Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
13564
View
58
Reply

[Politik] Sidang Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh atas arahan PM

[Copy link]

Author: Abahmung       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2021 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 1-8-2021 11:04 PM

Sidang Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh atas arahan PM
Oleh MALAYSIA DATELINE / July 31, 2021




Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang hanya tinggal sehari sahaja lagi Isnin ini telah ditangguhkan atas arahan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.

Menurut surat berkenaan, Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa sidang Mesyuarat Khas pada 2 Ogos ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Pemakluman itu Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Penangguhan ini adalag selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perkembangan terbaru COVID-19.

Di mana pihak KKM mendapati Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan COVID-19.

Oleh itu saya diarahkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahuan kepada Ahli Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin 2 Ogos ini,kata Setiausaha Dewan Rakyat.

Single Polls, Total 60 Users voted

Poll is finished

16.67% (10)
73.33% (44)
10.00% (6)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-7-2021 06:38 PM
Bkn ke ada kes positip? Sbb tu tutup?

Kilamg tu lgi byk kes postep jeming palat tu kasi bukak je??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-8-2021 10:51 PM | Show all posts
Walau sidang ditangguh, MP tetap akan berkumpul di Parlimen pagi esok
Malaysiadateline.com / August 1, 2021




Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, wakil rakyat blok pembangkang tetap akan berkumpul di Dewan Rakyat esok walaupun Mesyuarat Khas sudah ditangguhkan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, keputusan itu muktamad selepas kerajaan dilihat menggunakan pelbagai helah untuk menangguhkan sidang Parlimen.

Apapun yang berlaku, kita akan pergi ke Parlimen beramai-ramai jam 9.30 pagi esok.

Kami akan cari mana-mana kawasan di Parlimen. Harap tidak tutup pagar. Kami masih Ahli Parlimen yang sah, tegasnya dalam bual bicara menerusi slot Studio 137 sebentar tadi.

Shamsul turut menegaskan tiada halangan untuk sidang Dewan Rakyat diteruskan memandangkan kebanyakan Ahli Parlimen sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Kita mahu Parlimen terus bersidang. Jangan ada helah. Ini tunjuk perasaan kami sebagai wakil rakyat.

Perdana Menteri menggunakan pelbagai alasan termasuk Covid-19, tegasnya lagi.

Menjawab soalan kemungkinan kehadiran Ahli Parlimen esok menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, esoknya sememangnya detik amat penting.


Esok penting untuk kita zahirkan solidariti menolak Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

InsyaAllah, kita akan saksikan esok mereka (Ahli Parlimen) yang bersama dengan kita. Dalam blok pembangkang, kita sudah bermuafakat, katanya.

Sehubungan itu, Shamsul menyeru kepada Ahli Parlimen lain untuk membuat ketetapan memandangkan negara ini sudah hilang haluan dan memerlukan kepimpinan yang baharu.

Kita perlukan kapten (Perdana Menteri) baharu dan pasukan (kerajaan) yang baharu. Kita menggunakan Parlimen untuk tujuan tersebut, jelasnya lagi dalam forum bertajuk, Langgar Perlembagaan, Tangguh Parlimen, Kerajaan PN Makin Terdesak? itu.

Seorang lagi panel forum selama 1 jam 16 minit itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan.

Semalam, notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat memaklumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penangguhan persidangan berkenaan dikatakan selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19, KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan itu.

Kelmarin, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata 11 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya persidangan berkenaan, dengan 10 kes positif dikesan melalui Kit Ujian Rapid Antigen (RTK Ag) menggunakan air liur, manakala satu lagi menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR).

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu dijadual berlangsung selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat, manakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama tiga hari mulai 3 Ogos.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:55 PM | Show all posts
DG sila jawab..

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
masakkkkkkkkkkkkkk

kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata DG/KKM diperguna kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak akan tangguh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jgk tu.  takda lg bunyi monyet , lotong dlm zoo menjerit pekik.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow akan fully exhaust every single trick in the book to cling to power. Sack me if you can!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seminggu bersidang apa faedah rakyat dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever same old same old
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:38 PM | Show all posts
Dah agakkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke ada kes positip? Sbb tu tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah

Keputusan yang terbaik utk semua rakyat malaysia

Elok la dari tengok parlimen dah mcm zoo madagaskar

sokong sepenuhnya kepimpinan YAB PM
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah dijangka... X terkejut pun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:43 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 1-8-2021 03:18 PM

Punya la takut nak bersidang, sampai perguna KKM untuk selamatkan Mahiaddin & kerajaan PN utk terus berkuasa..


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setujoo si sembab cirit ni buat bodoh jer dgn semua desakan ke ats diri dia.aku jijik la tgk gay tua masih lagi jadi ketua oppo.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku syak PRU 15 akan dibatalkan kerana Covid..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Woi tongong, time korang berkumpul ramai2 kt rumah moodin tu boleh pulak? Sbb tu la dodol doakan laknat2 yg berkumpul sana tempoh hari semua nazak kena covid stage 5! Biar cash terus ramai2 pengkhianat kojol!!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-7-2021 07:27 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 31-7-2021 07:30 PM

Jangan peralat Ketua Pengarah Kesihatan untuk tutup Parlimen
Oleh MALAYSIA DATELINE / July 31, 2021



Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini.

Bagaimanapun, menurut Majlis Presiden PH Ketua Pengarah Kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Majlis Presiden menggesa semua pihak termasuk pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan untuk tidak bersekongkol dengan Kerajaan Perikatan Nasional untuk melakukan helah untuk sengaja menutup sidang Parlimen pada Isnin ini


Isu jangkitan COVID-19 tidak boleh dan tidak patut dijadikan alasan untuk menutup atau menangguh sidang Parlimen yang perlu diteruskan pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada 1%, Parlimen berkemungkinan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya COVID-19 akan terus berada di dalam masyarakat (endemic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.


Walau apapun yang berlaku, Ahli-Ahli Parlimen tidak boleh dihalang dari hadir ke Parlimen pada hari Isnin ini untuk melaksana tugas dan tanggungjawab kami kepada Rakyat dan Negara, serta melaksana sumpah yang telah kami angkat iaitu untuk memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, katanya dalam kenyataan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PH juga mengingatkan Mahiaddin wajib mendengar suara Rakyat yang mahu titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dijunjung dengan membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen pada Isnin ini.

Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai dengan berkata pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.

Kenyataan tersebut juga telah berkata permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh Kerajaan Perikatan Nasional gagal menghormati kedaulatan undang-undang dan telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Umum Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada Khamis lalu, sidang telah ditangguhkan empat kali. Salah satu alasan yang diguna ialah terdapat sejumlah kes positif COVID-19 di Parlimen, yang menyaksikan semua yang berada di Parlimen dihalang dari keluar dan diarah melakukan ujian saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa 1,183 orang telah disaring di mana 11 didapati positif COVID-19.

Dari 11 ini, 1 membuat saringan RT-PCR manakala 10 yang lain membuat saringan RTK.

Berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, kadar positif di Parlimen adalah 0.9%, manakala nilai ambang (threshold) yang disaran WHO bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah 5%.

Ini bermaksud tidak ada jumlah kes positif COVID-19 yang signifikan di Parlimen sepanjang minggu lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
habis talian hayat digunakan... kohkohkoh.. tgk berapa lama blh bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur, sungguh mulia YAB PM kita

sanggup mengambil berat masalah covid dalam Parlimen yang boleh menjangkit semua ahli2 yg berhormat

memang takde PM yang terbaik lagu ni

Saya teguh sokong
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : Kalau buat online xboleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list