CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5663|Reply: 35

[Tempatan] Million Dollar smile

  [Copy link]
Post time 31-7-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Orang Malaysia pun kacak, cantik juga

KATA EDITOR

Welsom Sim beraksi dalam acara renang 400 meter Gaya Bebas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. -KAMARUL / ASIANA
Orang Malaysia pun kacak, cantik juga
Oleh MUHAMAD ADHAM SHADAN
31 Julai 2021, 9:50 am

Kala sukan terbesar dunia, Olimpik membuka tirainya dengan perarakan perbarisan kontinjen negara-negara bertanding Jumaat minggu lalu, nama perenang Malaysia, Welson Sim tiba-tiba meledak di platform media sosial, Weibo di China, bahkan dikatakan turut tular di Thailand.

Semuanya kerana ketampanan atlet dari Sarawak itu. Bayangkan, dengan penampilan hanya berpelitup muka dan disoroti lensa cuma kira-kira dua saat, rupa paras Welson terus mencairkan hati ramai ‘amoi’ di China sehingga namanya menjadi sohor kini di sana.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama orang luar terpesona dengan wajah atau personaliti orang Malaysia di Olimpik.

Pada Olimpik Rio 2016, senyuman penerjun Malaysia, Nur Dabithah Sabri diperkatakan masyarakat dunia kerana disifatkan gadis itu miliki senyuman jutaan dolar (million dollar smile).

“Penerjun Malaysia sentiasa tersenyum walaupun di dalam air, ia memberi inspirasi kepada saya untuk jadi manusia lebih baik,” kata netizen yang juga pengarang agensi berita AP, Melinda Waldrop di Twitter.

Begitu juga dengan pemain badminton Goh Liu Ying. Semasa Liu Ying berdepan dengan beregu Indonesia di final Olimpik Rio, nama wanita itu trending di Indonesia kerana ‘kecomelan’ rupanya.

Sejak itu, Liu Ying digelar Dewi Bulu Tangkis Malaysia di sana dan mengumpul peminat Indonesia yang begitu ramai. Saat Liu Ying dikecam atas aksinya tahun ini, media sosialnya masih dibanjiri ramai netizen Indonesia yang terus memberikannya kata-kata semangat.

Gimnas cantik Farah Ann Abdul Hadi juga pernah dilaporkan akhbar mencetuskan fenomena di Sukan SEA Manila, Filipina apabila setiap kemunculannya menerima sorakan luar biasa penduduk tempatan berbanding atlet-atlet lain seolah-olah dirinya begitu popular di sana.

Selain berjuang mewakili negara dalam sukan, nampaknya atlet-atlet Malaysia ini juga boleh dikatakan sebagai duta yang mengetengahkan rupa paras orang Malaysia kepada dunia.

Memang orang Malaysia secara umumnya tidak begitu menonjol di pentas peragaan atau pertandingan kecantikan kerana batas-batas tertentu, tetapi orang Malaysia sebenarnya kacak-kacak dan cantik-cantik juga.

Ketika ramai orang Malaysia sendiri yang lebih tergila-gilakan wajah Korea, Siam, Mat Salleh, Pakistan dan Hindustan, orang Malaysia sebenarnya tidak kurang menarik.

Bahkan satu tinjauan antarabangsa melibatkan lebih sejuta orang di dunia pada 2019, Malaysia tersenarai dalam kelompok 50 bangsa memiliki rupa paras menarik iaitu di kedudukan 25.

Hanya tiga negara Asia Tenggara tersenarai iaitu Filipina, Malaysia dan Thailand.

Malaysia bahkan mendapatkan kedudukan yang lebih baik berbanding Thailand (36), Iran (26), India (28), Israel (30), Pakistan (42) dan Amerika Syarikat (45).

Apapun dalam sukan bukan rupa yang jadi ukuran sebaliknya pencapaian. Malaysia kini kian tertekan apabila masih belum meraih pingat emas di Olimpik.

Biarpun kita tampak seperti jaguh sukan di Asia Tenggara, hakikatnya Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Filipina sudah menggenggam emas Olimpik. Moga ada rezeki emas kita tahun ini.-K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Malaysia mmg good looking.. cuma majoriti katik skit la..huhu.. its ok..comel apa.. ada sorang bdk laki mat saleh pernah tegur aku time kt oversea, dia ingatkn aku budak sekolah sama mcm dia padahal umur aku dah mid 30s pun time tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei korang tengok sukan ke cuci mata sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayda89 replied at 31-7-2021 11:28 PM
Wei korang tengok sukan ke cuci mata sebenarnya

Sambil menyelam tertelan air
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts

Ketika ramai orang Malaysia sendiri yang lebih tergila-gilakan wajah Korea, Siam, Mat Salleh, Pakistan dan Hindustan, orang Malaysia sebenarnya tidak kurang menarik

turki takde ke?

tp welson ni mmg manis pun senyuman dia..i setuju la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinjauan mana ni? Voley caya ke nih?

Bahkan satu tinjauan antarabangsa melibatkan lebih sejuta orang di dunia pada 2019, Malaysia tersenarai dalam kelompok 50 bangsa memiliki rupa paras menarik iaitu di kedudukan 25.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade jugak pingat antara terkacak di Sukan Olimpik kan selain pingat gangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak pernah di kelilingi student korea dlu mase sem 1...diorg kate ak helokkk... Xsangka la plak... Sbb mata bulat and muka ada shape. Itu je... Ak plak ckp kulit diorg cantik putih melepak. Tp diorg ckp kulit iols lg ok. Ramai snap pic dgn iols time tuh... Femea kan iols. Rase mcm terbalik plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
senyuman dia manis la
sweet jer tgk kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
"saiya bangladesh worang tada ensem ka"???-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 1-8-2021 12:48 AM
Ak pernah di kelilingi student korea dlu mase sem 1...diorg kate ak helokkk... Xsangka la plak... Sb ...

Wah dapat pujian siap snap pic
Sure you lawa!!
Mata diorang sepet2 kot tu suka tgk mata you
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia senyum ke tu?
Macam nganga utk bernafas jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tepek sikit gambar2 orang yang disebut tu. Pastikan yang tersenyum ya
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam aku tengok bola la. Lantakkan je sape menang pun. Yg penting mata aku folo player hensem
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je.. cuma aura athlete tu… semua nmpk wow
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda dl gi japan pun diorang ckp aku kawaii
Dua tahun lepas kena tegur dgn acik japan gak dia ckp aku dgn ank kawaii even kami takde la cerah mana tp features sharp mata bundar
Cantik tu subjektif
Kalau kita rasa diri xelok, ada je yg kata kita elok
Yg penting rasa bersyukur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Goh Liu Ying

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Welson Sim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Farah Ann Abdul Hadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nur Dhabitah Sabri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090176 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list