni power smpai x boleh kacau.. Al Fatihah kpd semua arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.190582 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list